Thursday, October 30, 2008

Yoga Boleh Memesongkan Akidah

Yoga boleh memesongkankan akidahYoga boleh memesongkankan akidah? kenapa sekarang digembar gemburkan. saya rasa tidak semua amalan yoga ini akan memesongkan akidah kerana ia diamalkan oleh semua bangsa dan agama. Mungkin cara mereka mengamalkannya itu yang agak extrem sikit kot. Kononnya boleh mendekatkan diri mereka dengan tuhan. setahu aku amalan yoga ini adalah untuk kesihatan melalui pendekatan meditasi.

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Yang dipertikaikan oleh Prof Zakaria (UKM) adalah amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera. Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Walaubagaimanapun majlis Fatwa Kebangsaan masih belum membuat keputasan didalam hal ini dan akan meneliti lebih lanjut.



mymode jana pendapatan anda

Tuesday, October 28, 2008

Mukhriz Kecut Bila Diajak Berdebat

Mukhriz MahathirCabai nak komen pedas skit, Sekarang ini kita tahu siapa anak jantan dan siapa yang duduk dibawah ketiak bapak. Apa jasa Mukhriz yang perlu diangkat menjadi Ketua Pemuda? melainkan beliau telah diangkat hanya diatas saranan tun Mahathir supaya menyingkirkan penyokong kepimpinan Abdullah yang selama ini adalah dikatakan penyebab utama terhakis sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional. Malah Mukhriz menjadi terkenal kerana beliau adalah seorang anak kepada perdana menteri malaysia yang paling lama menjawat jawatan tersebut. Tanya sahaja anak kecil, adakah mereka kenal dengan nama Mahathir?. itulah dia anak mahathir iaitu Mukhriz yang terserlah hanya kerana kronologi isu semasa tetapi bukan naik kerana kewibawaan dan kejaguhan beliau. Tak mungkin seorang pengecut boleh dipilih jadi pemimpin!.

Pada pandangan saya, upacara debat merupakan acara wajib yang perlu diadakan sebagai medium untuk menerangkan pandangan dan hala tuju masing-masing. Ini penting kerana ia adalah sumber aspirasi kepada pemilih untuuk memilih pemimpin. dengan cara ini juga ia dapat menyerlahkan ketokohan peribadi dan juga secara tak langsung dapat menaikkan kredibiliti masing-masing.

Malulah kepada khir Toyo yang dapat undi dari bahaigian dengan jumlah yang kecil pun berani untuk diadakan debat. Mungkin Mukhriz bimbang jika diadakan debat akan menjatuhkan kredibiliti beliau. Maklumlah menantu Pak Lah tu bukan calang-calang orangnya, dia dikatakan petah berkata kata dan pandai putar belit.

mymode jana pendapatan anda

Monday, October 27, 2008

10 penyokong Hindraf dibebas

hindrafSeramai 10 penyokong pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan kerana dipercayai mengadakan perhimpunan haram di hadapan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 23 Oktober lalu dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu berkata, mereka dibebaskan kira-kira pukul 1.30 petang ini dengan jaminan sehingga 25 November ini.

Polis akan teruskan siasatan mengikut Akta Pertubuhan kerana mereka bertindak sama ada bagi pihak atau membantu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

"Sekiranya ada pertuduhan, mereka akan dipanggil ke mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan nanti,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili kumpulan itu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kira-kira pukul 11 pagi diiringi enam peguam lain.

Pada 23 Oktober lalu, polis menahan 11 penyokong Hindraf yang berkumpul di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, dekat sini untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka yang ditahan ialah S. Jayathas; M. Rajasegaran; KN. Balakrishnan, P. Taramaraju, P. Sundram, R. Kannan, S. Sivakumar, S. Pobalan, VS. Lourdemary, K. Nagesvary dan P. Waytha Nayagi.

Bagaimanapun, polis telah membebaskan K. Nagesvary dengan jaminan kerana membawa seorang kanak-kanak berusia enam tahun pada pukul 10.30 malam, pada hari kejadian.

Memorandum itu menuntut pembebasan lima pemimpin pertubuhan haram itu yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengisytiharkan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan haram.

Utusan Online.

mymode jana pendapatan anda

Sunday, October 26, 2008

JOM HEBOH HARAM DI SELANGOR !!!

konsert Jom Heboh Blog saudara Roslan SMS melaporkan;

”Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang hari ini. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor


KOMEN:

Kenyataan Dr Hasan Ali selaku exco Agama dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah satu pembuktian atas keseriusan PAS dan Pakatan Rakyat dalam membenteras segala maksiat yang berlaku dalam negeri Selangor.

Pun begitu, perlu diingat bahawa Islam bukanlah satu agama yang hanya pandai ”mengharamkan”, tetapi Islam akan bertindak memberi alternatif disebalik perkara yang telah diharamkan tersebut.

Oleh yang demikian, dicadangkan kepada kerajaan Negeri Selangor, mengambil sikap tidak sekadar mengharamkan sahaja konsert Jom Heboh ini, tetapi dalam masa yang sama mencadangkan bentuk program hiburan alternatif yang tidak bercanggah dengan Islam.

KENAPA??

Islam adalah sebuah agama yang menjaga semua pihak. Bertindak mengawal semua sudut kehidupan dan fitrah manusiawi. Ekoran dari itu, apabila Islam menutup sesuatu perkara, pasti islam akan menyediakan alternatif lain.

Ini dimisalkan seperti Allah mengharamkan riba, tetapi dalam masa yang sama Allah mencadangkan bentuk perniagaan-perniagaan yang tidak bercanggah dengan Islam, seperti Bai’ Salam, Wadiaah, Mudharabah dah sebagainya.

Firman Allah;

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya;
“Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba”

(Surah Al-Baqarah : 275)

Jika kita mengambil sikap terus mengharam, tetapi dalam masa yang tidak mencadangkan alternatif, dibimbangi jiwa-jiwa manusia tertentu akan memberontak yang akhirnya, menimpa mudharat lebih besar disebalik pengharaman tersebut.

Kemudharatan itu, jika menimpa kepada kerajaan yang memerintah, memang itu adalah sesuatu yang buruk, tetapi lebih buruk apabila tindakan kita itu terus dirujuk kepada Islam, yang akhirnya mereka yang jahil tentang agama dan non Muslim akan terus menampalkan keburukan itu kepada Islam, seperti mereka berkata Islam adalah agama jumud, islam adalah agama yang tidak memberi kehidupan dll. (minta berlindung kita dengan Allah SWT).

BELAJAR DARI KELANTAN

Jika kita merujuk kepada pemerintahan Kelantan yang berjaya memerintah secara Islam lebih 18 tahun, didapati acuan moral mereka berperinsipkan 3 perkara, iaitu;

Ubudiyyah
Masuliyyah
Itqan

Ubudiyyah bermaksud pengabdian kepada Allah, dan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan sebagai memenuhi pengabdian kepada-Nya.

Masuliyyah pula bermakna akauntabiliti di hadapan pencipta. Keyakinan terhadap hidup di akhirat yang kekal abadi dengan pembalasan mengikut apa yang telah dilakukan di dunia, dengan membentuk kawalan dalaman yang lebih berkesan dari kawalan subjektif luaran semata-mata.

Dan adapun Itqan pula adalah menekankan kecemerlangan. Menekankan mutu dan hasil segala polisi dan dasar
[2].

PENUTUP

Sebagai kerajaan, sepatutnya perlu difikirkan kecemerlangan dalam gerak kerja, dan mutu dan hasil yang cemerlang yang terhasil selepas gerak kerja yang telah dilakukan.

Jika dibaca dalam kitab Fiqh Muwazanat, pasti kita akan berjumpa satu perbincangan yang disebut sebagai ”mementingkan maslahat jangka panjang berbanding maslahat sementara”.

Tidak dinafikan, Jom Heboh memang mengundang banyak mafsadah dan kerosakan, tetapi jika kita tidak mencadangkan dan memberikan alternatif, dibimbangi kita ditimpa mafsadah yang lebih besar, seperti artis-artis yang tidak faham islam mengatakan Islam hanya bertindak mengharamkan sahaja, lalu keburukan itu terus ditampalkan kepada Islam, sedangkan Islam adalah sebuah agama yang bertindak ”menyediakan alternatif” selepas dia mengharamkan sesuatu.

Oleh yang demikian, marilah kita belajar dari Islam yang telah menetapkan sempadan-sempadan itu, yang semuanya boleh dipelajari dari Islam, melalui konsep siyasah Syariyyah.


mymode jana pendapatan anda

Mengenal Tali Gantung....

Daripada saudara pengirim emel....menginsafkan...

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

mymode jana pendapatan anda

Khairy Jamaluddin - Terus Bersinar Atau Malap ?

1) Khairy Jamaluddin bolehlah diibaratkan sebagai bintang yang bersinar secara tiba-tiba umpama dipaksa-paksa tanpa diminta. Beliau mendaki puncak populariti sebagai ahli politik tanpa perlu mengeluarkan 'peluh' yang banyak.

2) Khairy yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 di Bandaraya Kuwait, Kuwait adalah anak tunggal kepada Dato' Jamaluddin Abu Bakar (bekas diplomat) dan Dato' Rahmah Abdul Hamid.

3) Pengajian menengahnya adalah di Singapura sebelum berjaya memperoleh Ijazah Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Universiti Oxford (Kolej St. Hugh). Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dengan penjurusan teori undang-undang dan politik daripada UCL.

4) Kerjaya awal Khairy di penghujung 1990-an adalah sebagai penulis bagi majalah 'The Economist' sebelum bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi).

5) Khairy menikahi anak Abdullah iaitu Nori pada bulan Oktober, 2001.

6) Beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2004 (berusia 28 tahun !) tanpa bertanding. Dunia politik Malaysia masih ingat lagi betapa kesemua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut seolah-olah telah 'digari' dan 'terpasung' segalanya, gagal meraih pencalonan yang cukup dan dikuatkan lagi dengan 'suara-suara ghaib' yang memujuk supaya mereka berundur diri serta menyerah kalah awal-awal. Khairy umpama disediakan 'karpet merah' secara automatik untuk mengisi jawatan tersebut.

7) Di atas kapasitinya sebagai orang nombor dua Pemuda UMNO, beliau diberikan tiket untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 2008 bagi Parlimen Rembau, tempat asal-usul keluarganya. Kini Khairy bergelar Yang Berhormat Rembau. YB KJ !

8) Kini Khairy mengidamkan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Beliau 'WAJIB' menang jawatan tersebut untuk meneruskan 'survival' politiknya. Beliau masih muda, bakal berusia 33 tahun pada tahun 2009. Sudah semestinya Khairy 'mengidamkan' sesuatu yang lebih 'besar' untuk masa hadapannya. Benar atau tidak, ada cakap-cakap politik yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini juga menaruh harapan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum mencecah usia 40 tahun !

9) Tapi kali ini Khairy tidak disediakan 'karpet merah' secara automatik. Bapa mentuanya sendiri telah diketahui umum tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus membawa erti bahawa 'title' beliau sebagai menantu Perdana Menteri juga akan terhakis menjelang Mac 2009 nanti. Sentimen 'terpaksa' menyokong Khairy sudah kelihatan mula beransur pulih.

10) Khairy bakal berdepan dengan seorang anak bekas Perdana Menteri yang semakin lama semakin menjadi pilihan juga kesayangan masyarakat. Datuk Mukhriz Tun Mahathir kelihatan cukup berhati-hati dalam membina kerjaya politiknya. Beliau jelas muncul melalui proses evolusi dan bukannya revolusi seperti Khairy. Mukhriz kelihatan cukup bersederhana, di awalnya lebih dikenali dengan kerja-kerja amal dan kemudiannya dikenali sebagai tokoh muda UMNO yang berani 'menentang arus' demi mengatakan yang benar lagi selari dengan 'kehendak dan perasaan' masyarakat umum. Mukhriz kini tergambar di mata ramai sebagai tokoh politik yang bukan daripada kelompok 'pak turut', mudah berdamping dengan golongan bawahan dan bijak mengatur kata-kata juga personaliti dirinya sehingga tidak kelihatan ada sifat 'bongkak diri.'

Mac 2009 akan menyaksikan sama ada Khairy akan terus 'bersinar' atau ditunjukkan jalan yang 'malap'

Neba2020: Kadang-kadang hidup ini kita perlu banyak bersabar dan tidak terlalu gopoh dalam mengejar matlamat diri. Hidup ini perlu diraikan dengan mencari 'keredhaan' orang di sekeliling kita kerana ada masanya mereka akan kita perlukan untuk kita terus 'laju berlari' meraih cita-cita pada masa mendatang ....

dipetik dari: http://fendy1982.blogspot.com/

mymode jana pendapatan anda

Dulu Kata Lain, Sekarang Lain Pulak Bunyinya

Tarif elektrik tidak akan dikurangkan walaupun harga minyak sudah turun

TAMPIN: Tarif elektrik tidak dapat dikurangkan lagi walaupun harga minyak di pasaran antarabangsa sudah turun, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansur.

Katanya penurunan harga minyak serendah AS$60 satu tong tidak ada kaitan dengan senario bekalan tenaga elektrik di negara ini memandangkan kesemua stesen janakuasa elektrik tempatan menggunakan sumber gas, arang batu, hidro atau sumber tenaga yang lain.

Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain, katanya.

"Lagi pun, tarif elektrik di negara ini masih lagi murah malah di bawah kos pengeluaran tenaga itu," katanya kepada pemberita semasa majlis hari raya kawasan Parlimen Tampin di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Tampin berkata walaupun harga gas pada pasaran Malaysia masih rendah tetapi harga arang batu pada pasaran antarabangsa tidak stabil.

Oleh kerana elemen-elemen harga pada gas dan arang batu, Malaysia terpaksa menyemak harga tarif elektriknya pada setiap tahun terutama pada bulan Julai, katanya lagi.

Shaziman berkata beliau hanya boleh berjanji bahawa pada tahun ini tidak akan berlaku kenaikan tarif elektrik sehinggalah bulan Julai tahun depan.

Di bawah tarif baru bermula Julai lepas, Tenaga Nasional Berhad menetapkan tarif bagi kediaman sebanyak 21.8 sen untuk satu kilowatt jam (kWj) bagi penggunaan 200 kWj pertama sebulan manakala 34.5 sen bagi penggunaan unit seterusnya dan pelaksanaan tarif baru itu tidak menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang daripada 200 kWj sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60. BERNAMA


mymode jana pendapatan anda

Friday, October 24, 2008

Anwar Malas Ambil Alih Kerajaan Buat Masa Ini?

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar IbrahimUmum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.
"Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi," katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.
Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.
Jika bagi sesiapa yang beriya-iya sangat mengatakan BN akan tumbang pada masa terdekat anda silap. Konsep RAHMAN mungkin menjadi kenyataan. Jika dula seluruh Malaysia ini digambarkan bahawa satu kejutan akan berlaku dimana PKR akan mengambil alih Putrajaya. Tidak cukup dengan itu mereka meyakinkan rakyat dengan memberikan suatu gambaran kronologi pengambilalihan. Malah mereka sudah pun meyusun satu barisan kabinet bayangan.

mymode jana pendapatan anda

Wednesday, October 22, 2008

Skandal Najib Dengan Pembelian Eurocopter

Inilah dia wajah bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Najib Tun Abdul Razak. sekali lagi buat perangai apabila terlibat dalam pertuduhan penyelewengan dan salah guna kuasa mengenai skandal pembelian Eurocopter semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan. Ambil komisyen, duit haram tu. Pak Lah suruh gantikan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Kerajaan dah perhabiskan duit sebanyak RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru. Dia masuk dalam poket sikit pulak!.

Dulu kecoh pasal skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene. Kali ni kes yang lebih kurang sama. Walaupun beliau menjawat jawatan TPM dan mendapat 'perlindungan' sepenuhnya tetapi kuasa rakyat adalah ampuh dan bila-bila masa sahaja mampu memecahkan benteng kekebalan beliau. Seperti mana kata Hang Tuah, "selagi keris taming sari berada di tangan Hang Jebat, bukan sahaja nak membunuhnya, melukakannya pun belum tentu lagi". Ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

mymode jana pendapatan anda

Friday, October 17, 2008

Mymode Mendapat Kepercayaan Bank No.2 Di Malaysia (CIMB)

Kepada para sahabat yang telah menjadi agent mymode dan bukan agent mymode,
Dahulu Mymode telah mendapat kepercayaan oleh pihak Maybank (bank no 1 MAlaysia) setelah melihat keperluan permintaan yang tinggi oleh pengguna terutama para agen Mymode menjana pandapatan.Sama ada anda sedar atau tidak kini mymode selangkah lagi di hadapan setelah mendapat kepercayaan bank kedua iaitu CIMB bank.

Masalah anda tiada akaun maybank telah selesai begitu juga jika anda tiada akaun CIMB bank.Kerana kini anda boleh membuat tambah modal secara online.

Kini anda boleh menggunakan perkhidmatan CIMB Clicks dan CIMB Online Bazaar untuk memudahkan anda menambah nilai MYeCASH.

Untuk pemegang akaun CIMB sila layari CIMB Clicks di http://www.cimbclicks.com.my/ (perlu login) dan bagi pemegang akaun bank lain, ianya boleh dibuat melalui web CIMB Online Bazaar klick di sini. Untuk panduan dan tutorial untuk kaedah menambah nilai MYeCASH melalui cara ini sila klik link di bawah

PANDUAN MYeCASH CIMB:
1. Bukan pemegang akaun CIMB sila baca
http://203.115.195.144/new_mymode/images/CIMB_Bazaar_flow.doc

2. Bagi pemegang akaun CIMB sila klik
http://203.115.195.144/new_mymode/images/CIMB_Clicks_Flow.doc

Sama-samalah kita semua menjana pendapatan tambahan dengan Mymode yang unggul dan kukuh.

mymode jana pendapatan anda

Thursday, October 16, 2008

Fakta Menarik Yang Mungkin Kita Tak Tahu

Fakta-fakta pelik yang mungkin kita tidak tahu :

Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan
tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat sikusendiri.

Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaranhidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

Semua beruang kutub adalah kidal.

Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina darihuruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

mymode jana pendapatan anda

Tuesday, October 14, 2008

Download Siti Nurhaliza Mp3 Album -Hadiah Daripada Hati

Hadiah Daripada Hati adalah album studio ke dua belas Siti Nurhaliza. Ia bakal memuatkan 13 buah lagu ciptaan dari komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini telah dilancar pada awal Disember 2007. Hadiah Daripada Hati juga merupakan album studio Siti yang kedua diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions.

Tracklist
1. Ku Mahu 3:13
2. Melawan Kesepian 4:34
3. Mulanya Cinta 4:51
4. Tanpa Kalian 4:31
5. Biarkan 3:50
6. Kerana Dirimu 5:28
7. Hati 4:19
8. Wanita 4:25
9. Cintamu 4:47
10. Sutramaya 4:01
11. Sekian Lama 3:53

Download link

mymode jana pendapatan anda

Petua Melebatkan Janggut

petua janggutMempunyai janggut merupakan satu penghargaan buat lelaki. Andai rambut diiktiraf sebagai mahkota buat wanita. Maka, janggut merupakan takhta buat para lelaki. Namun,adakah janggut kita layak di'takhtakan' andai kutu pun boleh membiak di sana? Lebih teruk janggut anda terlalu kontot dan berterabur. Bagaimana untuk memastikan janggut ini tumbuh dengan bergaya? Disini diperturunkan beberapa petua yang boleh digunapakai.

Ambil setengah gelas santan pekat yg dicampurkan dengan 1/4 gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda. Hasilnya amat memuaskan.

Petua lain:
Pakai minyak bon . Tetapi ada caranya.. cukur sampai licin, kemudian sapu sikit air suam, kemudian baru sapu dengan minyak bon. Pantangnya, jangan makan benda berempah. Satu lagi sapu ngan minyak kelapa, mujarab gak.. bau minyak bon ni memang menusuk kalbu, hahahahaha.. tapi takdalah sampai meloyakan

mymode jana pendapatan anda

Gambar Bogel dan Video Lucah

Bagi yang sudah biasa melayari internet mereka mungkin sudah lali apabila terserempak dengan 'cerita lucah', 'gambar bogel', 'video lucah' 'aksi lucah' dan 'telanjang' atau sebagainya. Memanglah benda-benda ini boleh membuatkan kita bergoyang iman tidak kira lelaki ataupun wanita. Gambar diatas adalah ujikaji saya apabila menaip perkataan 'lucah' pada google search engine jika di-on-kan Safe Search. pesanan saya pastikan tiada kanak-kanak jika anda test image search engine ini.

Sebagai seorang yang matang kita perlu bertanggungjawab jika semua penaik nafsu syahwat ini ditonton oleh kanak-kanak. Bukan mereka sengaja mencari keyword yang lucah tetapi mereka akan ter-klik atau ada iklan yang kurang ajar mempamerkan tubuh untuk menarik perhatian. Kanak-kanak ini tidak boleh dipersalahkan. Kita perlu berbuat sesuatu. pastikan pada Image Search Engine anda dikunci. Bagi sesiapa yang belum tahu cara-cara nak kunci image search supaya image yang dipaparkan adalah ditapis cara dengan memastikan perkataan pada search engine tersebut tertera: ' Safe Search is On'. jika off, anda klik pada 'safe search filtering' > Use Strict filtering > Safe Prefering.

Sebagai seorang Islam, aku merasa amat hampa kerana terlampau banyak gambar orang Melayu yang berkeadaan memalukan dan terdapat juga wanita bertudung mengayakan aksi bersama jantannya dengan muka yang tak malu. Saya sudah lali dengan internet dan saya juga sudah tahu dari mana mereka boleh dapatkan video lucah tersebut dengan percuma. Aku tak nak beri tahu dimana untuk di download video tersebut nanti aku tanggung dosa bersubahat sama. Wahai sahabat sesiapa yang tertengok atau ter-usya gambar-gambar aksi 'ganaz' dan 'panas' tersebut bertaubatlah. Astagfirullah alazim...

Bagi pihak berwajib dengan sewenang-wenangnya telah membekukan talian blog-blog yang dikatakan 'mencetusan kekacauan kaum' dan 'menghasut', bagaimana pula jika remaja anda membuka laman dan blog-blog lucah? adakah mereka melarang dan memarahi anak mereka kemudian siap 'Bookmark' blog tersebut. Pada waktu malam mereka pula yang tumpang sekaki dan tanduk dah tumbuh dia tak sedar.

mymode jana pendapatan anda

Monday, October 13, 2008

Penipuan Siber - Awas Pengguna Online Banking

Penipuan Siber - Awas Pengguna Online Banking Tip kepada pengguna online banking

1. Jangan sesekali login ke website online banking melalui email, link website dan sebagainya.
2. Pihak bank tidak akan meminta password dan login anda. Jangan sesekali memberi password anda kepada orang lain terutama melalui email.
3. Jangan sesekali menukar data apabila diminta melalui email kerana pihak bank tidak akan meminta anda menukar data.
4. Jika ada keraguan sila menghubungi pihak bank
5. Sentiasa clear chace/cookies setiap kali selepas anda log out.

CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.

KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.
Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.
Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.
Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel..
Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park , Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

mymode jana pendapatan anda

Sunday, October 12, 2008

Fakta Mengenai Kaki

kakiKAKI kita merupakan salah satu bahagian tubuh yang tentu saja sangat berguna sebagaimana anggota tubuh lainnya. Sekalipun kaki hanya mengalami luka kecil seperti melecet, kegiatan sehari-hari kita akan terganggu. Oleh karena itu, makin mengetahui kaki, jauh lebih baik dibanding tidak mengetahuinya sama sekali. Di sini ada beberapa fakta tentang kaki yang mungkin cukup menarik untuk diketahui.

1. Makan makanan pedas sering menyebabkan kaki berbau. Untuk mengatasinya, kurangkan makanan pedas dan minum banyak air.

2. Kaki melakukan perjalanan secara purata 115.000 km sepanjang hidup.

3. Pada kaki terdapat 250.000 kelenjar peluh yang menghasilkan hampir satu cawan setiap hari.

4. Satu perempat dari tulang tubuh kita terdapat pada kaki.

5. Memakai kasut tumit tinggi merupakan salah satu kunci masalah penyakit kaki perempuan.

6. 70% lebih dari masyarakat akan mengalami sakit kaki pada tempat yang sama dalam kehidupan mereka.

7. Semakin usia meningkat, kuku kaki makin keras dan makin tebal.

8. Ketika berdiri tegak, 50% dari berat anda berada pada tumit, 25% pada tapak kaki dan 25% menyebar sekitar bola kaki Anda.

9. Kaki bayi berusia 16 hingga 25 bulan tumbuh setengah ukuran kasut mereka setiap tiga bulan dan yang berusia 25-36 bulan tumbuh rata-rata setengah ukuran sepatu mereka setiap empat hingga enam bulan. Dengan demikian, sering menukar kasut mereka adalah hal baik agar kaki mereka dibungkus oleh ukuran kasut yang tepat.

10. Naik tangga selama lima minit membakar energi tubuh 42 kJs (kilojoules) , sedangkan naik lift 10,5 kJs. Bagi yang nak diet, naik tangga lebih baik daripada naik lift.


mymode jana pendapatan anda

Amalan Kesihatan Untuk Mencegah Kanser

kanserPada zaman yang serba moden ni, kebanyakan daripada kita kalau nakkan sesuatu tu, mesti nak dapatkannya dengan cepat. Sepantas kilat yang boleh. Lebih-lebih lagi orang muda! Biasalah, darah mudalah katakan.

Tapi macam mana pula dengan penyakit. Memang tidak ada sesiapa pun yang sudi mengundang penyakit tu datang. Lebih-lebih lagi orang yang dah berumur. Kalau boleh, mestilah nak sentiasa kelihatan muda ataupun jelita.

Ajal Penyakit ni sebenarnya tak mengenal umur. Sesiapa pun layak dijangkiti dengan kehendakNya. Memang takder benda yang boleh menghalangnya.

Tapi kita perlulah berusaha menghindarinya. Betul tak? Salah satu daripadanya ialah dengan cara pencegahan. Mencegah lebih baik daripada merawat, kan?

Okay, kali ni saya nak bawakan petua kesihatan iaitu petua mencegah kanser. Anda semua bolehlah mengamalkannya dari sekarang sebelum terlambat.

Asasnya, anda haruslah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang. Antara gaya pemakanan sihat yang boleh diikuti adalah:

1. Memakan bijan, kekacang, makanan berakar dan berubi lebih daripada 7 set hidangan sehari.

2. Memakan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lebih daripada 5 set hidangan sehari.

3. Hadkan pengambilan gula yang diproses dan elakkan dari memakan semua makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nugget.

4. Meminimakan pengambilan daging masak merah, makanan berlemak, makanan bergaram dan garam itu sendiri.

5. Lakukan senaman yang konsisten setiap minggu. Kalau boleh setiap hari. Sehari dalam 20-30 minit pun dah cukup. :)

6. Jauhi alkohol dan tembakau. Dalam ertikata lain. Jangan minum minuman beralkohol dan berhenti merokok.

Dengan mengamalkan petua kesihatan kat atas ni, anda sebenarnya dah selangkah ke hadapan dalam usaha mencegah kanser.

Tahniah dan teruskan usaha anda!

mymode jana pendapatan anda

Saturday, October 11, 2008

Shah Rukh Khan Terima Anugerah Datuk

 artis Bollywood, Shah Rukh Khan MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70.

Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Apa sumbangan anda kepada negara?

mymode jana pendapatan anda

Friday, October 10, 2008

Perodua Myvi Facelift Dilancarkan!


Berikut adalah senarai harga Perodua Myvi Facelift :
Perodua Myvi Facelift 1.0 SR M/T (Solid) RM38,924.10
Perodua Myvi Facelift 1.0 SR M/T (Metallic) RM39,447.30

Perodua Myvi Facelift 1.3 Standard M/T (Solid) RM43,400.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Standard M/T (Metallic) RM43,900.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Standard M/T (Special Metallic) RM44,300.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Standard A/T (Solid) RM46,400.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Standard A/T (Metallic) RM46,900.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Standard A/T (Special Metallic) RM47,300.00

Perodua Myvi Facelift 1.3 Premium M/T (Solid) RM46,200.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Premium M/T (Metallic) RM46,700.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Premium M/T (Special Metallic) RM47,100.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Premium A/T (Solid) RM49,200.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Premium A/T (Metallic) RM49,700.00
Perodua Myvi Facelift 1.3 Premium A/T (Special Metallic) RM50,100.00

untuk keterangan lebih mendalam sila rujuk: http://paultan.org/

mymode jana pendapatan anda

Antilla : Rumah Termahal Di Dunia

rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles.

Fakta Menarik Antilla

· Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

· Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

· Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

· Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

· Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

mymode jana pendapatan anda

Lidah Terpanjang di Dunia

Lidah Terpanjang di Dunia  Lidah merupakan antara deria yang tepenting pada tubuh manusia kerana ia dapat menentukan rasa manis, pahit, masam dan masin.Lidah juga dikatakan otot yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tetapi adakah anda pernah melihat lidah yang paling terpanjang di dunia? Stephen Taylor memiliki lidah terpanjang di dunia dengan ukuran 9.5cm. Beliau berasal dari Milan Itali. Berapa pula panjang lidah anda? sudah diukur?

mymode jana pendapatan anda

Thursday, October 9, 2008

Kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat Telah Siap Dibentuk!!!

"KETIKA Umno sedang berhadapan dengan masalah apakah Abdullah Ahmad Badawi akan mengekalkan jawatannya atau sebaliknya, Pakatan Rakyat dikatakan sudah siap sedia dalam mengaturkan persiapan terakhirnya untuk mengambil alih kerajaan yang ada hari ini

Persiapan terakhir itu termasuk pembahagian kerusi-kerusi Kabinet di kalangan ahli-ahli parti bergabung dalam Pakatan Rakyat sudah selesai.

Kesemua parti utama Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP dikatakan berpuas hati dengan pembentukan Kabinet dan pembahagian kerusi menteri.

Salah sebuah parti Pakatan Rakyat dalam mesyuarat politiknya kelmarin telah membincang panjang lebar berhubung pembentukan Kabinet berkenaan secara serius.

"Ahli mesyuarat telah diberi tahu menenai perkara itu dan mereka nampaknya berpuas hati dengan pembentukan Kabinet berkenaan," demikian jelas salah seorang ahli mesyuarat berkenaan.

Katanya parti itu juga merasa senang dengan pembentukan Kabinet itu yang berdasarkan kepada persetujuan bahawa Kerajaan yang dibentuk nanti bermajoritikan Islam dan Melayu.

Baru-baru ini sebuah parti komponen Pakatan Rakyat mendesak supaya kerajaan yang akan dibentuk itu mestilah majoritinya Melayu dan Islam jika tidak kerajaan baru itu tidak membawa apa-apa erti kepada perjuangannya selama ini.

Mereka dikatakan tidak ada masalah kalau Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, tetapi hakikat kerajaan itu biarlah didominasikan Melayu dan Islam.

Dalam perkembangan lain pengambilan Kerajaan dikatakan berjalan seperti mana dirancangkan tanpa tertunda dengan apa-apa halangan lagi.

Bagaimana pun sumber parti berkenaan enggan menyebut sejauh manakah proses itu bakal berlaku kelak kerana ianya dimonitorkan oleh pihak PKR dan Anwar manakala pihaknya hanya menurut saja!

sumber: tranugkite.net dan KLPOS.com