Monday, February 14, 2011

Orang Asli Diserang Harimau di Gerik Perak


Ketika dia sedang menyumpit di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Perkampung Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Gerik 200km dari Ipoh semalam. Seorang penduduk orang asli cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika dia sedang menyumpit di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Perkampung Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Gerik 200km dari Ipoh semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik berkata Tambun Gering, berusia 50-an, mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki kiri dalam kejadian pukul 9 pagi semalam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Jamil berkata semasa kejadian, Tambun dikatakan pergi menyumpit tupai kira-kira 10 meter dari rumahnya.

"Tanpa disedari harimau berkenaan tiba-tiba menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan kedua-duanya bergelut," katanya.

Isteri Tambun yang mendengar jeritan suaminya itu kemudian datang membantu dengan mengetuk kepala harimau itu beberapa kali dengan kayu sebelum haiwan liar itu meninggalkan mereka.

Beliau berkata dengan bantuan Jabatan Orang Asli dan penduduk kawasan itu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik pada pukul 8 malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Shabrina Shariff berkata pihaknya telah mengarahkan anggotanya ke kawasan perkampungan orang asli itu bagi memantau keadaan.

Katanya kalau perlu, anggota Perhilitan akan memasang jerangkap untuk menangkap haiwan berkenaan bagi memastikan penduduk kampung selamat daripada serangan binatang buas itu.

Beliau turut melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

- Bernama

related: orang asli dibaham harimau, haraimau malaya mengamuk, diserang harimau, orang asli

forex | foreign exchange | metatrader | learn trading | autotrading | expert advisor | platform | curency | trading online | trading system | forex broker

Sunday, February 13, 2011

Valentine Day HARAM Disambut Umat Islam

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kerajaan tidak berusaha untuk merendah rendahkankan hari Valentine, namun menekankan bahawa itu "tidak sesuai" bagi umat Islam, yang terdiri daripada hampir dua-pertiga daripada 28 juta penduduk Malaysia.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

1. Dimulai dengan pandang pandang
2. pegang pegang
3. raba raba
4. ringan-ringan
5. buat maksiat

related item: hari kekasih, ucapan hari kekasih, kad hari kekasih,sejarah hari kekasih, hadiah hari kekasih, selamat hari kekasih, kad hari raya untuk kekasih

Saturday, February 12, 2011

Lirik Lagu Melayu

Hari ni Cabai Burung nak cerita sikit pasal lagu melayu. Walau pun lahir selepas kemerdekaan sekitar tahun 70'an namun lagu-lagu melayu memang Cabai Burung suka dengar melodinya yang mendayu ditambah dengan liriknya yang begitu indah. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mertabatkan lagu-lagu melayu tak kira lama ataupun baru.

Ok. Disini saya nak fukoskan tentang dimana nak dapatkan koleksi lirik lagu melayu. Setelah saya buat kajian dan perkongsian disini saya senarai blog atau website yang menghimpunkan koleksi lirik lagu melayu. Selamat berhibur.

http://liriklagump3.blogspot.com/
http://www.liriklagu.com/liriklagu/LirikLagu.html
http://www.liriklagu.com/liriklagu/LirikLagu_v2000.html
http://www.ilirik.com/
http://liriklagu.net/melayu/
http://m-lirik.blogspot.com/
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://hotliriklagu.com/
http://khairilhusni.blogmas.com/
http://www.mybloglog.com/buzz/community/KoleksiLirikLaguMelayud