Monday, November 10, 2008

UMNO Seremban Gaduh, Baling Kerusi, Bertumbuk, Tercedera


SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban, terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

REAKSI PRESIDEN
Dalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.

Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.
PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

"Ishak Ismail dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat," katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

"Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian iu.

Friday, November 7, 2008

Koleksi Gambar Noraini Ahmad - Ketua Puteri UMNO

Nama: Noraini Ahmad
Umur: 38 tahun [pada 2008]
Asal: Batu Pahat, Johor
Jawatan: Ketua Puteri Umno
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan, Universiti Saskatchewan, Kanada

Noraini Ahmad berkata: “SAYA berazam untuk menjadikan Puteri sayap Umno yang mantap dengan ahlinya mempunyai daya saing tinggi dan mentaliti kelas pertama sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "


Noraini AhmadNoraini Ahmad kelihatan ayu memakai tudung tapi ada fesyen jambul.

Noraini AhmadNoraini Ahmad berbaju merah, free hair.

Noraini AhmadMerah jambu sambil tersenyum lebar. Noraini Ahmad

Noraini AhmadNoraini Ahmad macam nak telan Azalina Aziz

Noraini AhmadNoraini Ahmad apabila berposing seperti seorang artis. Tak kalah beb!

Noraini AhmadNoraini Ahmad terlantar sakit?. Sebenarnya beliau sedang derma darah kat PWTC

Noraini AhmadNoraini Ahmad sebagai ahli parlimen


mymode jana pendapatan anda

Wednesday, November 5, 2008

Najib Hentam Anwar Semasa Menggulung Bajet 2009

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan peluang ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009 untuk berulangkali mengkritik kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib yang menjadi sasaran kritikan Anwar sejak dua tahun lalu - mengambil peluang itu untuk membidas bajet alternatif pembangkang.

ANWAR CADANG BAGET YANG MENGUNCUP
Katanya, bajet alternatif tersebut bersifat meguncup kerana ia menggesa kerajaan supaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM24 juta. "Ini adalah satu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh menteri kewangan ketika itu (Anwar)," katanya. Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mencadangkan bajet yang bersifat berkembang sebagai penjana pertumbuhan yang berganda.

UCAPAN LIMA JAM ADALAH LUAR BIASA
Najib juga menyifatkan ucapan Anwar selama lima jam ketika membahaskan Bajet 2009 sebelum ini, sebagai suatu yang luar biasa. "Ia merupakan sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008," kata Najib yang juga menteri kewangan.

USAHA PEMBANGKANG ADALAH FATAMORGANA
"Namun tuduhan-tuduhan Permatang Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh digunapakai ternyata meleset.
"Malah usaha pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak lebih daripada suatu fatamorgana, miraj, impian yang tidak menjadi kenyataan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

BARISAN NASIONAL AKAN TERUS KUKUH
Yang pasti, tambah Najib, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara ini.
"Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini.
"Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional," kataya.

Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar, Najib menyeru kepada semua rakyat, di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis berjaya

Tuesday, November 4, 2008

Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Angkara Najib

anwar ibrahimAhli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai membantah keengganan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009.Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya. Sebenarnya Najib memang dapat dilihat memang tak mahu menjawap atau tak bersedia langsung nak jawap sebarang soalan dengan menggulung perbahasan dengan meleret-leret dan melambat-lambatkan masa.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan. Beliau terus baca kertas.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib. Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah 'belanjawan tambahan' dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu

Najib menuduh ahli parlimen pembangkang yang keluar dari dewan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawap. Tetapi beliau tidak sedar bahawa tindakkan beliau menutup soalan dari pembangkang adalah satu tindakan yang tidak bertangungjawap berbanding keluar dari dewan.

Rasuah Dalam Umno Kian Parah

Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

TAWAR MENAWAR MACAM BELI IKAN DI PASAR
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka. "Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan. "Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.

RASUAH DITUKAR KEPADA POLITIK WANG
Bukan politik wang, sebenarnya rasuah politik, tetapi hendak bagi nampak cantik Umno tukar jenama dengan nama politik wang. Kalau sebut rasuah nampak jijik sangat. Kalau guna istilah rasuah politik Nampak baik sikit. Cuma istilah yang dijenama semula sahaja. Biasalah Umno yang memang bijak berlakon dan bijak bermain istilah.

