Thursday, February 4, 2010

Doktor Salah Potong Kaki

SEANDAINYA malang boleh dihidu suah tentu setiap orang pasti mahu mengelak. Namun apabila berlaku kecuaian pada pihak doktor yang dipertanggungjawabkan untuk merawat si pesakit, individu terbabit tidak mungkin dapat mengelak daripada malang yang menimpa.

Pada awal tahun ini, dengan tidak sengaja dan mungkin kerana kecuaian doktor-doktor bedah di sebuah hospital di Peru telah melakukan sesuatu yang paling ditakuti oleh mereka dalam profesion ini iaitu memotong kaki yang sihat seorang warga tua berusia 86 tahun.

Apabila menyedari kesilapan itu, mereka terpaksa pula memotong sebelah lagi kaki wanita ma! lang itu kerana ia memang tidak dapat dielakkan lagi.

"Saya berasa terkejut apabila menyelak kain dan mendapati doktor telah memotong kaki kirinya," kata anak perempuan lelaki malang itu, Carmen Villanueva kepada wakil-wakil media.

"Kaki kanan bapa saya dijangkiti ulser dan mereka sepatutnya memotong kaki yang lain untuk mengelakkan kuman merebak," ujarnya.

Berikut kejadian tersebut, pihak hospital telah menggantung perkhidmatan doktor-doktor terbabit sementara siasatan dijalankan.

No comments: