Monday, September 14, 2009

APA ITU AUTOBLOGGING?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Autoblogging di kenali juga dengan nama Blog Autopilot dan Blog Auto Post adalah aktiviti berblogging masa kini.

Autoblogging bermaksud kita mempunyai blog yang update post/artikel secara automatik mengikut masa dan tarikh yang kita tetapkan.Ya semuanya automatik,hanya anda perlu membangunkan blog dan memasang beberapa plugin tertentu selepas itu anda boleh lupakan blog tersebut.Segala post/artikel akan di lakukan oleh sistem yang di pasang pada blog anda tanpa anda perlu menguruskannya.Cukup mengagumkan bukan?

Cuba anda bayangkan,anda mampu membina berpuluh-puluh blog yang tidak perlu anda update dan ianya berkerja 100% untuk anda update post setiap hari dan selamanya.Sudah tentu ianya sesuatu yang menyeronokkan.

Saya sendiri sudah mempunyai lebih 3 blog autopilot yang mana tidak memerlukan saya update post sepanjang masa,apa yang perlu saya lakukan hanya promosi,promosi dan promosi. :-) .Nik mana blog autopilot nya,nak tengok? Maaf..saya tidak boleh dedahkan blog-blog tersebut kerana blog tersebut saya lakukan untuk tujuan google adsense,clickbank dan beberapa program buat duit di internet.So saya harap anda faham :-) .Insyallah di post akan datang nanti saya akan dedahkan salah satu blog autopilot yang saya bina.

Berdasarkan apa yang saya tahu,autoblogging atau blog autopilot ini di bahagikan kepada 2 :

1-Autoblogging yang isi kandungannya di ambil dari RSS
2-Autoblogging yang isi kandungannya di ambil dari artikel sendiri.

Bagi autoblogging yang isi kandungan yang di ambil daripada RSS,blog jenis ini yang ramai orang gunakan untuk berblogging secara auto pilot buat masa sekarang,namun kekurangan nya blog jenis ini,akan berlakunya duplicate content di mana ianya akan membuatkan ranking blog kita rendah dan jatuh.Dan kita kemungkinan juga akan di kenakan tindakan undang-undang jika RSS yang kita ambil itu mempunyai hak terpelihara.

Tutorial ringkas untuk membuat blog autopilot dengan RSS :

1. download plugin wp-o-matic
2. upload plugin tersebut ke wp-content/plugin
3. login ke wordpess anda dan aktifkan plugin tersebut
4. anda perlu set up plugin tersebut.Ikuti langkah yang di tunjukkan selepas anda aktifkan plugin tersebut.
5. Cari RSS mengikut niche yang anda mahukan.

Saya harap dengan tutorial ringkas di atas,akan memberi sedikit gambaran untuk anda yang mahu membina blog autopilot dengan sumber RSS.

O.k,bagi autoblogging yang isi kandungannya di ambil dari artikel yang kita tulis sendiri,ianya adalah pilihan terbaik setakat ini untuk berblogging secara autopilot dan selamat daripada berlakunya duplicate content kerana kita tidak ambil artikel tersebut daripada blog orang lain.Namun kekurangannya,kita perlu menulis sendiri artikel tersebut :-( jika anda mahu buat blog autopilot berbahasa inggeris dan kurang mahir bahasa inggeris macam saya nie nampaknya cara jenis ini tidak sesuai untuk kita :-).

Tetapi jika anda mahu juga lakukan blog autopilot dalam bahasa inggeris dengan cara ini,anda boleh lakukan dengan mendapatkan artikel PLR,mana nak dapat artikel PLR ini?tanya pak cik google hehehe..Walaubagaimana pun,ianya juga ada kelemahan kerana dengan menggunakan artikel PLR ini di khuatiri artikel PLR tersebut sudah di gunakan pada blog orang lain dan ini akan menyebabkan berlakunya juga duplicate content.Ini bermakna anda perlulah mengubah artikel PLR tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Untuk cara ini anda perlu upload terlebih dahulu semua artikel yang anda tulis atau artikel PLR ke server hosting anda supaya plugin autopilot akan dapat mengesan artikel tersebut dan post entry yang baru di blog mengikut tarikh dan masa yang di tetapkan.

Jika anda berminat mahu membina blog autopilot dengan cara yang ke 2 ini,anda boleh dapatkan panduannya di sini.

Kesimpulannya,setiap blog auto pilot yang di bina mempunyai kelemahannya masing-masing so terpulang kepada andalah cara jenis mana yang anda mahukan untuk berblogging secara autopilot.Saya tahu walaupun ianya ada kelemahan tertentu ianya tidak akan menghalang anda untuk membina blog autopilot bukan?kerana ianya memang sungguh menyeronok dan menguntungkan. :-)

Nak tahu rahsia saya berblogging secara autopilot?bukan dari RSS dan bukan juga dari artikel sendiri@PLR!

Nantikan maklumat di post saya akan datang.

Sekian…

No comments: