Monday, March 31, 2008

Bagaimana Mengelak Daripada Kena Saman

Apa kata kita bergelak-ketawa dalam seminit dua. Tentu korang pernah parking selamba di tepi jalan. Dan bila korang balik ke kereta, dapat surat saman sama ada dari Polis atau Bandaraya.

So, macam mana nak mengelakkan dari di saman? Hayati gambar di bawah. Selamat mencuba! Baekkk Punya!

Saturday, March 29, 2008

4 Sebab Sultan Murka Pada Idris Jusoh

Oleh kerana Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya sudah terlalu biadap dan derhaka pada Sultan, maka disini diperturunkan sebahagian sebab musabab mengapa Tuanku sangat murka kepadanya. Maklumat ini diperolehi dari sumber yang sangat rapat dengan pihak Istana Terengganu!

Tuanku SANGAT MURKA kerana :

1) Idris Jusoh memasukkan duit royalti minyak sebanyak RM800 juta ke dalam akaunnya. Duit itu diuruskan oleh Wan Farid, Wan Hisham & Khairy Jamaluddin!

2) Projek Monsoon Cup adalah silap mata sahaja. Ia untuk Idris dan puak-puaknya mengaut duit dengan sebanyak-banyaknya!

3) Sebelum PRU-12, Idris telah menjual seluas 30,000 ekar tanah pada tauke cina dengan mengambil jutaan duit lagi untuk diri dan kroninya!

4) Dan ada sebanyak 25 KES lagi dalam tangan Tuanku Sultan!

Tuanku Sultan melantik Datuk Mat Said kerana hanya beliau seorang sahaja yang berani melawan Idris Jusoh dan puak-puakn! ya. Pak Lah pula pertahankan Idris kerana beliau mempunyai kepentingan dalam projek-projek untuk baham duit rakyat!

Tips2 Jika Handphone Anda Dicuri @ Hilang...

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi.

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.

Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

Friday, March 28, 2008

April Fool, Buat Renungan & Pedoman Kita Semua

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayarkeluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu

.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .

Monday, March 24, 2008

Forum Friend Korner masih baru

di sini aku nak promote kat korang satu web forum baru yang bertajuk Friendz Korner..yang masih baru dan fresh lagi ahli setakat ini amat sedikit tak sampai 20 orang sebab itu aku kesian dan aku telah jadi member forum tersebut dan merasakan ia bagus untuk kita jadikan platform untuk kita bertukar-tukar fikiran.

Konsep forumnya adalah umum sahaja. apa sahaja pun boleh. Ada tak web forum yang korang join sebelum nie? sebenarnya aku tercari-cari forum yang berkonsep umum seperti nih..

kalo ikutkan memang banyak forum-forum yang kita boleh join...apa kata korang beri forum apa yang korang join dan suka. Mungkin dapat kongsi dan boleh kita jadi member.

Sunday, March 23, 2008

Cuba Teka Siapa MB Terengganu

Apakah kriteria untuk menjadi seorang menteri besar?. Apakah memerlukan wajah yang hensem dan tampan? Rambut belah tepi? baju masuk dalam seluar? Gigi putih tidak berlubang?. baju bergosok?

Esok akan berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru, ahmad said sebagai menteri besar Terengganu. 32 Adun dah sepakat malah dah tandatangan sokongan kepada idris jusoh. ada yang berani kata pulok, kalau ahmad said jadi MB, dia nak letak jawatan!..panas..pedas. Mereka akan memulau majlis angkat sumpah tersebut dengan tidak hadir.

lantaklah diorang..kalau aku bercakap kang pedas, pulok, nanti orang Terengganu marah. Dah 2 minggu tak ada menteri besar, pastu nak main pulau-pulau pulok...

Apa pendapat anda? siapa MB yang layak? coba teka.......

Friday, March 21, 2008

Pakai Tali Pinggang Kat Belakang Menyusahkan!

Kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian tali pinggang di belakang tetapi adakah anda bersetuju?. pakai talipinggang kat belakang memang meyusahkan, tetapi kalau di lihat dari sudut positif memang baik. Yang saya tidak puas hati apabila ia diwajibkan, kenapa tak sunat sahaja. Sepatutnya pemakaian tali pinggang kat belakang hanya digalakkan bukan diwajibkan. Kalau diwajibkan bermakna ia digunakan sebagai alat untuk saman. Bukan ia menyusahkan pemandu? Ditambah lagi keluarga yang mempunyai anak 3 dan lebih. Sebuah kereta hanya untuk 4 orang sahaja jika memakai tali pinggang. Kalau sesiapa ada ramai anak kecik-kecik, jamin kena saman.

Ini semua alat untuk meningkatkan pendapatan negara melalui saman. Dah banyak peraturan jalan raya, jika memandu dengan cara tak selamat, saman!. Jika memandu sambil pakai talipon bimbit dengan cara yang salah, saman!. kalau tak beri isyarat semasa hendak tukar laluan, saman!. dan banyak lagi saman.

Ia diwajibkan kerana menjangka akan mengurangkan kecederaan kemalangan jalanraya. kalau suka ambil jalan mudah sahaja kenapa tidak diharamkan penggunaan motosikal dijalanraya. Penggunaan motosikal mencatat kemalangan maut paling tinggi di Malaysia.

Oleh kerana ia dah sebagai peraturan dan undang-undang, nak atau tak saya terpaksa juga ikut kerana saya adalah sebagai warganegara Malaysia. Kalau tak nak ikut peraturan tukar warganegara Siam.

Saya bercerita pasal tali pinggang nie pasal saya suka sanggat dengan iklan proton masa hari raya, pasal tali pinggang di belakang ni...saya tenggok berkali kali, sampai boleh ketawa sorang-sorang.

Wednesday, March 19, 2008

"Saya Juga Melukis..setiap petang"

Kadangkala bagi seorang pelukis professional, lukisan dianggap sebagai medium yang digunakan sebagai diari seorang pelukis. Penterjemahan maksud yang jelas walaupun mengundang banyak persoalan. Lukisan juga dianggap mempunyai 1000 maksud bagi perterjemahannya. apapun persoalannya saya menganggap ia boleh dijadikan sebagai medium menterjemahkan emosi juga.

Di dalam sesebuah lukisan yang terhasil bukan semata sesebuah bentuk imejan tetapi pernyataan jiwa, ekspresi, mood, persepsi, pengamatan, observasi, imaginasi, visualisasi, estetika dan kreativiti. Lukisan adalah proses pembelajaran. Membina keupayaan unutk melukis adalah lebih mudah dari membina keupayaan untuk menulis.

Saya terus melukis dan melukis sehingga bila? dan bila-bila kerana jiwa saya sudah diterapkan begitu. Disini adalah satu lukisan saya yang tidak salah saya pada tahun 1998..dah sepuluh tahun. Menggunakan pen dan watercolor.Untuk pengetahuan rakan blogger sekelian, saya baru sahaja buat blog khas untuk lukisan potrait. saya kumpul lukisan di sana. Saya memang suka lukisan potrait kerana ia simple dan tidak banyak kos. Blog saya ini masih fresh lagi dan belum siap sepenuhnya : http://idham-xpression.blogspot.com/

Monday, March 17, 2008

Produk Tiruan Dalam Perkataan

Sebenarnya ini bukan barangan tiruan dan ia memang sah dari segi undang-undang tetapi ia hanya menggunakan jenama daripada produk ternama dan menukarkan nama yang hampir sama bagi mengelirukan pengguna. Kadang kala ia agak kelakar juga jika kita sedar ia memang nama yang ditiru. Memang harga dia murah, jika kita lihat sesiapa yang memakai barangan sedemikian bukan bermakna mereka bodoh kerana terpedaya. Memang ramai yang memilih untuk membeli barangan sedemikian walaupun mereka sedar. mereka membeli kerana faktor kos bukan faktor jenama. Adakah jika sesiapa membeli atau menggunakan nama jenama adaptasi ini akan menjejaskan kredibiliti seseorang?





Sunday, March 16, 2008

10 Orang Paling Angkuh Di Malaysia

Ini antara senarai 10 orang paling angkuh di Malaysia diambil daripada artikel tulisan GB di terengganukite.net (baca selengkapnya). Sepatutnya nama aku ada sekali..memang tak adil betul. Sepatutnya orang yang paling aku dengki tu (KJ) duduk kat atas sekali dan mengatasi Pak Lah. Saya rasa satu mesyuarat perlu diadakan bagi merombak kembali kedudukan mereka dan menetapkan calon yang sesuai. Pemilihan perlu dilakukan secara SMS yang perlu dibayar sebanyak RM0.50.
1.DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
2.DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN RAZAK
3.ZAINUDDIN MAIDIN
4.TAN SRI ABDUL RASYID ABDUL RAHMAN
5.DATOK SERI KHIR MOHD TOYO
6.TAN SRI MUSA HASSAN
7.ABDUL GHANI PATAIL
8.AWANG ADEK HUSSIN
9.IDRIS JUSOH
10.KHAIRY JAMALUDDIN

p/s: jika ada sesiapa yang ingin menjadi calon sila isi borang penamaan calon

Friday, March 14, 2008

Ilusi Optic: Beberapa Gambar Sebagai Ransangan

Adakah mata saya sudah tak betul atau otak saya yang tak betul..cuba korang semua tenggok gambar-gambar di bawah. Sebenarnya ia dinamakan ilusi optik. Ilusi optik adalah ilusi yang terjadi karena kesalahan penangkapan mata manusia.Macam mana dia boleh beralun macam ombak tu? Mata aku ni tak berapa sihat ke?
Cuba lihat...buah dadu tu disusun di atas lantai atau disusun ke atas? Nujum Pak Belalang mesti boleh jawap ni...
Eh..gambar ni dalam format jpej. bukan gif. Macam mana dia bergerakk tu? hidup kot
Ada berapa titik hitam dalam gambar tu? cuba kira.....lebih baik aku cari kerja kira bulu kambing.
Garisan tu lurus ke, bengkok? aku ambil pembaris...bila tengok betul-betul aku sakit kepala ..aduh!

Thursday, March 13, 2008

DAP memang Tak Boleh Bersepakat

DAP memang tak boleh bersepakat dalam apa sahaja sebab itu dulunya, dia mengambil keputusan keluar daripada pakatan BA. Korang tengok sendiri dia bual hal pulak apabila boss DAP, Lim Kit Siang tak puas hati apabila Sultan Perak pilih Mohd Nizar jadi PM Perak. Ahli dari parti DAP tak hadir semasa majlis penyerahan watikah perlantikkan MB Perak.

Kalau permulaan sudah ada konflik, macam mana mereka nak mentadbir negeri?. Kalau mereka boikot majlis tersebut bermakna mereka tak suka Mohd Nizar, dan MB Perak ini umpama tak ada tangan nak berkerja. Nak berkebun, cangkul patah. Nak tengok TV tak ada siaran, gitulah umpamanya.

ini sebahagian kenyataan akhbar dari Utusan Malaysia:
PETALING JAYA: Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang membentuk kerajaan campuran di Perak, mula goyah apabila semua 18 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di negeri itu mahu memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang ini.

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semalam, yang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Azali Azlan Pecah Rekod Nur Amalina Che Bakri

Azali Azlan telah berjaya memecahkan rekod Nur amalina Che Bakri dengan mendapat 21A. Nur Amalina dulunya dapat 17A. Apa rahsianya? jangan tanya saya kerana saya tak tahu..jom kita tengok apa kata Azali Azlan:
“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna."

“Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran.

“Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,” katanya.

“Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.

“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.

“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.

“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya

Wednesday, March 12, 2008

Cerita Kelakar Pak Lah Dan Menantunya, Khairy

Cerita ini adalah suatu cerita ilusi dan rekaan sebagai bahan gurauan.
Suatu hari seorang tukang sapu yang bernama Pak Lah dan menantunya bercadang bercuti di sebuah pulau yang indah di tepi pantai yang cantik dan jauh dari pandangan orang ramai. Pak Lah adalah seorang yang sangat lurus dan sangat sayang kepada menantunya. Pak Lah memang seorang yang berharta dan menantunya langsung tidak bekerja walaupun pun berkelulusan universiti. Oleh kerana dia sayangkan anak menantunya maka dia mewasiatkan semua hartanya kepada menantunya.

Tiba-tiba dengan selamber Pak Lah berkata: "wahai Khairy, bapak rasa, bapak teringin sekali untuk berjalan di atas air laut yang biru ini!". Khairy ternyata hairan dengan kemahuan bapaknya yang pelik itu lalu memberi cadangan, "cuba bapak berjalan menggunakan selipar jepun". oleh kerana Pak Lah sayangkan anak menantunya, dia ikut sahaja cadangan itu kerana menyangka nak menantu seorang yang bijak. Pak Lah pun menaiki bot dan apabila sampai di tengah laut dia cuba berjalan di atas air tetapi tidak berjaya dan kembali ke tepi pantai.

Pak Lah tetap tidak putus asa walaupun gagal dan bertanya kepada menantunya, "ada cara lain?". Khairy berfikir dan berkata: "cuba pakai helmet". Khairy cuba bergurau kerana menyangka bapa mertunya sudah buang tebiat nak berjalan atas air. Pak Lah dengan rasa pelik dengan cadangan itu, tetapi oleh kerana sayangkan menantunya dan menyangka menantunya bijak, terus dia mencari helmet dan pergi ke tengah laut dan terjun. Ternyata Pak Lah gagal dan kembali ke tepi pantai.

Pah lah berkata, "bapak tetap tidak akan putus asa dan tidak berasa tertekan, ada tak cara lain?". Khairy ternyata bosan dengan bapa mertuanya lalu berkata, "nampak tak batu besar tu? ambil batu tu, dan ikat dibadan dan terjun!". Tanpa membuang masa Pak Lah terus buat apa yang dicadangkan oleh menantunya kerana menyangka menantu seorang yang bijak dan sayangkan menantunya.

Cerita ini adalah rekaan saya sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samaada hidup ataupun meninggal dunia.

Monday, March 10, 2008

Kesian Pak Lah, Lima negeri Terlepas, Ramai Menteri Tumbang


Pilihanraya ke 12 menyaksikan keputusan yang amat mengejutkan penganalisis politik negara kita. Ada desas desus mengatakan bekas perdana menteri malaysia, tun Dr. Mahathir menggalakkan Pak Lah meletak jawatan kerana gagal sebagai peneraju kepimpinan negara. Menurut beliau rakyat beralih kepada pembangkang bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi adalah kerana kelemahan pentadbiran Pak Lah sendiri.

Kesian Pak Lah, tempoh waktu percubaan untuk Pak Lah sudah tamat dia bertegas mengekalkan dirinya sebagai PM dan saya takut pilihanraya akan datang rakyat yang akan turunkan jawatannya.

Pak Lah ditemui dalam keadaan tidak ceria dan masih tergamam dengan keputusan undi terus dikerumuni oleh wartawan kemana sahaja. Antara jawapan daripada Pak Lah:

“Saya tak tahu siapa kena tekan tapi tidak, saya tidak letak jawatan,”

“ini adalah pendirian rakyat untuk melihat kekuatan mereka untuk tidak beri kami kemenangan dua pertiga.”

"Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar pada sesiapa kecuali Allah SWT".

“dah kalah, kalah laa”

“Ini adalah pilihan rakyat, kita akan menilai kembali apa yang dikehendaki oleh rakyat”

Sunday, March 9, 2008

10 Website Yang Berguna ( Wajib Bookmark)

Setiap hari kita melayari internet, dan kadangkala kita tidak tahu apa yang kita perlu buat dan saya rasa perkongsian maklumat sebegini amat perlu untuk rakan bloggers kerana khazanah daripada internet ini amat banyak tetapi kita tidak tahu dimana lubuk emasnya.1. Mykamus
Penggunaan kamus secara online. Terdapat dua pilihan iaitu Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu. Anda juga boleh download perisian kamus yang disediakan bagi penggunaan offline.
2. Wikipedia Bahasa Melayu,
Eksiklopedia Online ini telah dimulakan sejak 2003 dan dinamakan sebagai Wikipedia, yang amat bermanfaat sebagai sumber rujukkan yang amat mudah dan kandungannya memang hampir menyeluruh.
3. Utusan Malaysia Online
Antara akhbar utama negara yang mendapat kepercayaan meluas sebagai sumber utama berita dan maklumat bagi warga Malaysia. Maklumat yang padat dan tepat.
4. Download.com
Inilah satu-satunya website yang dapat menyediakan software yang anda perlukan samaada berbayar, atau percuma. Pilihlah apa sahaja kategori yang anda mahukan, games, video, graphic software, wallpaper, dan apa sahaja dan ia umpama syurga bagi peminat software percuma!
5. Miniclip
Inilah adalah website untuk bermain games, walaupun umur sudah lanjut, tetapi website ini menyediakan pelbagai games yang santai dan amat sesuai bagi sesiapa yang mahukan permainan yang tidak berat malah ia menyedikan beratus-ratus pilihan.
6. Flickr.com
Berkongsilah foto yang anda gemari dengan rakan-rakan malah di seluruh dunia malah anda boleh meletakkan komen pada setiap gambar yang anda temui. Bagi saya inilah cara untuk mencari gambar yang baik berbanding enjin carian images di google!
7. Lelong.com.my
Di sini anda boleh mencari pelbagai barang yang anda inginkan dengan harga lelong dan murah. memang website ini amat popular dan sebut sahaja apa barang yang anda kehendaki, memang tidak akan mengecewakan. kalau ada barang nak jual, disinilah!
8. Youtube.com
Lambakkan sumber video yang boleh kita lihat dan anda juga boleh berkongsi video anda dengan seluruh pengguna internet di seluruh dunia. Disinilah sumber video yang paling popular selain google video. Mungkin apa yang anda perlu dan liaht cari ada disini.
9. Imeem.com
Nak dengar muzik?, malah anda boleh download apa sahaja muzik dari rakan anda dan anda boleh pula berkongsi muzik dengan mereka. Bukan muzik sahaja! tetapi gambar dan video juga boleh. Jangan pengsan kalau anda dapat banyak muzik yang anda tak pernah dengar!
10. Tokei kedai.com
Forum komuniti online yang agak popular dan memiliki PR3. Memiliki skop perbincangan yang sangat luas dan setakat hari ini, ia mempunyai seramai 131666 ahli yang berdaftar dan mempunyai ratio member online yang sangat tinggi. Kongsi maklumat, bincang, tanya dan apa sahaja!

Ada tak website yang anda rasa perlu dikongsi? Mungkin bermakna buat kita semua jika dikongsi.

Saturday, March 8, 2008

21 Tahun Ke Bawah Masih Boleh Mengundi!

Ini kertas saluran saya semasa mengundi. Hari ini saya telah menunaikan hak dan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia. Cuaca amat baik dan keadaan sangat terkawal. Kelihatan peraih undi cuba menarik perhatian pengundi dengan pelbagai cara dan gaya. Antara perkataan yang saya dengar:

"nak puasa tenggok bulan, nak gaji cukup bulan!"

"ceng, ceng, ceng, un di da cing!"

"aya, lu tau macam mana mau pangkah? mari saya ajar!"

"BN = Barang Naik!"

"Allah huakbar! hidup PAS!"

Ada juga yang mulut celupar katanya:
"sapa yang tak undi umno.. anak luar nikah!"
semua mata memandang ke arahnya.

Bagi yang sesiapa yang tidak dapat mengundi samaada belum cukup umur atau belum mendaftar, mereka masih lagi boleh mengundi. Minggu depan adalah final Raja Lawak di Astro Oasis. Jadi undilah berpada-pada jangan sampai bangkrap pula.