Sunday, February 21, 2010

Padahnya mencuri, dipaksa makan getah skrap

Tengoklah sendiri dua mamat ni kantoi ketika mencuri getah skrap. Apalagi sekampung turun paksa mamat ni menelan skrap beku tu. Tak cukup dengan makan, sepak terajang hinggap bertubi-tubi ke tubuh mamat ni…

Itulah bahananya, mencuri masa harga getah naik. Mencuri ni kerja orang bodoh tapi lebih bodoh lagi orang yang mengerjakan pencuri tu. Biasanya kalau ada kes yang macam ini timbullah dua tiga kaki pukul yang tunjuk hebat. Tuan kebun tak kata apa 'kaki pukul' ni pulak yang lebih.

Bukan nak membela si pencuri tu tapi agak-agaklah apa kesalahannya. Cukuplah dengan memaksa mamat ni makan hasil curiannya tak perlulah dengan sepak terajang. Kalau ini caranya mamat ni diajar, memang sipencuri ni belajar dari orang yang tak berotak lebih kurang macam dia jugak.

Tuesday, February 16, 2010

Ritual “pembersihan diri” yang paling mengerikan dari Thailand

Di Malaysia acara keagamaan sebegini disambut oleh kaum Hindu. Dapat kita saksikan mereka yang 'membersihkan diri' akan menusuk dan melekatkan benda-benda tajam keanggota badan. Mungkin aksi di Malaysia agak biasa bagi kita tapi tidak yang ini, jom kita tengok  aksi mengerikan yang dikatakan tu…

Saturday, February 13, 2010

Mayat Bayi Lelaki Rentung Dietmui Di dalam Tong Sampah

Mayat rentung seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah besar milik Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini pagi tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi yang masih bertali pusat dan uri itu telah dibakar hidup-hidup.

Ketika ditemui tiga petugas MDKK yang sedang melakukan tugas memungut sampah di situ kira-kira 11 pagi, bayi yang berkulit cerah tersebut ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus daripada badannya.

Seorang petugas ber! kenaan, Mohd Zain Pa'Su, 57, berkata pada mulanya beliau dan rakanya terkejut apabila mendapati tong sampah tersebut telah terbakar.

"Tong sampah ini turut dipenuhi dengan rumput, kayu dan zink yang didapati disusun dengan rapi seolah-olah bagi menyembunyikan sesuatu.

"Amat jarang tong sampah ini terbakar. Disebabkan sukar untuk mengangkat sampah kerana tongnya terbakar, kami terpaksa memunggahnya.

"Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila menemui mayat bayi lelaki di dalamnya. Ketika itu separuh badan bayi itu masih putih tetapi masih ada bara api pada keseluruhan badannya," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Abdul Rahim Che Ghani, berkata berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai terbakar sejak pagi semalam.

"Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah, tidak ada sesiapa yang menemui bayi itu sehinggalah kakitangan MDKK menjalankan tugas mereka pagi ini," katanya.
Beliau berkata, petugas MDKK berkenaan membuat laporan kep! ada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira 11.25 pagi tadi.

"Kita turut mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah itu untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum," katanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

Katanya, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja yang tinggal di sekitar bandar ini kerana beranggapan tidak mungkin orang luar akan berkereta bagitu jauh untuk membuang bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai agar memberi maklumat mengenai kejadian tersebut dan juga meminta hospital dan klinik memaklumkan kes pesakit yang baru bersalin.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi turut dilaporkan di Kampu! ng Permatang Duyong, Melaka, manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu. - Bernama

Friday, February 12, 2010

Budak dibaham Buaya dan gambar dia dikeluarkan dari perut Buaya

Apa perasaan anda bila melihat gambar ini!

Ajaib: Anak Kucing Bermata Satu

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar 'Monster' itu tidak normal seperti 'saudaranya' yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

"Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

"Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh," katanya.

Tuesday, February 9, 2010

Awas!!! Ayam Goreng Dari ‘Ayam Mati’ di China

Pertengahan bulan ini, kebanyakkan premis-premis perniagaan di Malaysia biasanya cuti seminggu. Dimasa inilah para pekerja dibawa melancong oleh majikan masing-masing. Tak terkecuali pekerja Melayu, kalau anda dibawa melancong ke China berhati-hatilah dengan makanan disana, terutamanya ayam goreng. Nak tau mengapa jom tengok gambar-gambar di bawah ini…

Waktu pagi meraih ayam disekitar kampung.

Pekerja diarahkan mencari ayam dari rumah kerumah, ingat bukan ayam hidup.

Harga 1 Ekor ayam mati 1 RMB (dollar hongkong) dan akan dijual pada kembali dengan harga 9 RMB (dollar hongkong) setelah pemrosesan.

Mudahkan! tak payah sembelih masuk jer dalam karung tu.

Inilah tempat memproses ayam yang dibeli tadi…bersepah bangkai ayam.

Dan dilantai…

Tu dia…ayam separuh sedar pun ada kat situ siap dengan pengawalnya lagi!

Dari kuali besar yang berkarat ayam tadi dicabut bulunya.

Pekerja tekun menanggalkan bulu ayam.

Lihat dibelakang pekerja, longgokan ayam yang berwarna merah keemasan.

Tab mandi yang diubah suai untuk membilas ayam yang dah dicabut bulunya.

Mengenakan sandal berjalan di antara ayam sebelum proses pewarnaan. Proses mewarnai dengan cat sehingga menyerupai daging ayam yang segar mugar.

Dan sekarang siap untuk disajikan "AYAM GORENG SPESIAL" – credit dari – haxims.blogspot.com

Sunday, February 7, 2010

Kanak-kanak Mati Dibaham Anjing

Amaran! Buat yang memelihara anjing yang kononnya bagi menjaga keselamatan keluarga. Jangan disangka anjing peliharaan tidak akan bermain gila. Kejadian memilukan dan mengerikan ini dimana seorang kanak-kanak comel menjadi mangsa korban seekor anjing peliharaan. (untuk yang bukan Islam) credit - strov.co.cc