Wednesday, January 27, 2010

Strategi jimat modal Umno

Bila sehari dua ini riwayat Zulkifli Noordin menjadi hangat di dalam media-media yang sudah naik taraf keramat di mata dan di hati orang-orang Umno, saya teringat kata-kata Haji Mohamad Sabu yang saya petik dalam posting bertajuk "Untung besar! Orang Umno dalam PAS".

Dia kata:

"Orang Umno kekal dalam PAS pasai bai'ah tu. Dia nak lompat tak boleh, tapi jiwa dia dah Umno. Lagi untung Umno. Tak payah susah-susah (aturkan babak lompat). Orang dia dah ada dalam PAS. Lagi bagus, lagi untung Umno".

Kecuali di negeri-negeri yang Umno nak rampas pemerintahan dari Pakatan Rakyat (PR), mengumpan katak tidaklah menguntungkan. Lebih untung lagi dia ternak binatang-binatang peliharaannya di dalam rumah PAS atau PKR. Biar depa berak dan kencing di situ sehingga berbau busuk gila rumah PAS atau PKR yang bertukar menjadi kandang binatang-binatang ternakan Umno itu.

Strategi itu lebih cerdik dan tak banyak habis duit. Binatang-binatang itu pula, bagi makan sejemput dua pun, dia akan kencing dan berak sakan di dalam rumah PAS dan PKR.

Strategi jimat modal Umno itu kita dah tau. Yang kita tak tau dan tak nampak-nampak sampai la ni ialah kecerdikan dan kelicikan PAS dan PKR menghadapi binatang-binatang ternakan Umno itu.

Setakat ini, PAS dan PKR kalah terjelepuk di tengah-tengah segala bau busuk dan tengik. Umno menang bergaya.

No comments: