Sunday, January 31, 2010

Pengantin baru…malam Sumaat!

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

Pasangan ini menganggok tanda setuju. "Hampir setiap hari kami bersenaman doktor" balas si suami kepada doktor.

"Biasalah tu barang baru, pantang tersentuh" ucap doktor sambil mengerling kearah si isteri yang tertunduk malu.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf 'S', iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Malam pertama dan malam kedua saranan doktor dipatuhi oleh si suami walaupun hatinya meronta, namun untuk menjaga kesihatan mereka berdua terpaksalah dia 'berpuasa sebelum waktunya'.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

"Sedang eloklah tu bang…" jawab isterinya sambil membetulkan posisi baringnya.

No comments: