Wednesday, February 3, 2010

SayFool : "Mangsa" LIWAT Paling Cool!

Pemuda tinggi lampai dan muda perkasa ini mendakwa dirinya diliwat oleh orang tua yang berumur 60 tahun, Tidak payah tulislah nama orang tua itu, semua orang tahu, lagipun pertuduhan kali ini bukan yang pertama, tetapi kali kedua. Jika betul, hebat lelaki tua itu kerana dapat "menewaskan" lelaki tinggi lampai dan muda perkasa ini!

Pemuda ini juga dikategorikan sebagai "mangsa" rogol merangkap mangsa liwat paling cool pernah saya ketahui. Tidak pernah lagi ada "mangsa" rogol/liwat yang begitu menonjol seperti pemuda ini. Mangsa rogol/liwat yang lain takut hendak tunjuk muka. Mungkin sebab malu atau trauma. Yang ini lain daripada yang lain. Pemuda ini bukan sahaja mempunyai akaun di Facebook, malah menulis blog tentang perjalanan kesnya di mahkamah. Malah cerita pemuda ini turut mempunyai halaman di Wikipedia. Lebih hebat, pemuda ini pernah bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan mengaku dirinya diliwat oleh seorang tua yang berumur 60 tahun.

Walaupun 1Malaysia heboh tentang cerita "tiada penetrasi di tempat itu", tetapi dia tetap "maintain" mempertahankan dakwaannya. Itulah yang membuatkannya lebih cool.

Di blognya, pemuda ini meminta orang ramai mendoakan dan memberikan bimbingan kepadanya. Katanya:


Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.

Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau satu tahun setengah
ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang perbicaraan nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.

Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya
bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.

Kepada yang sudi membimbing , bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email
HariKebenaran@gmail.com , diruangan komentar entri ini, atau di Facebook saya

Bimbingan apa, Yob? Tip apa, Yob? Bimbingan atau tip bagaimana hendak mematahkan hujah peguam bela? Kalau anda di pihak yang benar, tidak perlu bimbingan Yob. Sampai muntah darah sekali pun peguam orang tua itu berhujah anda boleh menang. Lainlah kalau....


Kalau di Barat, orang di sana sibuk bercerita tentang "Judgement Day" & "2012". Pemuda ini sibuk bercerita tentang "Hari Kebenaran". Sebenarnya, bukan dia sahaja yang hendak tahu tentang kebenaran. Saya pun hendak tahu. 1Malaysia pun hendak tahu. Bak kata orang tua-tua yang kini menjadi motto pemuda ini: Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

Sebelum kebenaran yang ditunggu-tunggu oleh dia dan rakyat 1Malaysia muncul, rasanya lagu Meet Uncle Hussein, Drama King layak ditujukan untuk "mangsa" liwat paling cool di Malaysia ini.

Er...mana lagunya? Belilah di kedai. Tak pun tunggulah stesen radio memutarkan lagu itu.


Berkaitan:

Tidak mengapa, pasti ada hikmahnya - Mohd. Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR 20 Jan. - "Tidak mengapa, pasti ada hikmahnya."

Itu reaksi Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja mengetahui mahkamah menangguhkan tarikh perbicaraan kes itu ke bulan depan.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar," katanya ringkas di dalam laman sosial Facebook bagi mengulas perkembangan terbaru kes liwat membabitkan dirinya itu.

No comments: