Friday, January 29, 2010

UMNO Pelawa Zul Kulim Sertai Parti Itu


UMNO sedia membuka pintu untuk Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyertai parti itu sekiranya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO bersifat terbuka mengenai perkara tersebut selagi beliau boleh menerima asas dan matlamat perjuangan parti itu yang cukup jelas iaitu untuk menegakkan dan mempertahankan Islam.

"Pada masa sama, UMNO mempunyai kerukunan hidup rakyat Malaysia dan tidak ekstrem, ! lebih mengutamakan permuafakatan dan mengutamakan keadilan kepada semua pihak.

"Sebab itulah hubungan baik UMNO dengan parti komponen dapat dipertahankan.

"Oleh itu, kita terbuka sekiranya Zulkifli ada hasrat untuk menyertai UMNO dan kita mengalu-alukannya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke projek pembinaan asrama terbengkalai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB) di sini semalam.

Mohd Puad berkata, UMNO tidak mengambil kesempatan atas kecelaruan berlaku terhadap parti itu ketika ini.

Menurutnya, beliau menghormati pendirian Zulkifli di atas keberanian beliau mengatakan bahawa sanggup dikenakan sebarang tindakan di atas pendirian beliau mengenai isu kalimah Allah.

Katanya, beliau melihat apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah seolah-olah bahawa mereka tidak ada mekanisme untuk mengendalikan perbezaan pendapat dan ia antara penyebab Pakatan Rakyat tidak didaft! arkan sebagai satu pertubuhan yang sah berbanding dengan Baris! an Nasio nal (BN) sehingga ke hari ini.

Beliau juga bersetuju dengan pendapat sikap diktator penasihat pasti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kenapa perkara itu berlaku sehingga Zulkifli terpaksa menggunakan blog menyatakan pandangan dan pendiriannya.

"Dan akhirnya Zulkifli terpaksa membuat laporan polis untuk beliau mempertahankan pendirian tersebut.

"Ini cukup jelas, sebab saya bila lihat Anwar memanggil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam (ABIM) dan juga Gerakan Islamiah Malaysia (GIM) untuk mempertahankan pendiriannya.

"Pertemuan itu sebenarnya pada saya bukan diskusi atau dialog, tetapi dia mengharapkan mereka menyokong pendirian beliau dengan kalimah Allah," katanya.

Menurutnya, sikap Anwar itulah menyebabkan ramai dalam kalangan pemimpin PKR yang keluar dari parti ataupun menjadi ahli politik bebas.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan wujudnya tuduhan terhada! p UMNO memberikan habuan kepada Zulkifli untuk mengambil keputusan meninggalkan PR, Puad berkata ia adalah satu tuduhan biasa.

"Itu memang tuduhan yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim sebab dalam isu kalimah Allah yang mengatakan UMNO yang merancang, begitu juga apabila ramai ahli jawatan kuasa PKR Kuala Selangor meletak jawatan mereka kata UMNO.

"Apa kena mengena perkara tersebut dengan UMNO?" katanya.

Beliau berkata, UMNO sudah memahami perkara tersebut kerana apa yang berlaku di dalam PKR sudah sememangnya dipalingkan kepada UMNO. -SH


Dakwaan firaun kecil tidak akan dilayan

SHAH ALAM- "Kita tidak mahu layan kenyataan wujudnya firaun kecil dalam parti," kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin semalam.

Menurutnya, Zulkifli tidak dibenarkan membuat sebar! ang kenyataan kerana sedang disiasat lembaga disiplin parti.
"Ketua Umum (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkali-kali mengingatkan kepada beliau melalui email dan khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi beliau tidak patuh.

"Dia boleh cakap apa pun (sekarang), tetapi kita tidak mahu layan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kes Zulkifli akan selesai dalam tempoh terdekat.

"Kita tunggu dan lihat sajalah nanti apa tindakan yang bakal dikenakan," katanya.

Sebelum ini, Zulkifli berkata, ada firaun kecil yang cuba menjatuhkan beliau melalui media sedangkan beliau belum menerima notis untuk menghadiri prosiding jawatankuasa disiplin mahupun biro politik.

Zulkifli menegaskan dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah, beliau tidak akan berkompromi walaupun sedikit dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

Kelmarin, Setiausaha Agung parti itu, Saifudin Nasution, memberi amaran kepada Zulkifli berikutan t! indakannnya yang dianggap mempunyai elemen membelakangkan saluran dalaman parti.



No comments: