Thursday, February 4, 2010

Bintang PORNO cetus panik

JACKIE mahu tingkatkan kesedaran mengenai Aids.
JACKIE mahu tingkatkan kesedaran mengenai Aids.

MICHIGAN: Seorang pelakon porno amatur yang mencetuskan panik selepas mendakwa dia dijangkiti Aids semalam mengaku dakwaan itu hanya palsu.

Jackie Braxton dari Detroit mendakwa pengakuannya menerusi video dalam Internet dengan berkata dia sudah menyebarkan HIV kepada lebih 500 lelaki dibuat hanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu.
Bagaimanapun, Jackie yang menggelar dirinya 'Fame' dan menerbitkan video lucah bersama suaminya juga berkata, dia membuat rakaman berkenaan untuk memasarkan laman webnya.

"Saya tidak dijangkiti Aids," kata ibu berusia 23 tahun itu.
"Saya menghasilkan rakaman berkenaan kerana mahu meningkatkan kesedaran mengenai Aids." Video itu yang disiarkan dalam beberapa laman web menyaksikan dia yang melindungi mukanya dengan skaf memberi amaran: "Suami anda akan dijangkiti Aids. Anda semua akan mati." Video itu menyebabkan polis di bandar Michigan menerima begitu banyak panggilan dan mendorong mereka menjejaki Jackie. Dia dibawa ke Jabatan Kesihatan Michigan untuk menjalani ujian HIV, kuman yang menyebabkan Aids.

Jackie berkata, dia merasa bersalah kerana menerbitkan video itu tetapi ia berjaya memenuhi matlamatnya apabila melihat orang ramai berbaris untuk menjalani pemeriksaan.

"Ia palsu belaka," katanya. Saya tidak dijangkiti Aids. Saya tidak menyebarkan penyakit itu kepada orang lain," katanya.
Sementara itu, polis belum dapat memastikan sama ada akan mendakwa wanita itu kerana tidak pasti dia melanggar undang- undang. Undang-undang yang ada hanya untuk kesalahan gagal memberitahu teman seks bahawa mereka menghidap HIV atau Aids. - Agensi Jackie yang mempunyai anak berusia lima tahun kemudian bercakap mengenai hal itu dalam blognya dengan gambar dia memberi isyarat lucah.

"Anda semua bodoh. Anda patut malu kerana diperbodohkan," katanya.
Sementara itu, polis belum dapat memastikan sama ada akan mendakwa wanita itu kerana tidak pasti dia melanggar undang- undang. Undang-undang yang ada hanya untuk kesalahan gagal memberitahu teman seks bahawa mereka menghidap HIV atau Aids. - Agensi

No comments: