Monday, September 29, 2008

Download Lagu Kristal - Bongkar [2008]

kristal album bongkarKUMPULAN: KRISTAL
TAJUK ALBUM: BONGKAR

1. Bongkar
2. Insan Hamba
3. Hitam Reemasan
4. Puteri Cinta Hati
5. Tergiang-ngiang
6. Esok Belum Pasti
7. Cinta Murni
8. Dari Bumi Ke Bulan
9. Suri
10. Motor Satu Roda
11. Harum Hasih Bersemi

Download

Sunday, September 28, 2008

Kisah Upin dan Ipin dalam Episod Hari Raya


Ini kisah Upin dan Ipin Episod Hari Raya. Saya rasa sudah ramai tengok kisah Upin dan Ipin ini tetapi saya rasa tak jemu-jemu melihat gelagat mereka. Upin dan Ipin anak yatim piatu yang nakal tetapi tetap mendengar nasihat Opah dan kakaknya. Memang Kartun 3D ni dapat memberikan teladan yang baik kepada kanak-kanak, kerana anak saudara saya mula nak puasa penuh kerana nak ikut macam Upin dan Ipin. Tengoklah gelagat Upin dan ipin tangkap ayam!

Saturday, September 27, 2008

Cara Rasulullah Menyambut kedatangan Aidilfitri

Rasulullah menjamah makanan sebelum ke masjid

Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam.
Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan.

Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban).

BAGAIMANA BAGINDA MERAIKAN AIDILFITRI?

1. BERSOLAT HARI RAYA SECARA BERJAMAAH Rasulullah saw sentiasa melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka.
Ini akan memberi kemudahan dan kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat Rasulullah saw yang disampaikan melalui khutbah hari raya.

2. PERGI DAN BALIK DARI TEMPAT SOLAT MELALUI JALAN BERBEZA.
Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir ra (Hadis riwayat Bukhari).
Apakah sebab Rasulullah berbuat demikian? Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.

3. MEMBAWA ANAK ISTERI KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA. Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah saw sentiasa membawa serta isteri dan anak-anaknya.

4. JAMAH MAKANAN SEBELUM KE MASJID. Ketika Ramadan berlalu dan Aidilfitri tiba, umat Islam telah kembali dibolehkan makan dan minum pada siang hari. Juga, kita tidak digalakkan memakan makanan yang pedas-pedas. Dari segi kesihatan, perut kita baru saja berehat dan tidak perlu disogokkan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan. Mentelah, Rasulullah ada menegur sahabat yang berperut gendut (buncit atau gemuk).

5. BERPAKAIAN CANTIK UNTUK MENUNAIKAN SOLAT Rasulullah saw sentiasa berpakaian baru, kemas dan indah ketika melaksanakan sembahyang Aidilfitri. Sebelum itu, Baginda selalu mandi terlebih dahulu dan kemudian memakai sedikit wangi-wangian, menurut riwayat Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

6, MEMBAYAKKAN BACAAN TAKBIR. Sejak malam hari Aidilfitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyak bacaan takbir.

7. BERBALAS SALAM. Apabila bertemu, para sahabat Rasulullah sentiasa memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan berkata: Taqabbalallahu Minna wa Minkum (Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu). (Hadis riwayat Ahmad).

8. SAAT AKHIR SAAT FITRAH DAN SEDEKAH
Zakat fitrah adalah suatu tanggungjawab sosial yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam sekali setahun pada bulan Ramadan.

p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, September 25, 2008

Kura-kura Terbesar Di Dunia

kura kura galapagos terbesar di duniaKura-kura Galapagos merupakan kura-kura terbesar di dunia yang umurnya boleh mencapai 200 thn lebih dan makan buah-buahan, dan berbagai macam burung.Ia tinggal di Kepulauan Galapagos yang terletak di Ecuador. Kebiasaannya binatang di sana bertubuh besar dan tidak sama sekali takut kepada manusia.

FAKTA MENGENAI KURA-KURA:

*Kura-kura hidup di berbagai tempat, daerah gurun, padang rumput, hutan, rawa, sungai dan laut.
*Kura-kura tidak memiliki gigi.
*Ukuran tubuh kura-kura pelbagai, ada yang kecil ada yang besar.
*Kura-kura membiak dengan bertelur
*Jenis kelamin anak kura-kura yang bakal lahir antaranya ditentukan oleh suhu pasir tempat telur-telur itu tersimpan.
*Kura-kura secara tradisional merupakan haiwan yang rapat dengan manusia.

p/s: soalan: PENYU apakah yang paling besar sekali?

Wednesday, September 24, 2008

Download Koleksi Lagu Raya

koleksi lagu-lagu raya terpilihBerikut saya nak kongsikan koleksi lagu-lagu raya terpilih. Sebenarnya ada lagi koleksi saya dalam fail tetapi saya tak banyak masa nak upload, jadi ini sahaja buat masa ini harap berpuashati. Kepada sesiapa yang tidak dapat pulang berhari raya saya ucapkan Selamat Hari Raya dan Sesiapa yang bercadang memandu diucapkan berhatihati di jalan raya. Tolong download kalau tak boleh sila bagitau saya...

AMY SEARCH - Manusia Miskin Kaya
AWIE DAN ZIANA ZAIN - Sensasi Hari Raya
AWIE - Selamat Hari Raya
IKLIM - Bersabarlah Sayang
JAMAL ABDILLAH - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
M. NASIR - Musafir Di Hari Raya
NORA - Suasana Riang Di Hari Raya
RAMLAH RAM - Selamat Hari Lebaran
ZIANA ZAIN - Saat-saat Aidilfitri
ZIANA ZAIN - Suara Takbir

Download Koleksi Lagu Raya

Monday, September 22, 2008

Kad Debit Alternatif Terbaik Elak Hutang

maybank kad debitJika anda merupakan orang yang susah menahan godaan apabila berbelanja menggunakan kad kredit, penyelesaiannya hanya satu: gunakan Kad Debit. Kad debit adalah alternatif terbaik bagi mereka yang tidak mahu terjebak dengan hutang kad kredit, di samping dapat mengelakkan riba di dalam kad kredit konvensional. Disamping itu pemohonannya adalah mudah berbanding kad kredit kerana banyak prasyarat.

Di antara kelebihan Kad Debit ialah seperti juga Kad Kredit iaitu boleh membeli-belah di pasaraya, stesyen minyak, buat bayar bil dan sebagainya yang memaparkan logo VISA. Bagi anda yang memiliki Perniagaan Internet boleh menggunakannya untuk membeli-belah produk-produk secara Online, verified Paypal & transfer fund (belum cuba lagi) dan sebagainya.

Saya ingin bercerita tentang kad debit Maybankard Visa Debit (seperti di dalam gambar) ini seperti juga Kad Debit dari bank-bank yang lain seperti Kad Debit Public Bank, AM Bank dan Ar-Rajhi Bank, makluman bagi mereka yang tidak mengetahui fungsi kad debit - fungsinya sama seperti Kad Kredit cuma terdapat beberapa perbezaan seperti ia boleh di ‘top-up’ bukan pinjam wang bank punyer. tak perlu membayar yuran bulanan atau tahunan atau charge interest rate dan sebagainya, anda hanya perlu bayar RM12 sahaja!

Ada juga kad debit jenis ‘standalone‘, bermakna x perlu buka akaun bank, dan juga proses untuk mendapatkannya lebih mudah. Anda boleh ‘top-up’ melalui bank, FPX, pejabat pos, kiosk, 7-Eleven dan lain-lain.

Sunday, September 21, 2008

Cara-cara Nak Masak Lemang

cara-cara nak masak lemangOleh kerana raya semakin hampir, maka pada entry kali ini Cabai Burung nak kongsikan kepada anda cara-cara nak masak lemang. Saya pon bukan expert sangat tapi teringat pengalaman pertama kali masak lemang kat kampung jadi apa yang terlebih terkurang tu tolong la tegur.

Sediakan bahan-bahannya dahaulu:
1. sediakan beberapa batang buluh yag sudah dipotong
2. juga daun pisang yang sempurna dan cantik
3. sediakan santan kelapa.
4. beras pulut (merupakan bahan yang utama)
5. sedikit garam

Teknik memasaknya:
Sediakan bara api. Jangan pula sediakan unggun api. Kang nahas. Apabila sekian lama ia dimasak buluh lemang tersebut akan kelihatan semakain pudar dan kelihatan semakin kering. Jangan lupa memusingkan lemang tersebut dari masa ke semasa bagi memastikan ia masak rata. Isi lemang yang mula menggelak maknanya ia nak masak. Sikit masa lagi ia akan masak.

Selamat memasak
p/s: lemang orang puteh panggil ape?

Friday, September 19, 2008

Mengejar Lailatul Qadar di 10 Malam Terakhir

malam Lailatul QadarRamadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis)

sumber rujukan INIJALANKU

Thursday, September 18, 2008

Kenapa Takut Membeli Secara Online?

<br />Membeli secara onlineSiapa yang tidak pernah membeli secara online (internet)? Rata-rata saya rasa sesiapa yang selalu menggunakan internet, mempunyai kad kredit dan mememiliki akaun internet banking mesti pernah membeli secara online di internet.

Membeli secara online merupakan pekara biasa malah ia memudahkan kerana bil-bil juga boleh dibayar secara online tetapi yang mengecewakan masih ada yang masih tidak tahu mengenai kemudahan di hujung jari ini.

Kaedah pembayaran secara online memudahkan orang ramai yang mahu membeli produk supaya membuat pembayaran tanpa perlu ke kedai atau lokasi perniagaan..setiap website yang mahu menggunakan kaedah pembayaran ini perlu mempunyai online payment gateway iaitu satu system pembayaran yang akan meng encrypt kan maklumat pembeli supaya ianya dijamin selamat sampai ke penjual..terdapat banyak jenis online payment gateway seperti PAYPALL, WORLDPAY dan 2CO yang terbukti selamat. Ada juga individu yang berurusan secara terus ke akaun mereka dan ini melibatkan kepercayaan pembeli kepada penjual.

Kenapa masih ramai yang takut untuk membeli belah secara online? Mungkin wujud keraguan terhadap kepercayaan penjual. Untuk megelakkan anda ditipu anda perlu memastikan penjual tersebut benar-benar wujud, boleh dihubungi dan meletakkan beberapa pengiktirafan dan jaminan terhadap produk mereka

Disini saya ingin selitkan dan berkongsi kepada anda sebuah ebook percuma: Panduan Membeli Secara Online

Wednesday, September 17, 2008

Kemungkinan Besar Anwar Ditahan ISA

anwar ibrahim ditahan ISASecara tiba-tiba Pak Lah membuat kenyataan hari ini menegaskan bahawa ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Beliau berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga ekonomi. Ekoran daripada tindakan Anwar selama ini terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan lagi tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu. Anwar katanya telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Melihat kepada apa yang diperkatakan oleh Pak Lah ini, jelas sekali bagai ada sesuatu tindakan drastik akan diambil terhadap Anwar dalam masa terdekat ini. Apakah mereka akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Anwar sekali lagi?. Ini berlandaskan kepada kenyataan terbaru Pak Lah yang jelas sekali masih lagi ingin mempertahankan dirinya itu. Sesungguhnya, jika ini berlaku pasti gelombang kebangkitan rakyat akan bergema di seluruh negara. Pak Lah harus berhati-hati dengan keadaan ini. Jika beliau tersilap langkah, pasti akan buruk padahnya !!

Apakah pertukaran potforlio diantara Pak Lah dan Najib hari ini ada berkaitan dengan peralihan Kerajaan Persekutuan. Secara tiba-tiba Pak Lah mengambil alih Menteri Pertahanan daripada Najib.

Persoalan yang timbul, adakah Pak Lah akan menggunakan tentera bagi menafikan peralihan kuasa yang bakal terlaksana nanti?

p/s ISA = Ikut Suka Aku!

Tuesday, September 16, 2008

Perbezaan antara Yahoo Mail, Yahoo Groups dan Blog

Yahoo Mail, Yahoo Groups dan Blogyahoo mail:

- pengguna perlu sign in terlebih dahulu dan setelah memasukkan kata laluan dan emel, pengguna boleh menghantar mesej kepada pengguna lain
- mempunyai signature
- boleh digunakan untuk keperluan rasmi
- hanya boleh dimiliki oleh seorang owner sahaj
- mesej yang ditaip boleh diforwardkan kepada pengguna lain
- setiap mesej yang dihantar perlu ada subjek
- mesej boleh disimpan untuk rujukan pada masa akan datang
- jika hendak menghantar mesej, pengguna perlu klik pada compose dan masukkan alamat emel orang yang hendak dihantar mesej dan taipkan alamat emel sendiri diruangan cc sebagai simpanan

yahoo group:

- pengguna perlu sign in terlebih dahulu dalam homepage yahoo! dan pengguna akan memasuki group mereka
- pengguna boleh mengemukakan pelbagai topik dalam group masing-masing dan ahli yang lain boleh membalas topik yang dikemukakan
- perbincangan boleh dilakukan secara beramai-ramai
- pengguna boleh menjemput sesiapa sahaja untuk join group beliau
- boleh upload gambar

blog:


- untuk tontonan umum
- boleh post pelbagai maklumat terkini dengan klik pada publish post
- video boleh diletak dan dimainkan di blog
- perlu mendaftar dalam blogger sebelum membuat blog
- maklumat yang dipostkan boleh di edit atau dibuang
- ruangan komen disediakan

Monday, September 15, 2008

5 Langkah Mudah Download Video dari YouTube

youtube logo videoBanyaknya website video sharing semakin memanjakan para pengguna internet untuk berbagi video dari dan kepada pengguna internet dibelahan dunia manapun. YouTube adalah salah satunya dari sekian banyak website video sharing dan ternyata YouTube-lah website yang paling banyak dikunjungi didunia dari pada website video sharing lain, entah karena dibawah manajemen Google sang perusahaan raksasa internet atau karena alasan lain sehingga pengguna internet lebih banyak berkunjung dan sharing di YouTube. Kita mengenal MojoFlix, Flickr, Liveleak, Break dan masih banyak lagi nama besar website video sharing, tetapi seakan-akan mereka kurang menarik dibanding dengan YouTube. Memang langkah yang diambil dan manajemen yang diterapkan Google selalu mengundang kagum dan takjub banyak orang didunia. Kesederhanaan, kemudahan dan pelayanan itulah yang selalu diterapkan Google untuk semua website yang mereka kelola. Tidak akan habis cerita yang selalu dibuat Google, kita dibuat terperanjat dan terkagum-kagum dengan berbagai langkah Google.

Video yang di share YouTube pada dasarnya hanya untuk dilihat secara online. Tetapi terkadang kita membutuhkannya secara offline untuk koleksi pribadi atau berbagi dengan teman yang tidak mempunyai koneksi internet. Dengan bantuan software sangatlah mudah untuk mengambil video dari YouTube, tetapi begitu banyaknya software yang tersedia di internet kadang membuat kita bingung untuk memilih. Setiap software pasti memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing, sekarang kita akan mencoba menggunakan software yang paling sederhana untuk mengambil video dari YouTube. Free Video Downloader itulah nama softwarenya. Gratis, sederhana dan portable begitu kita melihat software ini dan itulah yang kadang menjadi pertimbangan para pengguna internet. Tetapi bukan berarti jelek karena dalam berbagai percobaan (dari segi koneksi dan spesifikasi komputer) software ini cukup powerfull dan nyaris tanpa cacat. Mari kita gunakan Free Video Downloader, ikuti langkah-langkahnya sesuai urutan nomor pada gambar :

1. Aktifkan Free Video Downloder tanpa perlu installasi dan klik Download/convert video file… (Langkah 1)
2. Sebuah kotak dialog download/convert video file terbuka
3. Buka browser dan arahkan pada YouTube kemudian cari video yang kita inginkan, akan lebih baik anda punya free account pada YouTube dan Login
4. Setelah video ditemukan tidak perlu dimainkan cukup kita cari link-nya, lebih mudah jika tampilan videonya thumbnails, pada bagian bawah video preview terdapat link. Copy link address video tersebut dengan klik kanan mouse dan pilih copy link addres (Langkah 2)
5. Kembali ke Free Video Downloader, klik Paste text from the Clipboard (Langkah 3)
6. Link addres yang sudah di-copy akan masuk pada kotak URL/File (misal : http://www.youtube.com/watch?v=HSOKwcivz-M)
7. Klik Insert page title, ini kita lakukan untuk memastikan bahwa link sudah benar (Langkah 4)
8. Setelah itu judul video akan keluar pada kotak File name (misal : YouTube - Setup Factory 7 Training Chapter 3 Lesson 1.flv), jika yang keluar YouTube - Broadcast Yourself.flv berarti link address salah, lakukan pencarian ulang link address.
9. Tentukan direktori tempat penyimpanan file hasil download dengan klik Change directory…
10. Klik tombol GET / CONVERT untuk melakukan proses pengambilan (Langkah 5)
11. Kotak dialog Downloading… terbuka, jika proses download sudah mencapai 1% kita bisa melakukan proses download video yang lain (multiple download)
12. Tetapi Free Video Downloader belum dicoba untuk video yang di-sharing untuk private (non public)
13. Untuk software silahkan download pada halaman “Download” dan untuk tutorial silahkan download pada halaman “Tutorial
dipetik dari: http://dehagoblog.wordpress.com

Sunday, September 14, 2008

Rahsia Dalam Mencari Harta Kekayaan

usaha mencari harta kekayaan
Dalam usaha mencari harta kekayaan, agama tidak harus ditinggalkan. Ini kerana Islam sendiri menyatakan bahawa kemiskinan adalah hampir kepada kekufuran. Sebenarnya agama dan usaha adalah seiring dan tidak wajar dipisahkan.

Kita jangan berfikir kemiskinan adalah jalan mudah untuk ke syurga dan bersikap untuk memusuhi kekayaan. Sikap ala kadar akan menjadikan kita terus miskin padahal maksud “ala qadrin” (ala kadar) adalah berusaha selagi termampu. Miskin bukanlah satu kesalahan, tapi ia satu fenomena yang boleh diubah dengan mengubah cara kita berfikir. Tetapi kurang berusaha itu adalah satu kesalahan yang jelas menunjukkan kemalasan kita.

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah s.w.t. daripada mukmin yang lemah, sekalipun masing-masing ada kebaikan. Berkeinginan keraslah kepada sesuatu yang memberi manfaat. Mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangalah kamu lemah“…Hadis Riwayat Muslim.

Sebenarnya rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji adalah rukun-rukun yang dijayakan dengan adanya harta. Syahadah memerlukan ilmu dan ilmu memerlukan harta. Solat memerlukan pakaian dan pakaian memerlukan harta. Puasa memerlukan zakat fitrah dan zakat fitrah memerlukan harta. Zakat memerlukan harta secara langsung. Haji memerlukan tambang, kelengkapan dan kemudahan, semua ini memerlukan harta. Ibadah khusus semuanya memerlukan harta. Lebih banyak harta kita lebih mudahlah untuk kita menunaikan kewajipan yang diamanahkan kepada kita.

Nasihat Lukmanul Hakim

Pada suatu hari Lukmanul Hakim telah ditanya oleh anaknya : “Wahai bapaku, apakah sebaik-baik perangai bagi manusia..?” Jawab Lukman : “Agama”. Kalau perangai itu dua..?” Jawab Lukman : “Agama da harta”. Lalu ditanya lagi…”kalau tiga..?”. Jawan Lukman : “Agama, harta dan malu”. Si anak bertanya lagi…”Kalau empat..?”. Jawap Lukman : “Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik”. Tanya anaknya lagi..”Kalau lima..?”. Jawab Lukman : “Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik dan pemurah”. Anaknya bertanya lagi..”Bagaimana jika perangai itu enam..?”. Maka jawab Lukman : “Wahai anak kesayanganku, kalau lima perangai itu terkumpul pada seseorang, maka dia adalah orang yang suci, terpelihara (taqwa), dilindungi Allah dan bebas dari syaitan”.

Kemalasan vs Usaha

Islam tidak mengiktiraf kemalasan. Sikap malas untuk berusaha mencari satu kejayaan dan kebahagian sebenarnya bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri sendiri tetapi juga akan memberikan kesan buruk kepada keluarga dan akhirnya kepada bangsa dan agama secara keseluruhannya.

Kekuatan diri dan umat bergantung kuat kepada penerapan nilai-nilai murni, kebijaksanaan dan adanya usaha gigih yang berterusan mencari harta kekayaan. Ini kerana tanpa kebijaksanaan dan tanpa harta sesuatu umat mudah tunduk, dipegaruhi dan meminta-minta kepada mereka yang lebih maju dan kaya raya.

Usaha yang berterusan akan mejadikan kita lebih mudah mencapai kejayaan. Kejayaan ini perlu terus di kekalkan dan diperbaiki supaya kita tidak mudah alpa dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.

Tidak kira apa bidang yang anda ceburi sama ada perniagaan internet, berniaga, guru, kerja swasta dan sebagainya, yang penting keikhlasan kita kepada perkerjaan itu. Ini juga salah satu faktor yang boleh membawa kita kepada kejayaan.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah setakat mana usaha anda selama ini. Apakah sudah mencapai matlamatnya atau masih di tahap yang sama. Carilah rahsia di dalam usaha anda selama ini.

Salam perjuangan

Wassalam.

Saturday, September 13, 2008

Kuewteow Kungfu: Resepi Untuk Orang Bujang

KUETEOW KUNGFU /HONGKONG/KANTONIS
Oleh: Amni
Saya pernah tulis tentang murtabak megi kat sini tahun 2006 dulu. Tapi kali ni nak bagi resepi yang best sikit la, lain sikit dari murtabak megi. Tapi memang sesuai untuk orang-orang bujang sebab simple sangat cara nak masak dia. Bak kata orang, sharing is caring, so nak share satu resepi yang memang sedap sangat.

KUETEOW KUNGFU/HONGKONG/KANTONIS

1. Kueteow ikut banyak mana nak makan
2. Telur 2 biji
3. Air setengah cawan
4. Tepung jagung 1 sudu kecik
5. Sayur-sayur fresh (carrot, bunga kobis, sawi, anak jagung (org tganu panggil ketiak jagung, maybe sebab ada bulu..heheheh), daun bawang, daun sup)
6. Sotong atau ayam atau udang
7. Bawang putih tumbuk sikit (titik)
8. Sos tiram
9. Garam

Cara-cara nak masak:
1. Letak 2 kuali atas api.
2. Ambik telur dan pecahkan. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar.
3. Masukkan kueteow kat dalam telur tadi dan gaul sampai sebati.
4. Tuang adunan tu dalam kuali pertama yang kita dah panaskan dengan minyak sikit.
5. Goreng macam buat murtabak megi.
6. Kuali no.2 tu kita tumis bawang putih yang dititik.
7. Air setengah cawan tu, campur dengan tepung jagung dan kacau sampai larut semua, tuang dalam kuali.
8. Masuk sotong, atau ayam atau udang ke dalam kuah tu, bagi masak, letak garam sikit, letak sos tiram sikit.
9. Bila dah masak lauk tu, masuk sayur-sayur tu dan jangan sampai masak sangat la.
10. Kueteow yang kita goreng tadi, lepas dah masak tu kita letak dalam pinggan yang cantik.
11. Tuang kuah yang dalam kuali kedua, tabur sayur2 kat atas dia.
12. Hias bagi cantik baru rasa sedap nak makan. :D

Bon Appetite!!

p/s: Nama dia kueteow kung fu pasal kita kena berkungfu masa tengah masak sebab ada dua kuali, silap2 hangit salah satu kuali tu.

dipetik dari: http://sinarkeimanan.blogspot.com/2007/07/resepi-untuk-orang-bujang.html

5 Sebab Menjadikan Ber"couple" Haram

berpasangan(couple)"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.


KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Tuesday, September 2, 2008

Anwar Ibrahim - Kerajaan Baru, Bajet Lebih Baik

anwar ibrahimPenasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.

Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit dan cukai serta melaksanakan sistem tender terbuka.

Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.

Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Mereka juga bimbang dengan peningkatan kadar defisit dalam bajet tersebut.

Sebelum ini Anwar, yang juga bekas menteri kewangan,
telah berkata beliau akan dapat menubuhkan kerajaan baru pada 16 September depan.

Klik pautan ini untuk selanjutnya (Pakatan Rakyat 2009 National Budget and Economic Policy)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
Dilahirkan pada 20 Disember 1925, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia sejak 22 tahun yang lepas. Dr Mahathir menerima pendidikan rendah dan menengah di Alor Star sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura pada 1947. Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Star, Langkawi dan Perlis Dari 1954 higga 1957. Pada 1957 beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945. Bila Umno ditubuhkan pada 1946, Dr Mahathir adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Pada 1964 beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar berikutan pilihan raya umum. Dr Mahathir adalah ahli Majlis Tertinggi Umno sejak 1965, sehingga perselisihan beliau dengan presiden Umno ketika itu, Tunku Abdul Rahman memaksa beliau keluar dari parti pada 1969. Semasa di luar parti pad 19790, Dr Mahathir menulis buku The Malay Dilemma. Buku kontroversial itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu, telah diharamkan dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Bila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir masuk semula ke dalam Umno pada 1972. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, di mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981 Perdana Menteri Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada Julai 1981 Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, dan dua hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Dr Mahathir kini adalah pemimpin paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara.

Sumbangan Dr Mahathir kepada Malaysia bukan sedikit, malah terlalu banyak jika ingin disenaraikan satu persatu.

Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr Mahathir memperkenalkan kempen "Bersih, Cekap, Amanah" yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Menyusul selepas itu ialah kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan Kerajaan. Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara maju (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada 1985), Dr Mahathir memperkenalkan pula slogan "Malaysia Boleh" – yang pada hakikatnya bukan sekadar slogan kosong yang mahu mengatakan keupayaan Malaysia melakukan apa sahaja. Lebih dari sekadar slogan, Malaysia Boleh adalah konsep yang digunakan sebagai salah satu strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat Malaysia kepada dunia penuh peluang dan kesempatan. Lebih penting, konsep Malaysia Boleh adalah pernyataan keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 – pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. Pada 1996 Dr Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini ke arah Zaman Maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia – yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.

Di satu hujung MSC terletak Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di satu hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Kesemua projek berbilion-ringgit ini, dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia, kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan. Namun Dr Mahathir bukanlah seorang yang berpandangan cetek, seperti katanya baru-baru ini: "Kita sudah biasa dengan orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini telah terbukti mereka patut menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian."

Ramai menganggap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling berani dan lantang sehingga kini. Di tanah air mahupun di arena antarabangsa, Dr Mahathir secara berani dan terbuka menyuarakan pendirian negara. Beliau dianggap jurucakap kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia Islam. Antara lainnya, Dr Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa Barat tentang kegagalan menangani pedagang matawang yang menjadi punca krisis ekonomi pada lewat 1990an. Kemudian bila keganasan antarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Dr Mahathir dengan lantang mengecam tindakan pengganas, dan berulang kali menegaskan bawa satu-satunya cara menangani keganasan ialah dengan mencari puncanya.Pada 22 Jun 2002 di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke56, Dr Mahathir membuat satu pengumuman yang mengejutkan seluruh negara, bahawa beliau ingin meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti. Selepas rayuan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi serta penyokong-penyokong parti, Dr Mahathir kemudiannya mengumumkan yang beliau akan terus memimpin negara sehingga selesai Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada Oktober 2003 yang mana Malaysia menjadi Pengerusi. Untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar, Dr Mahathir menamakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir telah menyatakan bahawa meskipun beliau akan bersara, beliau akan terus mnyumbangkan usaha dan tenaga ke arah memajukan parti dan negara. Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin serba boleh, yang mungkin hanya satu dalam sejuta. Beliau adalah doktor, arkitek, jurutera, artis, pakar niaga dan pemidato. Beliau juga adalah guru, pemikir, perancang dan pelaksana. Beliau adalah ayah dan sahabat. Paling penting, beliau adalah negarawan terulung yang dilahirkan di bumi bertuah ini.

Pada Mei 2003, satu koleksi 14 buku tentang pemikiran dan wawasan Dr Mahathir telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebuah institut pemikiran Dr Mahathir juga sedang dibangunkan. Di waktu Malaysia menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke46 ini, rakyat berasa amat terhutang budi kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di atas wawasan jauh dan sumbangan gergasinya kepada negara. Hampir separuh dari 46 tahun usia Kemerdekaan negara, kita berada di bawah kepimpinan beliau yang dinamis dan tidak mengenal penat lelah.

Selepas persaraan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, nama beliau terus terpahat sebagai Bapa Pemodenan Malaysia, negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Monday, September 1, 2008

Penjalasan Sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mufti Wilayah

mohd saiful bukhari azlanPenjelasan Sahibus Samahah Dato Wan Zahidi Wan Teh Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan Pada 15 Ogos 2008

1. Ekoran daripada sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 lalu, Pejabat ini menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan juga pihak media berikutan pandangan pelbagai pihak yang bercanggah antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi apabila terdapat pihak yang mengaitkannya dengan agama Kristian. Bagi menghuraikan persoalan ini, Pejabat ini ingin membuat penjelasan berikut :-

2. Al –‘Allamah Abu Bakar ‘Othman Bin Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri menyatakan dalam kitabnya “Hasyiah I’anah al-Talibin” bahawa sumpah atau“yamin” terbahagi kepada dua : Pertama dalam perbicaraan di Mahkamah, dan Kedua diluar perbicaraan. Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri. Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah atau sifat-sifatnya dengan didahului oleh huruf “qasam” atau sumpah, iaitu “waw”, “ba’” dan “ta’”. Sumpah seperti ini harus dilakukan jika difikirkan perlu, seperti untuk menguatkan percakapan atau kenyataan.

3. Berasaskan keterangan di atas, sumpah Mohd Saiful adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah”. Dan ianya juga bukan sumpah “mubahalah” seperti yang terdapat dalam ayat 61 surah “Aal Imran” kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua. Oleh yang demikian upacara “mubahalah” antara Rasulullah S.A.W. dengan rombongan Nasrani dari Najran tidak berlaku kerana mereka enggan melakukannya dan meminta pilihan lain.

4. Pemberatan sumpah atau “taghliz al-yamin” boleh dilakukan sama ada daripada segi tempat atau masa. Kitab yang disebutkan di atas menyatakan cara-cara pemberatan sumpah seperti berikut :-

4.1 Selepas sembahyang asar hari Jumaat

4.2 Dalam masjid di sisi mimbar

4.3 Meriba Mushaf dan meletak tangan keatasnya

4.4 Dibacakan kepadanya ayat 77 daripada Surah Aal Imran

rujukan : http://www.pp44.com.my/main.php