Thursday, April 24, 2008

Petua Imam Shafie

4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Cara tidur
1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, April 23, 2008

Bila Diri Sudah Menjadi Mayat

Assalamu’alaikum,

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja… Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya

3. Amalnya


Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad …Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

  • Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
  • Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
  • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
  • Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.’


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan….
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kin i Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kin i Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kin i Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kin i Raib Tak Bersuara’


Ketika Mayat Siap Dikafan …Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan

  • Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
  • Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
  • Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
  • Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
  • Kin i Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’


Ketika Mayat Siap Disholatkan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

  • Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
  • Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
  • Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’


Ketika MayatDiusung. … Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

  • Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
  • Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
  • · - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’


Ketika MayatDibaringkan Di Lian g Lahat…. terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan….
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita
Di Sini


Wahai Fulan Anak Si Fulan….

  • Dahulu Kau Tertawa, Kin i Dalam Perutku Kau Menangis
  • Dahulu Kau Bergembira, Kin i Dalam Perutku Kau Berduka
  • Dahulu Kau Bertutur Kata, Kin i Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’


Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… . Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku…. .

  • Kini Kau Tinggal Seorang Diri
  • Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
  • Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
  • Mereka Pergi Meninggalkanmu. Seorang Diri
  • Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
  • Hari Ini,….
  • Akan Kutunjukan Kepadamu
  • Kasih Sayang-Ku
  • Yang Akan Takjub Seisi Alam
  • Aku Akan Menyayangimu
  • Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’.


Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , ‘Wahai Jiwa Yang Tenang

  • Kembalilah Kepada Tuhanmu
  • Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
  • Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
  • Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’

Tuesday, April 22, 2008

Petua Imam Shafie

Dari e-mel sahabat; mudah-mudahan berguna;

4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Cara tidur
1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Saturday, April 19, 2008

Koleksi Lawak Pendek

Dua Pesakit Jiwa
Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.
Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal"
Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"
gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga"
gila 2 : "Jadi mengapa ?'
gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya
?"

Restoran terbersih
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan pelayanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Guru Dan Murid
Guru : Budin, di mana letak Australia ? Budin : Di sini, cikgu! ( sambil menunjuk peta ) Guru : Bagus! Sekarang Abu, siapa yang menemukan Australia? Agus : Abu, Cikgu!

Anak Dan Bapa
Dodo pulang dari sekolah bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. "Bapak..tadi saya dimarahi cikgu!" "Kamu buat silap apa, Dodo?" "Tadi saya tak dapat menjawab pertanyaan cikgu." "Apa yang ditanya cikgu?" "Cikgu tanya..dimana letaknya Washington.." "Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa kat mana tempatnya!"

Ahli Silap Mata dan Burung
Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas. "Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!" "Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!" "Hey... semua daun terupnya,daun A !! " Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

Russian dan Amerikan
Dua orang lelaki, seorang dari Rusia, seorang dari Amerika sedang berdebat tentang kebebasan bersuara di negara masing-masing. Sam : Di negara saya, orang bebas menuntut, memaki-maki, bahkan pada presiden sekalipun. Stoikov : Saya kira bukan hanya di negara anda sahaja yang ada kebebasan. Di Rusia, orang juga bebas memaki-maki presiden Amerika.

Sunday, April 13, 2008

Email Dari Zulkifli Nordin (AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU )

salam guys...

c&p je...tapi mmg lawak...baca larr

A'kum dear all.

Hari ni hari pertama taklimat untuk ahli-ahli Parlimen. Saya pagi-pagi dah sampai. Ingatkan saya paling awal pukul 8pg (sesi mula pukul 8.30pg). Rupa-rupanya ramai dah sampai dulu dari saya. Si Gobala pukul 2 pagi dah sampai. Almaklumlah MP baru. Semua dok gabrah lagi, tak sabor nak masuk Parlimen. Saya pagi-pagi lagi dah kena sebijik. Saya pi dengan motor..elok nak parking mamat sekuriti parking suroh saya parking kat belakang sebab "ni tempat untuk VIP je..'. Saya tanya mamat tu siapa VIPnya. Dia kate untuk Ahli Parlimen sahaja. Saya pun habaq saya Ahli Parlimen lah. Dia punya tengok saya atas bawah..dia kata dah berbelas tahun dia jage sekuriti Parlimen..ni first time dia tengok YB mai dengan motor. Saya kate kita YB Rakyat lah..terus jadi kamcing mamat tu dengan saya.it pays to be humble..


Hangpa tau nak masuk Parlimen ni (tempat Dewan Persidangan tu) punyalah ketat. Macam nak masuk kapalterbang. Kena lalu metal detector & scanner..(kalu lie detector, BN punye YB banyak tak lepas dar... Polis punye pakaian dah macam komando nak pegi perang..Rambo tengok pun jeles..

Btw..lepas isi borang dll (termasuk ambil gambar untuk Kad Ahli Parlimen) kami pekena sarapan yang disediakan oleh Putrade Management.. boleh tahan syeh makanan dia. Tapi berapa kontrak depa dapat saya tak tau lah.

Masa tengah dok relax sarapan..saya jumpa Mat Maslan..room mate saya mase kat Wellington dulu. Rupanya dia pun dah jadi YB..Parlimen Pontian. Peh tu jumpe pulak Khairy Rembau. Saya pun tegur dia "oi omak kaw..menantu pun ado sini..".. terkebil-kebil dia tengok saya. Sikit punye kelat muke dia..hehe..

Sessi mule pukul 10am. TS Ramli Ngah Talib YDP Dewan start off kate ada 99 orang MP baru. Dia kate rekod tahun ni ada mak/anak (DSWA/ Nurul) & anak/bapak (Karpal/Gobind) . Dia tak kate pulak ada pakmertua/menantu. .ceh..jage periuk nasik jugak orang tua tu.

Tapi yang jadi centre of attraction memang Nurul Izzah. In fact, she's the youngest YB being only 27..hebat..hebat. .

Mase taklimat ada satu MP Cine dok sebelah saya. Saya tengok dia ni peramah betoi. baguih punye sembang cara cakap macam bunyi pembangkang. Rupe-rupenya YB Chua Tee Yong dari Parlimen Labis..anak YB Chua Soi Lek.

Well..program habis pukul 12. Tapi nampak mood memang berbeza sekarang. Kakitangan Parlimen pun very friendly. Saya yang syok tu bila ada polis yang mai sembang tanye "bos kite bile bertanding..".."Aik..bos kite???". Rupe-rupenye ramai yang dah tak sabar DSAI join Parlimen. The undercurrent is so strong..tak tidur Pak Lah dibuatnye..hahaha. .jangan mare ar menantu..

Lepas taklimat tadi saya & few friends pi ronda kat kawasan Parlimen. Macam-macam ada rupenya. Siap dengan gym, klinik, dewan badminton dll. Zoo pun ada..tapi banyak rusa je saya tengok. Depa kate tu peninggalan arwah Tun Zahir. Kat Tingkat 17 siap ada penthouse. Depa tengah nak renovate buat mini coffee house. nanti kalau hangpa nak mai kami MP boleh guna Tingkat 17 untuk entertain.

Well..that's all for today..looking forward for opening ceremony/swearing in on 28/29 April. Okey dokey..kena chow dulu..dah nak magrib.

Adios

Zulkifli Noordin
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Monday, April 7, 2008

Kenapa suka cium?

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak berkata;

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti?
"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab..

Friday, April 4, 2008

Lagu UMNO Versi Baru (hanya ubah sikit lirik)

Disini saya tampilkan dan mempersembahkan suatu lagi kejutan apabila seorang pengubah lirik yang tidak dikenali telah berjaya mencipta suatu lirik yang akan memberikan impak yang sedikit besar kerana berjaya mengubah lirik dengan begitu cantik dan tersusun. Tetapi penyanyinya kureng power...suara serak-serak basah sikit. kalo masuk AF bukan kena buang lagi...malah awal-awal lagi kena penampor.

Lagu Tema Umno Yang Telah Diubah Lirik


kepada sesiapa yang belum pernah mendengar lagu tema UMNO yang biasa berkumandang setiap kali berlangsung perhimpunan UMNO
Lagu Asal Umno (Bersatu, Bersetia, Berkhidmat)

Tuesday, April 1, 2008

Boikot Barangan Belanda (Holland)

Assalamualaikum wbt,

Kepada semua orang-orang ISLAM yang beriman, kita wajib untuk memBOIKOT semua barangan dari Holland (Dutch @ Belanda) bagi menunjukkan penentangan kita kepada filem yg menghina ISLAM dan AL-QURAN.

Mereka membayangkan bahawa keganasan adalah ajaran dari AL-QURAN dengan mengambil sebahagian dari ayat tersebut dan mempergunakannya. Mempergunakan AL-QURAN bagi mengambarkan ISLAM menaja keganasan. BOIKOT barangan mereka - jihad bagi kita yang mempunyai KUASA membeli.

Sila lihat video dibawah


Memboikot mungkin dapat memberi sedikit kesan. Tapi kesan lain pula bagaimana?
Adakah anda telah menonton video Fitna tersebut? Atau semua orang sekarang act like jumping on a band wagon.
Saya dahpun menonton video tersebut dan apa yang dapat saya simpulkan ialah ia lahir dari seorang yang gila. Malangnya yang menontonnya pula bukanlah gila.
Jadi, saya rasa antara cara paling baik adalah dengan menyediakan satu video yang dapat menjawab atau membalas kembali serangan yang diakibatkan oleh video tersebut. Mungkin tajuknya berbunyi, "The True Answer to Fitna". Contoh je lah.
Maka, para ahli yang alim kat luar sana, sumbangkanlah ilmu anda dalam mematahkan video Fitna ini. Orang Islam kita ramai yang tahu IT. Cuma mereka perlukan input yang solid. Maka, bantulah kami, orang IT.