RAMAI PEMIMPIN UMNO DEDAH RASUAH POLITIK
Cubalah fikir habis-habis bagaimana rakyat hendak hormat UMNO jika pemimpin UMNO sendiri yang buka rahsia pekung UMNO, bukan tidak ada jalan untuk menghapuskan gejala rasuah itu, mengapa tidak buat ? Apakah orang yang kaya dalam UMNO melarang atau sengaja nak jadikan orang miskin dalam UMNO terus bertuankan orang kaya dalam UMNO ?

Monday, November 3, 2008

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas

skandal najib dan eurocopterPemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PR) yang dianggotai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah mengambil langkah untuk mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini untuk mengemukakan beberapa fakta di sebalik skandal pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan (semasa Najib memegang portfolio kementerian terbabit) yang melibatkan RM2.317 billion.

Ini adalah tindakan susulan Pemuda PR setelah laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa pada 20hb Oktober 2008 lepas. Pemuda PR melihat penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke satu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini sangat membimbangkan. Apatah lagi Malaysia sendiri turut terkesan dengan keadaan ini dan sangat memerlukan ketelitian kepimpinan negara khususnya Umno-BN mengendalikan sebarang entuk perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Skandal ini sangat serius, dalam keadaan ianya melibatkan RM2.317 billion yang seandainya diagihkan kepada 48,134 rakyat tegar seluruh negara, pastinya ianya boleh menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Jumlah yang sama juga boleh diperuntukkan untuk membina lebih daripada 100 buah sekolah dan pastinya ini boleh memperbaiki masa depan anak-anak bangsa khususnya di luar bandar.

Tetapi sayang, di bawah kepimpinan Umno-BN, jumlah RM 2.317 billion ini hanya diperuntukkan untuk membeli 12 buah helicopter yang mana dengan jumlah yang sama, India mampu membeli lebih daripada helikopter daripada jenis yang sama dan Brazil juga membeli hampir 50 buah helikopter pada jumlah yang
sama.

Justeru, Pemuda PR berharap agar BPR tidak selektif di dalam hal ini dengan membuka kertas siasatan dengan segera untuk menyiasat skandal ini. Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopter ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada.

Sudah sampai masanya institusi polis, BPR dan pastinya Perdana Menteri meletakkan kepentingan rakyat terbanyak sebagai agenda utama demi memastikan setiap sen dan ringgit wang rakyat tidak disalahgunakan oleh individu yang berselindung di balik slogan ‘Ubah Gaya Hidup’.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

YB Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB Anthony Loke Siew Fook (DAPSY)
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP

Saturday, November 1, 2008

Norman Hakim dan Memey Ditangkap Khalwat

Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.

"Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.

"Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

"Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut," katanya.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.

Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.

Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan kepada murai.com.my bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri, pernah membintangi drama Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober.

P/S: Ingat lagi macam mana Norman Hakim jawab soalan terjah Michelle dalam Melodi TV3 haritu..semua khabar angin..Allah je menentukan.Malu giler siut!


Jemaah Haji Berangkat Ke Tanah Suci Mekah Al Mukaramah

gambar Mekah Al MukaramahBergema lagi laungan azan memberi penghormatan terakhir buat jemaah haji berangkat ke tanah suci Mekah Al Mukaramah, tanah haram yang menjadi idaman untuk di ziarahi oleh seluruh umat Islam. Kaabah rumah Allah bagai melambai-lambai ke arah mereka dan masing-masing menyimpan hasrat mahu membersihkan diri dan rohani agar selepas melepasi proses haji, pahalanya berganda dosanya tiada.

Penerbangan pertama para jemaah haji Malaysia yang pertama telah berlangsung pada hari Khamis (30 Okt 2008) yang telah dihadiri oleh DYMM Agong, Sultan Mizan di Kelana Jaya. Panggilan untuk ke Mekah akan berlaku setiap tahun yang akan dihadiri oleh ribuan manusia dari setiap pelusuk dunia semata-mata untuk mengunjungi Baitullah Yang Agong. Dengan tertunainya ibadat haji, maka cukuplah rukun Islam yang lima.

Kepada jemaaah haji, doakan kepada seluruh umat islam, agar HASANAH di dunia.. HASANAH di akhirat.. Moga haji yang dimiliki nanti mabrur dan selamat berangkat ke tanah suci Mekah dan selamat pulang ke tanah bertuah MALAYSIA ini... amin.


mymode jana pendapatan anda