Sunday, January 31, 2010

Pengantin baru…malam Sumaat!

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

Pasangan ini menganggok tanda setuju. "Hampir setiap hari kami bersenaman doktor" balas si suami kepada doktor.

"Biasalah tu barang baru, pantang tersentuh" ucap doktor sambil mengerling kearah si isteri yang tertunduk malu.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf 'S', iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Malam pertama dan malam kedua saranan doktor dipatuhi oleh si suami walaupun hatinya meronta, namun untuk menjaga kesihatan mereka berdua terpaksalah dia 'berpuasa sebelum waktunya'.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

"Sedang eloklah tu bang…" jawab isterinya sambil membetulkan posisi baringnya.

Nasib malang seorang gadis: Dia diperkosa, dihukum sebat 101 kali, didenda dan diancam diusir

Seorang gadis 16 tahun yang jadi korban perkosaan di Bangladesh dijatuhkan hukuman sebat 101 kali karena hamil akibat perkosaan itu.

Ayah gadis itu juga didenda dan diancam bahawa keluarganya akan diusir dari desa mereka jika dia tidak membayar denda.

Menurut para aktivis hak asasi manusia, gadis yang segera dinikahi setelah perkosaan itu diceraikan beberapa minggu kemudian setelah ujian kehamilan menunjukkan bahawa dia hamil.

Gadis malang itu diperkosa seorang lelaki berusia 20 tahun di daerah Brahmanbaria pada April tahun lalu. Harian Daily Star Bangladesh, sebagaimana dipetik Telegraph, Selasa, melaporkan bahawa gadis itu merasa sangat malu setelah diperkosa sehingga tidak berani untuk mengajukan keluhan.

Kes permerkosaan ini terungkap setelah ia melakukan ujian kehamilan dan para tetua agama di desa itu mengeluarkan fatwa yang menyatakan, gadis itu harus diisolasi hingga keluarganya setuju untuk diberi hukuman sebat. Si pemerkosa dimaafkan oleh para tetua agama.

Gadis itu mengatakan kepada Daily Star bahwa si pemerkosa jahanam itu telah mencampakkan hidupnya. "Saya menginginkan keadilan," kata gadis itu.

Saturday, January 30, 2010

Perut Perempuan Ini Berisi 78 Sudu dan Garpu

Margaret Daalman datang ke rumah sakit dengan keluhan sakit perut. Doktor tercengang hasil x-ray memperlihatkan ada 78 sendok dan garpu dalam perut perempuan ini.

Para ahli bedah di Rotterdam, Belanda, pun segera membawa perempuan berusia 52 tahun itu ke bilik pembedahan untuk mengeluarkan satu demi satu sudu dan garpu yang  berada didalam perut beliau. "Dia nampaknya menderita semacam obsesi. Setiap kali dia duduk untuk menyantap makanan, dia mengabaikan makanan, dan malah menelan alat-alat makan," kata seorang doktor.

Gambar-gambar tentang pembedahan Daalman itu sesungguhnya diambil lebih dari 30 tahun lalu, tetapi baru diterbitkan untuk pertama kali dalam majalah medis Belanda minggu ini. Majalah itu meminta para pembacanya untuk mengirimkan gambar-gambar tentang kisah medis yang aneh. Seorang doktor dari sebuah rumah sakit di Sittard, Belanda, lalu mengirim kisah tentang si Daalman itu.

Ketika masuk untuk proses pembedahan, Daalman, seorang sekretari di sebuah agen properti tempatan, mengatakan kepada para doktor, "Saya tidak dapat menjelaskan mengapa, tetapi saya merasakan desakan untuk memakan sendok dan garpu itu. Saya tidak mampu menahan diri."

Para doktor juga mengungkapkan, itu bukan pertama kalinya dia dirawat karena makan peralatan makan. Mereka mengatakan, Daalman didiagnosis menderita kelainan keperibadian yang mendorongnya untuk makan garpu dan sendok. Dia tidak pernah makan pisau, dan tidak dapat dijelaskan pula, mengapa dia tidak makan pisau.

Daalman kemudian benar-benar pulih dan dilaporkan bereaksi baik terhadap terapi yang dia jalankan untuk mengatasi gangguan keperibadiannya. – sebuah-catatanku -

[article-1223563-06FDE958000005DC-838_634x600.jpg]

[p1-1.jpg]

Memandang Gadis Bogel Antara Punca Mati Pucuk

Internet pada masa kini yang dipenuhi banyak gambar-gambar lucah sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser prostat.

Quantcast

Seorang pengkaji berpengalaman berasal dari Rusia bernama Leonid Kitaev-Smyk di Russian Research Institute of Culturology of the Russian Academy of Sciences menyatakan bahawa sejak bermulanya revolusi seksual di Barat, ramai wanita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan di Timur wanita masih berpakaian sopan menutup aurat atau berjubah. Ramailah lelaki yang bangkit berahinya bila melihat wanita berpakaian mini atau berpakaian nipis yang menampakkan kulit tubuh dengan jelas.

Pada masa kini, pakaian yang dikenakan oleh sebahagian wanita secara langsung atau tidak langsung berperanan meningkatkan nafsu berahi lelaki yang melihatnya. Bahayanya terletak pada keadaan bila mana lelaki melihat wanita yang mendedahkan aurat ini, lalu bangkit berahinya, dan nafsu yang memuncak itu tidak dapat dipuaskan (dengan jimak). Kitaev-Smyk membuat kesimpulan bahawa ini adalah penyebab lelaki mengalami mati pucuk dan kanser prostat.

"Pada waktu ini 70% dari gejala mati pucuk terjadi akibat nafsu seks tidak dapat dipuaskan" kata Kitaev-Smyk. Beliau selanjutnya membuat kesimpulan bahawa wanita telah menguburkan kesihatan lelaki dengan menelanjangkan kaki dan berpakaian mini. Seseorang wanita berpakaian amat seksi kononnya bertujuan membahagiakan pasangan lelakinya telah menyebabkan lelaki lain menderita mati pucuk akibat penampilan yang mencairkan.

Perlu diingat bahawa mati pucuk bukan hanya bersebab dari melihat wanita berpakaian mini. Pakar-pakar juga menyebut bahawa sejumlah kegiatan lain juga menyebabkan zakar jadi lemah dan mati pucuk, termasuklah melihat laman-laman porno, menonton video porno, melihat tarian bogel, dan lain-lain kegemaran yang membangkitkan nafsu berahi tetapi tidak ada tempat yang sah (iaitu menjimak isteri) untuk menyalurkannya.

Seorang Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sed! ang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahaw! a mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya,! mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan! berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kual! a Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ! ke Insti tut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Suren! dran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod! jenayah .

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koy! a khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar! kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to! -kill" ( tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

Enjin Jet : Laporan PAC Banyak Kesangsian

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya menimbulkan lebih banyak kesangsian apabila mendakwa tidak ada pihak atasan Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang dua tahun lalu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mencapai rumusan itu kerana tidak ada rekod TUDM digunakan untuk membawa keluar dua enjin berkenaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan hasil siasatan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai longgar dan perlu diperjelaskan dengan lebih ! teliti.

"Buat masa nie yang mengatakan tidak ada pihak atasan terlibat ini adalah satu persoalan yang besar. Adakah ia dicuri ? Kalau dicuri, soal keselamatan mereka kita pertikaikan. Tapi kalu kata dikeluarkan, bukan dicuri, bagaimana benda sebesar ini memerlukan kelulusan dari penjawat bawahan saja," kata Azan.

"PAC telah memberikan kita gambaran bahawa kaedah pengurusan pengendalian aset- aset kerajaan yang menuntut tahap keselamatan yang tinggi tidak diuruskan dengan baik setakat ini," tambahnya lagi.

Azan berkata orang awam tidak akan menerima penjelasan bahawa dua enjin jet pejuang boleh dibawa keluar dari negara ini, tanpa keperluan dokumen dan prosedur ketat.

"Benda tu perlu diangkat keluar dan melalui satu prosedur yang ketat. Ia perlukan semakan ketua komanden DEPO dan banyak lagi prosedurnya. Tapi hilang juga,"katanya.

"Mungkin benda itu dirancang dengan melibatkan individu yang mempunyai tanggungjawab! yang ketat," hujahnya lagi.

Azan berkata hasil sia! satan PA C perlu diperinci dan dibahas di Parlimen dan tidak boleh diterima secara bulat.

"Bila PAC kata tidak ada orang atasan yang terlibat, kita masih tidak boleh buat apa- apa tindakan sebab PAC hanya keluarkan kenyataan itu selepas bermesyuarat sesama mereka dan saya yakin perkara ini akan dibentangkan diparlimen bulan 3 ini," katanya.

"Saya akan mula mengkaji isi kandungan laporan itu dari semua sudut, prosedur, pengauditan, siasatan pengurusan kita akan tengok," katanya.

Sidang Parlimen dijangka kembali bersidang Mac ini. -TVS

Friday, January 29, 2010

Gambar Fasha Sandha Hisap Rokok di Kelab Malam

Post Image

Fasha Sandha mencetuskan kontroversi lagi kali ini apabila tersebarnya pula gambar-gambar dia di kelab malam sambil berteman kan beberapa botol air minuman dan juga sebatang rokok di tangan. He Hee apa pulak statement yang dilemparkan dia sama-sama lah kita nantikan ok.

Gambar Fasha Sandha Hisap Rokok di Kelab Malam

UMNO Pelawa Zul Kulim Sertai Parti Itu


UMNO sedia membuka pintu untuk Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyertai parti itu sekiranya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO bersifat terbuka mengenai perkara tersebut selagi beliau boleh menerima asas dan matlamat perjuangan parti itu yang cukup jelas iaitu untuk menegakkan dan mempertahankan Islam.

"Pada masa sama, UMNO mempunyai kerukunan hidup rakyat Malaysia dan tidak ekstrem, ! lebih mengutamakan permuafakatan dan mengutamakan keadilan kepada semua pihak.

"Sebab itulah hubungan baik UMNO dengan parti komponen dapat dipertahankan.

"Oleh itu, kita terbuka sekiranya Zulkifli ada hasrat untuk menyertai UMNO dan kita mengalu-alukannya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke projek pembinaan asrama terbengkalai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB) di sini semalam.

Mohd Puad berkata, UMNO tidak mengambil kesempatan atas kecelaruan berlaku terhadap parti itu ketika ini.

Menurutnya, beliau menghormati pendirian Zulkifli di atas keberanian beliau mengatakan bahawa sanggup dikenakan sebarang tindakan di atas pendirian beliau mengenai isu kalimah Allah.

Katanya, beliau melihat apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah seolah-olah bahawa mereka tidak ada mekanisme untuk mengendalikan perbezaan pendapat dan ia antara penyebab Pakatan Rakyat tidak didaft! arkan sebagai satu pertubuhan yang sah berbanding dengan Baris! an Nasio nal (BN) sehingga ke hari ini.

Beliau juga bersetuju dengan pendapat sikap diktator penasihat pasti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kenapa perkara itu berlaku sehingga Zulkifli terpaksa menggunakan blog menyatakan pandangan dan pendiriannya.

"Dan akhirnya Zulkifli terpaksa membuat laporan polis untuk beliau mempertahankan pendirian tersebut.

"Ini cukup jelas, sebab saya bila lihat Anwar memanggil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam (ABIM) dan juga Gerakan Islamiah Malaysia (GIM) untuk mempertahankan pendiriannya.

"Pertemuan itu sebenarnya pada saya bukan diskusi atau dialog, tetapi dia mengharapkan mereka menyokong pendirian beliau dengan kalimah Allah," katanya.

Menurutnya, sikap Anwar itulah menyebabkan ramai dalam kalangan pemimpin PKR yang keluar dari parti ataupun menjadi ahli politik bebas.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan wujudnya tuduhan terhada! p UMNO memberikan habuan kepada Zulkifli untuk mengambil keputusan meninggalkan PR, Puad berkata ia adalah satu tuduhan biasa.

"Itu memang tuduhan yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim sebab dalam isu kalimah Allah yang mengatakan UMNO yang merancang, begitu juga apabila ramai ahli jawatan kuasa PKR Kuala Selangor meletak jawatan mereka kata UMNO.

"Apa kena mengena perkara tersebut dengan UMNO?" katanya.

Beliau berkata, UMNO sudah memahami perkara tersebut kerana apa yang berlaku di dalam PKR sudah sememangnya dipalingkan kepada UMNO. -SH


Dakwaan firaun kecil tidak akan dilayan

SHAH ALAM- "Kita tidak mahu layan kenyataan wujudnya firaun kecil dalam parti," kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin semalam.

Menurutnya, Zulkifli tidak dibenarkan membuat sebar! ang kenyataan kerana sedang disiasat lembaga disiplin parti.
"Ketua Umum (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkali-kali mengingatkan kepada beliau melalui email dan khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi beliau tidak patuh.

"Dia boleh cakap apa pun (sekarang), tetapi kita tidak mahu layan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kes Zulkifli akan selesai dalam tempoh terdekat.

"Kita tunggu dan lihat sajalah nanti apa tindakan yang bakal dikenakan," katanya.

Sebelum ini, Zulkifli berkata, ada firaun kecil yang cuba menjatuhkan beliau melalui media sedangkan beliau belum menerima notis untuk menghadiri prosiding jawatankuasa disiplin mahupun biro politik.

Zulkifli menegaskan dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah, beliau tidak akan berkompromi walaupun sedikit dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

Kelmarin, Setiausaha Agung parti itu, Saifudin Nasution, memberi amaran kepada Zulkifli berikutan t! indakannnya yang dianggap mempunyai elemen membelakangkan saluran dalaman parti.



Wednesday, January 27, 2010

Tol Akan Naik Lagi?

enurut laporan kajian Maybank investment bank, terdapat 10 lebuh raya dalam negara yang akan dikaji semula harga tol-nya pada Januari tahun ini. Menurut kontrak konsesi lebuh raya, lapan lebuh raya sepatutnya menaikkan harga pada tahun 2009, tetapi ditangguhkan selama setahun.

Menurut jadual waktu, kadar tol lapan lebuh raya berikut akan dikaji semula pada Januari tahun ini, iaitu NKVE, Federal Highway R2, Kajang Ring Road, SPRINT, NPE, Besraya, Penang Bridge dan Ampang Elevated.

Selain itu, dua lebuh raya yang ditangguhkan kenaikan tolnya pada tahun 2008 dan 2009, dengan pampasan oleh kerajaan, iaitu PLUS’ North South Expressway dan East Coast Expressway 1, juga dijangka akan dikaji semula kadar tolnya pada tahun ini.

Antaranya, PLUS’ North South Expressway yang dijangka menaikkan kadar tol sebanyak 10% pada tahun 2008, telah ditangguhkan selama dua tahun, dengan pampasan daripada kerajaan sebanyak RM375juta (telah dibayar RM278juta). Di samping itu, East Coast Expressway 1 juga dibenarkan menaikkan tol pada kadar 10% tahun 2009 menurut perjanjian, tetapi ditangguhkan buat setahun.

Strategi jimat modal Umno

Bila sehari dua ini riwayat Zulkifli Noordin menjadi hangat di dalam media-media yang sudah naik taraf keramat di mata dan di hati orang-orang Umno, saya teringat kata-kata Haji Mohamad Sabu yang saya petik dalam posting bertajuk "Untung besar! Orang Umno dalam PAS".

Dia kata:

"Orang Umno kekal dalam PAS pasai bai'ah tu. Dia nak lompat tak boleh, tapi jiwa dia dah Umno. Lagi untung Umno. Tak payah susah-susah (aturkan babak lompat). Orang dia dah ada dalam PAS. Lagi bagus, lagi untung Umno".

Kecuali di negeri-negeri yang Umno nak rampas pemerintahan dari Pakatan Rakyat (PR), mengumpan katak tidaklah menguntungkan. Lebih untung lagi dia ternak binatang-binatang peliharaannya di dalam rumah PAS atau PKR. Biar depa berak dan kencing di situ sehingga berbau busuk gila rumah PAS atau PKR yang bertukar menjadi kandang binatang-binatang ternakan Umno itu.

Strategi itu lebih cerdik dan tak banyak habis duit. Binatang-binatang itu pula, bagi makan sejemput dua pun, dia akan kencing dan berak sakan di dalam rumah PAS dan PKR.

Strategi jimat modal Umno itu kita dah tau. Yang kita tak tau dan tak nampak-nampak sampai la ni ialah kecerdikan dan kelicikan PAS dan PKR menghadapi binatang-binatang ternakan Umno itu.

Setakat ini, PAS dan PKR kalah terjelepuk di tengah-tengah segala bau busuk dan tengik. Umno menang bergaya.

Monday, January 25, 2010

Filem Adnan Sempit Meletop di Panggung

Filem Komedi Adnan sempit telah meletop dipawagam. Berjaya mendapat kutipan sehingga hari ini mencecah 4.1 juta. Filem arahan pengarah yang memang handal, Ahmad Idham.
Sape tak tengok memang rugi. pecah perut siot... dari awal sampai akhir asyik ketawa saja... Filem ni ditayangkan dalam panggung sejak 14 Januari 2010. running dalam 84 minit. Bintang dia, Shaheizy Sam, Cat Farish, Intan Ladyana, dan Julia Hana.Plot ceritanya macam ni... Ia dikenali sebagai Nan Sempit oleh rakan-rakannya, Adnan (Shaheizy Sam) adalah seorang yatim piatu dan sebuah 'tikar rempit' yang memutuskan untuk berpindah ke bandar besar di Kuala Lumpur selepas diperlakukan tidak adil oleh keluarga ibu saudaranya. Selama tinggal di KL, Adnan tinggal bersama abangnya Macha (Cat Farish) dan bekerja sebagai seorang lelaki dispatch di sebuah syarikat swasta. Beliau mengembangkan hubungan yang ramah dengan bosnya, Nadia (Intan Ladyana) yang berasal dari keluarga yang sangat kaya. Tak lama kemudian, hubungan mereka berubah masam berehat hujah terbuka antara Adnan dan Zack