Sunday, February 13, 2011

Valentine Day HARAM Disambut Umat Islam

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kerajaan tidak berusaha untuk merendah rendahkankan hari Valentine, namun menekankan bahawa itu "tidak sesuai" bagi umat Islam, yang terdiri daripada hampir dua-pertiga daripada 28 juta penduduk Malaysia.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

1. Dimulai dengan pandang pandang
2. pegang pegang
3. raba raba
4. ringan-ringan
5. buat maksiat

related item: hari kekasih, ucapan hari kekasih, kad hari kekasih,sejarah hari kekasih, hadiah hari kekasih, selamat hari kekasih, kad hari raya untuk kekasih

No comments: