Monday, October 4, 2010

LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46. Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.

Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan. “Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk. Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi. Dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya mengenai kejadian menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui insiden terbabit daripada pihak lain. “Pihak sekolah sepatutnya beritahu saya mengenai kejadian itu. Click Here “Malah, lebih mengejutkan, ketika saya menemui pihak sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu, mereka mengatakan tidak tahu kejadian menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Hazizi berkata, dia diberitahu anaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik dihantar warden asrama ke Klinik Kesihatan Lenggong dan ditinggalkan di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar. “Menyedihkan, tiada seorang wakil sekolah mengiringi anak saya sepanjang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar. “Saya tak mahu membesarkan perkara ini, tapi sikap pihak sekolah yang lepas tangan sangat dikesali dan tidak mahu ia berulang,” katanya. Menurutnya, Aiman antara pelajar cemerlang di sekolah itu, tetapi kejadian yang menimpanya akan menjejaskan persediaannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Justeru, saya berharap pihak sekolah memandang serius perkara seperti ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lenggong.

Harga Rokok Naik Lagi

PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok. Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen. Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14. Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.

Sunday, October 3, 2010

Sekolah Harapan Sudah Ada 10 Remaja Hamil

MELAKA - Bilangan pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di sini, bertambah apabila lima lagi pelajar mendaftar masuk semalam.Jumlah itu menjadikan setakat ini 10 pelajar sudah berada di sekolah itu sejak dibuka 17 September lalu.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, lima pelajar baru itu masing-masing dari Selangor, Terengganu, Pahang, Melaka dan Johor.

Kesemua pelajar itu hamil enam bulan ke atas."Empat daripada mereka berusia 17 tahun dan menuntut di tingkatan lima manakala seorang lagi di tingkatan empat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Melaka Maju 2010 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil semalam. Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islan Negeri Melaka (MAINS) menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.

Wednesday, September 15, 2010

Sekolah Khas Untuk Pelajar Hamil Dibuka

MELAKA, 15 Sept — Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ‘‘sekolah harapan’’, berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).
Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.
“Kita telah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar,” katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini. Mohd Ali berkata setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

“Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu. — Bernama

Monday, September 13, 2010

4 Mengaku Bunuh Jutawan, Datuk Sosilawati

BANTING - Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.


"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.
"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam.

UMNO Seolah-olah Menjerut Leher Sendiri

SHAH ALAM - Tindakan UMNO menolak sebarang kerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) seolah-olah cuba menjerut leher sendiri memandangkan Perkasa mempunyai pengikut tersendiri dan anggotanya terdiri daripada ahli UMNO.
Penganalisis Politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, UMNO sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan Perkasa melalui beberapa perkara yang matlamatnya sama dan keputusan menolak kerjasama disuarakan oleh pemimpin UMNO itu dijangka akan merugikan parti.

“Apa yang harus dilakukan oleh UMNO ialah bergandingan dengan Perkasa dalam beberapa perkara kerana Perkasa perlu mempertahankan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan, manakala UMNO pula bertindak memainkan peranan tersebut.

“Masalah yang timbul kini ialah pendekatan Perkasa dilihat terlalu radikal. Tetapi, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana terdapat Badan Bukan Kerajaan (NGO) bukan Melayu yang mempunyai matlamat sama seperti dilakukan oleh Perkasa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Perkasa mempunyai penyokong tersendiri yang boleh dimanfaatkan atau membawa manfaat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Jangan menolak peranan Perkasa kerana Perkasa telah membantu UMNO dan BN selama ini. Malah, sumbangan mereka perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

“Dalam UMNO sendiri terdapat kelompok yang menyokong dan tidak menyokong kerjasama itu. Kalau kita perhatikan apa yang cuba Perkasa suarakan ialah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh beberapa pemimpin dalam UMNO untuk menunjukkan kesederhanaan berpolitik,” katanya.

Beliau berkata, pertembungan antara UMNO dan Perkasa memungkinkan pemimpin-pemimpin dalam UMNO bangkit untuk mempertahankan beberapa perkara yang perlu dipertahankan selaras dengan perlembagaan.

“Mungkin pemimpin-pemimpin itu perlu mempunyai kewibawaan untuk memainkan dua peranan iaitu selaku pemimpin dalam parti yang mempertahankan hak orang Melayu dan pemimpin peringkat kebangsaan yang mempertahankan kebajikan seluruh masyarakat.

“Maka, jika peranan ini berjaya dimainkan oleh pemimpin UMNO, tidak akan timbul persoalan sama ada UMNO perlu bersama Perkasa atau tidak,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemu bual oleh sebuah portal berita menyuarakan keengganan bekerjasama dengan Perkasa dan mendakwa pertubuhan itu telah menghakis sokongan pengundi terhadap UMNO.

sumber: Sinar Harian

Monday, September 6, 2010

Teo Nie Ching Dapat Gelaran 'YB Surau'

Pada 22 Ogos 2010, semasa menyampaikan sumbangan RM1000.00 kepada JK Surau Al-Huda Kajang, beliau telah dijemput menyampaikan ucapan ringkas tentang bantuan yang boleh dipohon dari kerajaan negeri Selangor .Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 mentafsir ucapan itu sebagai 'tazkirah' dan mengkritik perbuatannya tidak menutup kepala.

Sehubungan itu, YB Teo Nie Ching memohon maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa melaporkan Sultan Selangor murka dengan kejadian itu.

Selepas daripada kejadian itu iaitu pada 30 Ogos 2010, YB Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA. Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang.

Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.

Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.

Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”

Beliau telah menerima enam selendang setakat ini, termasuk selendang dari Mesir yang dihadiahkan oleh “Datuk Zin”. “Kalau ada jemputan saya akan datang, menjadi tugas saya untuk datang.... saya melakukan ini bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang tahun... saya pergi bertemu dengan semua orang tidak kira agama dan kaum,” katanya.

Kehadiran di Surau At-Tholabiah adalah persinggahan beliau yang terakhir pada bulan Ramadan. Awal pagi ini beliau bertolak di Sarawak sebagai sebahagian daripada persediaan DAP menghadapi pilihan raya umum negeri itu.

Ahli Parlimen penggal pertama berusia 29 tahun itu tiba-tiba menjadi ‘popular’ ekoran kontroversi yang dibangkitkan oleh Umno dan Perkasa dua minggu lalu.

Dalam ucapannya Penasihat Surau At-Tholabiah Mohd Yusof A. Kadir berkata, “walaupun berhadapan dengan isu kontroversi, kami berharap beliau (Teo) akan terus bersemangat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.”

“Kami berharap semangat YB tidak jatuh, tetapi pada masa yang sama kita akan ikut arahan orang atasan,” kata beliau mengalu-alukan kedatang Teo yang menyampaikan sumbangan pada majlis ringkas yang diadakan di ruang luar.

“Ini duit rakyat,” kata Teo ketika menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi surau Abdul Rahman Mohd Tahir seolah-olah mahu menangkis kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan wakil rakyat bukan Islam menyampaikan sumbangan dan derma di kawasan masjid dan surau.

Ketika ditemui The Malaysian Insider dalam satu pertemuan kira-kira 10 jam sebelum itu, Teo berkata, kunjungan beliau ke masjid atau surau sama sekali tidak harus dilihat sebagai tindakan menghina agama Islam.

“Mengapa saya perlu memberi sumbangan untuk menghina agama lain, tidak... tidak,” kata beliau ketika ditemu bual di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari semalam.

“Kalau saya nak menghina, adakah saya hendak memberi sumbangan, saya rasa kenyataan itu (dakwaan menghina) itu tidak masuk akal, tidak betul,” kata wakil rakyat kelulusan undang-undang ini.

Teo mengulangi bahawa Umno dan Perkasa sengaja memperbesarkan isu ini dan menolak bahawa beliau menggunakan kunjungan ke masjid atau surau untuk kepentingan politik.

“Saya juga terkejut. Saya tidak panggil wartawan ke program saya. Ini lawatan biasa,” kata beliau sambil menambah, “saya pergi ke sana dengan niat yang suci dan ikhlas iaitu untuk memberikan sumbangan.”

“Umno memang ada cakap saya telah memperalatkan surau untuk meraih publisiti untuk diri sendiri.

“Tetapi saya tidak berniat untuk buat demikian lagipun pada hari itu juga saya tidak jemput wartawan untuk datang.... kalau saya pergi saya dan bawa wartawan mungkin boleh tuduh saya gunakan surau untuk jadikan saya lebih popular,” katanya.

Selepas isu ini diperbesarkan, Teo mengakui sudah melawat beberapa surau lagi.

“Ini adalah tugas saya jadi saya perlu jalankan tanggungjawab seperti biasa,” katanya lagi.

Sebenarnya kata Teo, kebanyakan program telah disusun sejak sebelum Ramadan lagi dan ada juga jemputan yang baru selepas isu ini tercetus.

“Macam malam ini baru terima jemputan dua hari lalu, mereka tidak takut kerana faham.

“Selain masjid dan surau saya juga ada pergi ke bazar untuk beri buah kurma.

“Respons syang saya terima sampai hari ini agak menggalakkan... ada orang cakap ia bukan satu isu, ada juga yang cakap mereka itu (pengkritik) cemburu,” kata Teo sambil menambah, beliau akan melakukan apa yang sepatutnya perlu dijalankan selaku seorang wakil rakyat.

Menjawab soalan bagaimana beliau menghadapi isu semasa ini, Teo juga berkongsi bahawa pada hari pertama dan kedua beliau memang tertekan dan ada menangis.

Teo berkata, beliau menitiskan air mata semasa dalam perjalanan ke rumah dan ketika berada di rumah sehari selepas Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor murka dan akan mengeluarkan surat amaran.

Malah kenyataan itu menjadi tajuk muka depan media pada Sabtu lalu.

“Hari Sabtu, saya rasa begitu susah,” katanya.

“Memang saya rasa tertekan kerana saya ingat ia salah saya,” kata beliau tetapi mengaku tidak menjejaskan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun kata Teo, beliau seolah-olah merasakan telah membuat satu kesilapan yang boleh menjejaskan reputasi parti dan juga ahli jawatankuasa Surau Al-Huda.

“Memang rasa begitu, tidak senang dan sedih kerana ahli jawatankuasa telah digantung kerana tindakan saya.

“Pada saya, jika pada malam itu mereka tidak menjemput saya masuk ke ruang solat, ia tidak akan jadi satu isu yang begitu besar.

“Walaupun mereka jemput saya dengan niat baik dan ikhlas, layan saya dengan baik dan akhirnya apa yang saya bawa kepada mereka adalah masalah.

“(Oleh itu) saya menangis sendiri bukan depan orang,” katanya.

Teo juga berkongsi bahawa beliau menerima banyak panggilan daripada pemimpin parti dan mereka sebenarnya tidak marah.

“Semua orang hanya simpati dan faham bahawa pada hari pertama dan kedua saya berada dalam satu kedudukan yang sangat sukar.

“Mereka hubungi dan memberi nasihat kepada saya... apabila (Lim) Kit Siang dan Lim Guang Eng hubungi saya, bila mereka hubungi mereka cakap jangan risau, saya rasa ini satu sokongan moral daripada mereka,” katanya lagi.

Teo, antara calon pilihan raya umum 2008 yang menggunakan pendekatan kreatif untuk mendekati pengundi memberitahu beliau tidak sama sekali terfikir untuk meletakkan jawatan kerana isu ini, tetapi rasa takut dan risau kerana “saya tidak mahu membawa masalah kepada parti.”

“Saya rasa begitu ketika itu kerana pada saat itu kita belum terima begitu banyak nasihat, sokongan dan panduan daripada PKR dan PAS lagi.

“Tok guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga ketika itu masih belum keluarkan apa-apa kenyataan pada masa itu,” katanya lagi.

Teo, penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP berkata, beliau sememangnya bimbang sama ada telah buat satu kesilapan yang akan mengakibatkan orang Melayu menganggap DAP sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.

“Ini kerana saya rasa telah mencuba dengan begitu bersungguh untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa DAP bukan sebuah parti ‘Chinese, Chauvinist dan Communist (CCC)’ sebagaimana didakwa oleh musuh kami,” kata beliau dengan merujuk kepada usaha DAP yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa ia adalah sebuah parti yang berkhidmat untuk semua kaum.

“DAP adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia... memang saya takut bahawa usaha-usaha yang kita lakukan selama ini akan terjejas oleh sebab saya telah lakukan kesilapan atau boleh kata kecuaian yang bodoh,” ujar beliau.

Selain menangis, insiden ini juga membawa kepada Teo membeli telefon BlackBerry untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih dekat.

“Sebelum ini saya tidak guna BlackBerry, lepas insiden tersebut saya beli pada 31 Ogos. Saya perlukan BlackBerry sekarang, pada hari ini saya perlukan BlackBerry untuk dapatkan banyak informasi,” katanya.

Beliau masih melihat ke depan untuk berhadapan dengan cabaran dan tanggungjawab lebih besar sebagai wakil rakyat.

“Selepas melihat komen dan Tok Guru mempertahankan saya dan sudah menjelaskan bahawa dari segi Islam memang tidak salah orang bukan Islam masuk masjid dan surau, dari sana saya telah mendapat kekuatan dan selepas insiden itu, ramai orang telah keluarkan kenyataan mempertahankan saya termasuk (Naib Presiden PAS) Datuk Mahfuz Omar, Dewan Muslimat pusat dan Selangor juga ada datang jumpa saya untuk beri semangat - satu jumpa di Kajang dan satu jumpa di Balakong.

“Saya rasa selepas hari Sabtu, komen daripada masyarakat agak positif.

“Ada orang yang kata saya tidak buat apa-apa kesalahan dan kata tiada masalah orang bukan Islam masuk masjid dan surau.

“Ada juga fikir bahawa tidak pakai tudung itu adalah tidak sopan kerana saya sepatutnya pakai tudung,” katanya yang mengaku telah meningkatkan pemahaman tentang Islam berbanding Mac 2008.

“Lepas kejadian itu, masyarakat sekarang lebih kenali saya. Saya mengaku walaupun telah jadi wakil rakyat lebih daripada dua tahun tapi masih ramai yang belum kenal siapa saya.

“Tetapi selepas insiden ini saya pergi ke bazar mereka sudah tahu siapa saya.

“Walaupun tidak dapat sebut nama saya tapi mereka panggil saya “YB surau”, tapi saya rasa mereka peka dengan isu ini dan telah kenal saya,” katanya lagi.

Teo juga merasakan telah menerima banyak simpati daripada masyarakat berkata, beliau sebenarnya merasakan telah menerima sokongan yang begitu banyak.

“Hari-hari, sekarang saya terima selendang dari kawan-kawan Melayu dengan mengatakan bahawa supaya mereka (pengkritik) tidak bising

“Hari ini saya dapat satu lagi emel - ada pihak yang mahu mendermakan RM5,000 kepada saya untuk membuat satu program di kawasan saya,” kata Teo.

Sunday, March 7, 2010

Zakar Tegang Selama 3 Minggu

Seorang ahli perniagaan, yang menderita daripada masalah 'tegang' selama tiga minggu, telah diselamatkan oleh doktor-doktor bedah di Kolkata, India, selepas menjalani satu operasi pembedahan.

Lelaki berusia 55 tahun itu terpaksa melakukan pembedahan kecemasan selepas zakarnya mengeras dan 'tegang' selama 21 hari. Menurut laporan The Sun, operasi pembedahan selama sejam itu berjaya, tetapi ia menyebabkan lelaki itu mati pucuk.

"Lelaki ini mendapatkan rawatan terlalu lewat," Doctor Avishek Mukherjee berkata.

"Rawatan seperti ini perlu dilakukan dalam masa enam jam, jika tidak ia boleh menyebabkan kepada kematian, selain kemerosotan kemampuan zakar," jelasnya lagi.

Para doktor percaya bapa kepada dua orang anak ini menderita suatu simtom yang dipanggil priapism, yang dicetuskan oleh gangguan sistem saraf, dan mencegah darah daripada mengalir keluar daripada zakar.

"Semasa ia menegang, aliran darah terhenti," katanya.

"Jadi, ia terus 'tegang' selama lebih daripada satu jam, dan bekalan oksigen kepada zakar berkurangan dan boleh merosakkan organ. Jika bekalan ini terus tersekat lebih lama, zakar boleh menjadi busuk.

"Kami menyalirkan darah keluar dan melegakannya," Dr Mukherjee menambah.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Friday, March 5, 2010

Nak Tau Apa Yang Dilakukan Jika Ada Gajah Mati Di Zimbabwe?

Agaknya inilah masanya bagi penduduk kampong nak merasa makan daging? Daging pulak percuma, satu kampong datang melapah, sampai tak ada kesan yang sebelum ini ada gajah pernah mati kat situ!…Kesian.

Sunday, February 21, 2010

Padahnya mencuri, dipaksa makan getah skrap

Tengoklah sendiri dua mamat ni kantoi ketika mencuri getah skrap. Apalagi sekampung turun paksa mamat ni menelan skrap beku tu. Tak cukup dengan makan, sepak terajang hinggap bertubi-tubi ke tubuh mamat ni…

Itulah bahananya, mencuri masa harga getah naik. Mencuri ni kerja orang bodoh tapi lebih bodoh lagi orang yang mengerjakan pencuri tu. Biasanya kalau ada kes yang macam ini timbullah dua tiga kaki pukul yang tunjuk hebat. Tuan kebun tak kata apa 'kaki pukul' ni pulak yang lebih.

Bukan nak membela si pencuri tu tapi agak-agaklah apa kesalahannya. Cukuplah dengan memaksa mamat ni makan hasil curiannya tak perlulah dengan sepak terajang. Kalau ini caranya mamat ni diajar, memang sipencuri ni belajar dari orang yang tak berotak lebih kurang macam dia jugak.

Tuesday, February 16, 2010

Ritual “pembersihan diri” yang paling mengerikan dari Thailand

Di Malaysia acara keagamaan sebegini disambut oleh kaum Hindu. Dapat kita saksikan mereka yang 'membersihkan diri' akan menusuk dan melekatkan benda-benda tajam keanggota badan. Mungkin aksi di Malaysia agak biasa bagi kita tapi tidak yang ini, jom kita tengok  aksi mengerikan yang dikatakan tu…

Saturday, February 13, 2010

Mayat Bayi Lelaki Rentung Dietmui Di dalam Tong Sampah

Mayat rentung seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah besar milik Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini pagi tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi yang masih bertali pusat dan uri itu telah dibakar hidup-hidup.

Ketika ditemui tiga petugas MDKK yang sedang melakukan tugas memungut sampah di situ kira-kira 11 pagi, bayi yang berkulit cerah tersebut ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus daripada badannya.

Seorang petugas ber! kenaan, Mohd Zain Pa'Su, 57, berkata pada mulanya beliau dan rakanya terkejut apabila mendapati tong sampah tersebut telah terbakar.

"Tong sampah ini turut dipenuhi dengan rumput, kayu dan zink yang didapati disusun dengan rapi seolah-olah bagi menyembunyikan sesuatu.

"Amat jarang tong sampah ini terbakar. Disebabkan sukar untuk mengangkat sampah kerana tongnya terbakar, kami terpaksa memunggahnya.

"Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila menemui mayat bayi lelaki di dalamnya. Ketika itu separuh badan bayi itu masih putih tetapi masih ada bara api pada keseluruhan badannya," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Abdul Rahim Che Ghani, berkata berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai terbakar sejak pagi semalam.

"Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah, tidak ada sesiapa yang menemui bayi itu sehinggalah kakitangan MDKK menjalankan tugas mereka pagi ini," katanya.
Beliau berkata, petugas MDKK berkenaan membuat laporan kep! ada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira 11.25 pagi tadi.

"Kita turut mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah itu untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum," katanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

Katanya, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja yang tinggal di sekitar bandar ini kerana beranggapan tidak mungkin orang luar akan berkereta bagitu jauh untuk membuang bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai agar memberi maklumat mengenai kejadian tersebut dan juga meminta hospital dan klinik memaklumkan kes pesakit yang baru bersalin.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi turut dilaporkan di Kampu! ng Permatang Duyong, Melaka, manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu. - Bernama

Friday, February 12, 2010

Budak dibaham Buaya dan gambar dia dikeluarkan dari perut Buaya

Apa perasaan anda bila melihat gambar ini!

Ajaib: Anak Kucing Bermata Satu

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar 'Monster' itu tidak normal seperti 'saudaranya' yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

"Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

"Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh," katanya.