Wednesday, January 27, 2010

Tol Akan Naik Lagi?

enurut laporan kajian Maybank investment bank, terdapat 10 lebuh raya dalam negara yang akan dikaji semula harga tol-nya pada Januari tahun ini. Menurut kontrak konsesi lebuh raya, lapan lebuh raya sepatutnya menaikkan harga pada tahun 2009, tetapi ditangguhkan selama setahun.

Menurut jadual waktu, kadar tol lapan lebuh raya berikut akan dikaji semula pada Januari tahun ini, iaitu NKVE, Federal Highway R2, Kajang Ring Road, SPRINT, NPE, Besraya, Penang Bridge dan Ampang Elevated.

Selain itu, dua lebuh raya yang ditangguhkan kenaikan tolnya pada tahun 2008 dan 2009, dengan pampasan oleh kerajaan, iaitu PLUS’ North South Expressway dan East Coast Expressway 1, juga dijangka akan dikaji semula kadar tolnya pada tahun ini.

Antaranya, PLUS’ North South Expressway yang dijangka menaikkan kadar tol sebanyak 10% pada tahun 2008, telah ditangguhkan selama dua tahun, dengan pampasan daripada kerajaan sebanyak RM375juta (telah dibayar RM278juta). Di samping itu, East Coast Expressway 1 juga dibenarkan menaikkan tol pada kadar 10% tahun 2009 menurut perjanjian, tetapi ditangguhkan buat setahun.

No comments: