Friday, February 29, 2008

Jom main Teka Teki

Teka teki biasanya sebagai bahan gurauan dengan rakan dan dapat dijadikan ubat untuk hati yang duka. Memang ada jawapan daripada teka teki tersebut kelakar dan ada yang relevan. Ada jugak jawapan daripada teka teki tu kita rasa nak bubuh penampar ajer dengan jawapan yang diberikan. Walaubagaimanapun ia cuma bermaksud sebagai bahan gurauan sahaja.

Kenapa anak babi apabila berjalan dia tunduk?
Jawapan: kerana dia malu mak bapak dia babi

Dalam banyak-banyak MINYAK, minyak ape disukai oleh lelaki?
Jawapan: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Jawapan: Pembohong!

Kalau gajah boleh terbang, dia nak terbang dengan apa?
Jawapan: dengan bersusah payah!

Buah apa yang tidak boleh dipetik?
Jawapan: buah yang sudah jatuh dari pokoknya.

Hitam, hijau dan kuning, apakah itu?
jawapan: orang hitam tengah melepas di rumput

Dulu Sudirman masa kecik-kecik dia pakai nama apa?
Jawapan: Sudirboy

Kucing apa kakinya cuma ada tiga?
Jawapan: kucing yang sedang melambaikan tangan

Batman mandi di mana?
Jawapan: bat room

Kalau monyet dah panjat pokok dia tinggalkan apa?
Jawapan: tinggal nak turun

Orang apa kalau ditembak tak mati?
Jawapan: orang tembak tak kena!

Kerbau apa yang sudah dicari tapi tak dapat-dapat?
Jawapan: kerbau yang hilang

Naik apa tak boleh turun?
Jawapan: naik haji

Antara bumi dan langgit, ada apa diantara mereka?
Jawapan: ada perkataan 'dan' di tengah.

iPhone Telefon Bimbit Berinternet

Ini ada satu produk baru dari Apple iaitu iPhone (Apple iPhone). Ia adalah telefon bimbit berinternet. Fungsi iPhone adalah gabungan ipod dengan telefon bimbit, kira 2 dalam satu la.. huruf 'i' maknanya internet. Saya meramalkan iPhone nie akan jadi kegilaan kerana kepelbagaian fungsinya. Dah pun dipasarkan kat US pada Jun tahun lepas dan dapat sambutan hangat. Kat Malaysia, akan dipasarkan, bila? aku pun tak tahu. sila klik di atas gambar untuk gambar yang lebih besar
  1. pakai skrin sesentuh. lebar skrin 3.5"
  2. main format mp3 dan format video
  3. boleh terima pancaran TV,
  4. boleh main klip video lagu
  5. melayari internet menerusi Wi-Fi atau EDGE
  6. hantar email, dsb
  7. memori: 4GB dan 8GB (ada 2 jenis)
  8. kamera resolusi 2.0 megapixel
Nak tahu berapa harganya? dari sumber yang boleh dipercayai, harganya antara RM2100 hingga RM3000. Memang boleh dikatakan agak mahal tapi jika dibandingkan dengan fungsinya tak dapat dinafikan. Barang baru memang ler mahal sikit, tunggu setahun, dua tahun nanti.

Thursday, February 28, 2008

Download Lagu M. Nasir

Kita layan lagu M. nasir pulak. Lepas cari dalam fail komputer saya nih, rupa-rupanya ada 12 koleksi lagu M.Nasir. Memang lagu m.nasir nih bercorak santai dan maksud lirik dalam lagu dia bercorak puisi.

Anda boleh klik lagu mana yang diminati. Nak dengar dari sini atau download pun boleh.
  1. Mentera semerah padi
  2. Raikan cinta
  3. Suatu masa
  4. tanya sama itu hud-hud
  5. Suatu hari di hari raya
  6. Ada
  7. Anak-anak kita
  8. Juwita
  9. Mustika
  10. Sentuhan listrikmu
  11. Bonda
  12. Keroncong untuk ana
Macam mana nak kongsi dan bertukar-tukar lagu? daftarlah di yuntaa.com di sana ada boleh upload dan download fail rakan lain.

Wednesday, February 27, 2008

Nenek 89 Tahun Bertanding Pilihanraya

maimun yusof
maimun yusofSeorang nenek dah berumur 89 tahun, Maimun Yusof nak bertanding dalam pilihanraya dalam Parlimen kuala Terengganu. Memang hebat memang kuat!. Pertandingan 3 penjuru menentang Mohd Sabu (PAS), dan Datuk Razali (BN). Dia dah 4 kali gagal dalam penamaan calon, baru sekarang diluluskan.

Logo parti: gambar kunci.
Slogan: 'Parti Tanah Melayu Bersama Islam'.
Pekerjaan: jual kain batik dan songket

Dia dah tempah 1000 poster untuk berkempen malah sanggup meletakkan wang pertaruhaan RM 10 000. dia tak kisah malah kata dia: "pitih boleh dicari". Yang kelakarnya, dia langsung tak tahu membaca dan menulis dan mengupah anak rakannya untuk mengisi borang penamaan calon.

Makcik Maimun: "semua parti tak betul, apa yang mereka buat untuk rakyat bagi tanah orang Melayu. Saya sudah tua, saya mahu perintah sendiri"

p/s: sayanglah bangsa dari sayang wang ringgit

Tuesday, February 26, 2008

Pilihanraya Dah Dekat, Nak Undi Siapa?

Di sini ada pantun sempena negara kita sedang rancak sana sini berkempen untuk pilihanraya. Pantun ini pantun seloka dan ada sedikit sindiran. Kalau terasa pedas mintak maaf la. Kalau pedas minum kopi, tak ada duit mintak kat YB duit kopi!

Pantun Seloka

Lima tahun tunggu pilihanraya,
Asyik pening garu kepala,
Tak tahu nak undi yang mana,
Semua calon sama sahaja.

Aku skodeng calon yang ada,
Kereta besar, drebar pun ada,
Bila bercakap janji sini, sana,
Bila menang habuk pun tak ada.

Hari berkempen, pasang bendera,
Bagi ceramah tak tentu hala,
Muka tak hensem itu tak apa,
Janganlah perangai macam setan pula

Tak cukup bendera, tepuk kompang pula,
Iklan di TV di paper pun ada,
Tidak kira siapa calonnya
Walaupun kayu tetap pangkah juga.

Mat rempit dah tak ada kerja,
Tolong berkempen, berarak di jalanraya,
Semuanya bukan ikhlas belaka,
Dapat upah itu, pasal itu rupanya.

Pak Lah rasa nak tawan Kelantan,
Nik Aziz tak bagi terus bertahan,
Islam Hadhari strategi perjuangan,
Aurat bini tak reti nak sorokkan.

Bila tengok berita warta perdana,
Dia kempen sampai tak ada berita,
Habis ungkit projek yang dia ada,
Aku yang bodoh baik tutup TV saja.

BN memang parti yang kuat,
Semua kerusi habis dia sebat,
Kalau pembangkang dah tak larat,
Angguk saja apa yang BN buat.

Dasyat berkempen sembang pun hebat,
Bilik gerakkan memang gamat,
Berkumpul ramai-ramai apa yang dibuat,
Tengok bola, patutlah gamat.

Banyak lagi pantun nak diberi,
Sampai di sini, lain kali bagi lagi,
Kalau sesiapa terasa di hati,
Mintak ampun, cuma gurau je tadi.

ha, jawab beb, jangan tak jawab!

Monday, February 25, 2008

Mungkin Anda Mengidap Penyakit Kencing Manis

Adakah anda mempunyai penyakit kencing manis? tidak? jangan mengaku tidak sebelum pergi membuat ujian darah. Penyakit kencing manis ini amat sukar diubati dan kita perlu mengesan dari peringkat awal lagi. Jika penyakit ini sudah sampai tahap yang tinggi memang susah nak ubat. Sebelum tu kita semak tanda-tanda seseorang itu mula mengidap penyakit kencing manis:

1.
Selalu dahaga dan perlu minum air.
kalau selalu dahaga nak minum ajer siap!. Sekarang rasa dahaga?. minum. Sekejap lagi dahaga balik la tu.

2.
Sering ketandas.
asyik nak terkencing ajer...bila tengok TV ajer, pantang iklan mesti gi tandas.

3.
Terasa badan lemah.
rasa malas ajer, lalok ajer....nak itu malas, nak ini malas...

4.
Berat badan turun dengan cepat.
slalu timbang tengok berat badan. kalau turun tu kekadang biasa ajer.

5.
Penglihatan semakin kabur.
ini memang nyata. kalau kencing manis turun mata dia akan OK balik (like my father).

6.
Terasa pening kepala.
ini slalu berlaku dan tidak semesti anda pengidap kencing manis.

amaran: Jika anda mempunyai kesemua package di atas . confirm!

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
1. Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
2. Mereka yang berat badan agak tinggi
3. Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
4. Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
teh tariktiap-tiap pagi sarapan kat kedai mamak mesti kena teh tarik, lepas balik kerja lepak ngan member layan teh tarik sambil sembang-sembang. Kalau tak kena teh tarik sehari memang tah sah!. gian betul...

minumana bergasini satu lagi punca utama untuk kena kencing manis, ada saudara saya mengamalkan minum minuman bergas camni. sedar-sedar dah kena penyakit kencing manis. Minuman macam ini mempunyai 8 kali ganda kandungan gula dia!
perut boroimasalah kegemukkan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengidap penyakit kencing manis, oleh itu kawallah berat badan anda

Gamat boleh merawat kencing manis!
Ini ada satu testimonial tentang makcik Asmah yang hampir dipotong tangannya, tetapi ia menggunakan satu produk daripada gamat dan luka di tangannya kembali sembuh.



Ada tak saudara anda mengidap kencing manis yang kuat? boleh share cerita dia.

Sunday, February 24, 2008

Istilah Mat Rempit Terurai

Mat Rempit adalah perkataan dan pengistilahan baru yang muncul dari budaya anak-anak muda. Perkataan ini sama seperti Minah Karan, Mat Spanner, Mat Skodeng, Bohsia atau Bohjan. Mat Rempit ini mungkin berasal dari perkataan himpit. Ini kerana semasa memandu motosikal anak-anak muda ini akan berhimpit-himpit untuk mara ke hadapan. Mencelah, mencelok dan mengelencong untuk memotong kenderaan lain yang lebih besar.

Tidak dikatakan bahawa semua mat rempit memiliki amalan yang negatif. Ada mat rempit yang membantu orang lain, ada pula yang tidak tinggalkan solat, malah mereka sanggup meluangkan masa melakukan kerja-kerja kebajikan.

Gambar di bawah mungkin dapat dijadikan iktibar kepada semua termasuk mat rempit.


kemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitSila klik di atas gambar untuk lebih detail
Ramai bekas-bekas Mat Rempit mengaku mereka merempit adalah mengikut jiwa dan perasan dan juga suka berseronok dengan kawan-kawan. Saya pasti mat rempit yang ada sekarang ada akan bersara dari arena perempitan. Tetapi bila? mungkin setelah mereka merasa jiwa keremajaan mereka telah hilang dan beralih kepada jiwa yang dewasa dan pemikiran yang matang.

Mungkin anda ingin meluahkan sesuatu. Sila berikan komen.

Saturday, February 23, 2008

Pengundi Hantu - Memang Wujud Rupanya!

SPR dengan angkuhnya menegaskan bahawa tidak akan ada pengundi hantu dalam pilihanraya pada kali ini, malah menegaskan bahawa tidak ada istilah pengundi hantu, aku sangat rasa selesa dan lega tetapi apabila hangat orng memperkatakan tentang pengundi hantu dan saya mendapat beberapa info tentang pengundi hantu yang lain..baru saya tahu ini rupanya kerja SPR!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba mengelak daripada terbabit bersekongkol dengan BN/Umno untuk memperdayakan pembangkang. Pengakuan Setiausaha SPR bahawa wujud penyelewengan dalam SPR khusus dalam kes pemindahan pengundi, menjelaskan segala kesangsian tersebut. Ikuti temubual Nyza Ayob bersama Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Wan Nik Wan Yussof untuk mendapatkan makluman terperinci.

3 nombor kad pengenalan tak cukup umur tapi layak mengundi.....!!! mana aci camni!
890520610089 (19 thn)
961231742099 (12 thn)
890520610089 (19thn)
tak caya?boleh check: Semakan Daftar Pemilih



pengerusi SPRApa komen anda dalam hal ini! Anda percaya SPR atau tak kisah

Friday, February 22, 2008

Petua Menghalau Semut Dengan Cepat

langkah 1: pakai pakaian yang kemas dan pakai perfume pada waktu malam
langkah 2: jika anda ada motor atau kereta, maka pergilah ke pasar malam yg berhampiran
langkah 3: carilah mana-mana gerai yang menjual racun ringan seperti ubat membasmi lipas atau ubat membasmi lalat.
langkah 4: jangan beli ubat lain sebaiknya bertanya, "halo tokei, ubat halau semut ada ka?"
langkah 5: belilah ubat yang saya syorkan (dlm gambar) ini harganya cuma seringgit
langkah 6: taburkan disekitar kawasan yang bersemut.
harap maaf: peket dia dah dikoyak sikit di bawah

Kebaikan ubat ini: tidak sampai satu hari dapur anda tidak akan ada seekor semut pun.!
Keburukkan: jika diletak di kebun akan menyebabkan buah akan dimakan ulat. (Semut tidak lagi attact ulat tersebut)

Petua-petua orang tua-tua yang lain:
Petua 1:
Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.
Petua 2:
beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
Petua 3:
letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.
Petua 4:
masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.
Petua 5
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.
Petua 6
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.
Petua 7
1. Ambil kapur tulis (atau chalk) kalau boleh guna yang warna putih lagi baik
2. Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan

p/s: kenapa semut tak kena kencing manis?

Thursday, February 21, 2008

Wajah Fasha Sandha Setelah Dipakaikan Tudung

Fasha SandhaFasha Sandha (artis favourite saya)

Fasha Sandha bertudungFasha Sandha! selepas saya 'tudungkan' (hanya 10 minit siap)

Di sini saya ada sikitt pandangan yang pedas sikit. Dalam pandangan kasar saya dalam 10 wanita Melayu, mesti ada 1 wanita yang free-hair. (tidak bertudung). Pasal wanita tersebut perasan dia cun, dia pegi rebounding mahal-mahal takkan nak sorok dalam tudung kot. Minda kelas ke-3, atau kurang pendidikan agama, atau sengaja jelas ingin menunjukkan bahawa dia adalah wanita yang memang kurang dalam amalan beragama.

Sebenarnya ia menggambarkan kelas minda kita sebagai rakyat Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan pada zaman dahulu, dan sekarang, peningkatan wanita yang memakai tudung memang ketara sekali. ini menggambarkan tahap kelas minda kita melalui saluran yang utama iaitu pendidikan. tahniah Kementerian Pendidikan kerana berjaya menerapkan amalan yang baik dan peradaban dalam masyarakat.

Amalan bertudung yang dahulunya dikaitkan sebagai trent ternyata suatu gimik yang ingin melemahkan umat Islam. Sudah ramai artis Malaysia yang memilih bertudung dalam kerjaya mereka. Malah, iklan syampoo pun menggunakan wanita bertudung walaupun tidak nampak sehelai rambut pun dalam iklan mereka.

Wednesday, February 20, 2008

Pertandingan Raja Lawak, Tak Lawak?

Seorang budak perempuan berumur 10 tahun dengan makan dengan cepat pada hari hari Jumaat. Neneknya bertanya, "kenapa gopoh-gapahnya?, makan la elok-elok". Budak perempuan itu berkata: "nak tengok Raja Lawak". maka pada malam itu saya dan beberapa sedara saya berkumpul di rumah mak saudara sambil menonton raja Lawak.

Sebaik habis peserta pertama membuat persembahan, budak perempuan tadi berkata dengan suara yang agak marah: "tak lawak punn, kata raja lawak". Saya dan beberapa saudara yang lain hanya tersenyum dan mengiyakan saja dan terus menonton. Tidak beberapa lama kemudian saya dapati budak perempuan tersebut sudah terlena dihadapan TV. Mungkin kebosanan dengan gelagat raja lawak yang mampu menyebabkan budak tertidur. Saya rasa jika anda susah tidur tontonlah Raja Lawak.

Saya bertanya kepada adik saya yang datang dari Kelang, "dah topup dah handphone tu?..karang tak cukup pulak" adik berkata: "tak cukup aper?" saya menjawap "kang nak undi raja lawak, kata minat Nabil". adik saya dengan bersemangat berkata: "tak hingin aku nak undi.. lebih baik aku tengok, buat bodo ajer!!".

Selepas satu, satu perserta membuat persembahan diselang selikan dengan gelagat dua pengacara raja lawak iaitu Johan dan Zizan, membuat kami, pecah perut ketawa dengan lawak mereka..peserta-peserta raja lawak tenggelam dengan hos raja lawak..ternyata Zizan dan Johan adalah raja lawak dalam rancangan tersebut!...tapi kenapa diorang tewas dalam pertandingan Raja Lawak 1 dulu.. Ayah saya bertanya: "mana pergi Raja Lawak Yang Dulu tu?"

Kakak saya (berumur 33 tahun) memberi pendapat, jangan perhabiskan duit dengan menghantar sms di rancangan tersebut, pasal kedudukkan raja lawak tak akan berubah dengan undi korang yang tak seberapa tu, setiap raja lawak sudah ada peminat sendiri yang setia mengundi walaupun persembahan mereka pada malam itu macam kayu!. Cuba korang tengok kedudukan carta para peserta tak akan berubah! jika berubah pun hanya satu tangga sahaja. (perhatikan betul-betul) betul jugak kata kakak aku tu). Nabil akan tetap bertahta di atas. Orang pahang terutama orang Kuantan akan terus undi PakTam. Seolah-olah kita dah tahu siapa yang akan tidak terkeluar dan siapa yang akan berada di atas. Simpan ajer la duit tuuu, boleh jugak minum teh tarik! lagipun kalau diaorang menang pun korang dapat aper? kata kakak aku dengan panjang lebar.

Jika diimbau kembali kemenangan bukanlah ukuran kejayaan seseorang itu. Jika diimbas kembali, artis paling popular di Malaysia adalah Saiful Apek yang lahir daripada pertandingan yang sinonim dengannya daripada TV3, dan juga kumpulan Senario, kesemua mereka adalah peserta yang tewas!

Monday, February 18, 2008

Cerita Kelakar Awek Gemuk di Mall

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan beramai- ramai!"

Sunday, February 17, 2008

Kartun Cabai Burung 001

Ini koleksi kartun aku yang dulu-dulu. Aku rajin lukis kartun masa zaman sekola dulu.
Pengajaran: letakkan nama anak anda dengan nama yang baik. Carilah makna yang elok.

Saturday, February 16, 2008

Hebatnya Susu Ibu

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Menurut kajian bayi yang mengambil susu ibu tidak mendapat penyakit ashma. banyak lagi ler khasiat nyer...kat sini saya berusaha mencungkil khasiat susu ibu sebagai panduan kita bersama.
  • Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.
  • Berita balk! Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
  • la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
  • la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
  • Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja ,pada bila-bila masa.
  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
  • Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
  • la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Susu ibu memberikan khesiat terbaik untuk bayi.
  • Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
  • Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.
  • Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Thursday, February 14, 2008

Rahsia Kesihatan Rasullulah

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?
Rupa2nya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Gerenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2 cubalaa……………………………
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah…

Wednesday, February 13, 2008

Peria Turunkan Darah Tinggi dan Kencing Manis

Peria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ibu saya boleh makan macam biasa saja! saya makan sikit dah tak tahan. Tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami. Peria mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing manis. Ubat kencing manis asal dari peria jugak.

Disini ada petua yang amat mudah dilakukan untuk mengatasi darah tinggi dan kencing manis. Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum. Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. InsyaAllah, ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Download Lagu Alleycats

Lagu-lagu Alleycats memang sedap dan menyayat hati bila mendengarnya. Kumpulan Alleycats memang kumpulan yang sangat mantap dan mampu kekal sampai hari ini. Keistimewaan kumpulan Alleycats adalah ia adalah kumpulan bukan Melayu dan mempunyai trademark yang menarik. Ini list lagu Alleycats yang paling popular dan korang boleh dengar atau download.

Tuesday, February 12, 2008

Adi Putra Genius Matematik

Sungguhpun masih kecil, beliau sudah mempunyai lebih 200 formula matematik sendiri. Yang peliknya, ibu bapanya tidak berpelajaran tinggi. Ayahnya hanya bekas juruteknik Tenaga Nasional dan ibunya tidak bekerja. Dalam pertemuan tersebut, beliau menunjukkan beberapa kebolehan menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan caranya sendiri. Selain itu beliau juga boleh mengingat berpuluh-puluh angka dalam jangka masa yang singkat. Melihatkan kebolehan ini, ibunya telah menceritakan rahsia bagaimana beliau mengandungkan adik Adi Putra. Nak tahu rahsianya?…

Ha…rupanya ibu adik Adi Putra mengamalkan bacaan tiga surah Al-Quran sepanjang tempoh mengandung. Tiga surah tersebut ialah:

1. Surah Yusuf
2. Surah Maryam
3. Surah Lukman

Jadi buat bakal ibu dan ibu-ibu sekalian, apalagi, marilah sama-sama kita mengamalkan surah-surah tersebut. Mudah-mudahan kita dapat dikurniakan anak yang segenius adik Adi Putra.

Mengapa Air Membenci Minyak ?

Biasanya, air bersahabat dengan hampir setiap zat cair lainnya. Jenis zat yang dapat dilarutkan dengan air lebih banyak daripada yang dapat dilarutkan oleh zat lain. Oleh kerana itulah, air dikenal sebagai bahan pelarut terbaik didunia.

Tetapi, ada sekelompok zat yang paling tidak disukai oleh air dan seboleh-bolehnya untuk dihindarinya, iaitu minyak. Air tidak pernah mahu bersahabat dengan minyak atau membasahinya, apalagi untuk melarutkannya. Air tidak mahu melekat di atas ponggong seekor itik, kerana bulu-bulunya yang dilapisi minyak. Bulu-bulu tersebut tidak akan menjadi basah meskipun itik baru saja keluar dari menyelam.

Seperti halnya dengan manusia, molekul air hanya mau bergaul dengan molekul yang mempunyai sifat yang sama dengan mereka, sehingga dapat akrab. Secara harfiah, molekul air dan minyak sama sekali tidak sama. Sederhananya dapat dijelaskan bahwa molekul air memiliki muatan listrik yang menyebabkannya memiliki gaya tarik menarik. Ibaratnya sebuah magnet yang mempunyai gaya tarik menarik, maka ia hanya akan tertarik dengan zat yang juga mempunyai muatan listrik atau medan magnet. Tidak demikian halnya dengan minyak, minyak sama sekali tidak mempunyai muatan listrik yang dapat membuatnya memiliki gaya tarik menarik dengan air.

Kesimpulannya, hanya zat dengan molekul bersifat dan sejenis yang dapat larut satu sama lain. Minyak hanya dapat larut dengan zat sejenis minyak seperti gemuk dapat larut didalam minyak, atau garam dapat larut didalam air, namun antara keduanya tidak dapat ditukarkan.

Monday, February 11, 2008

Kenapa Khinzir Tak Boleh Dimakan

Artikel ni saya dapat dari blog seorang kawan ...

Kenapa khinzir tak boleh dimakan
(English dan diterjemahkan)

You want to know?? Good scientific explanation( Adakah anda ingin tahu. Satu penjelasan saintifik yang bagus)

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean?(terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two.(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example? (Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.(Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination.(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ini.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan , malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam. (Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Bob: What do you mean? (Apa maksud kamu)

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact.(maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ. (jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in ! its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing. (ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menye! dari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine. (Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you. Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon. (sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih u! ntuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases. (Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body. (Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)


Please forward to others............it may answer some of their questions especially when the non! -Muslim ask. To waken interest and kindle enthusiasm is the sure way to teach easily and successfully.
"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasan)nya pula. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula."
(al Zalzalah:6-8) wallahu'alam

Khairy Jamaludin Bakal Jadi PM


Khairy jamaluddin bukan la nama yang besar sangat. Tidak ada siapa yang kenal nama itu sebelum Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Dia hanyalah seorang pegawai di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Pernah mengacarakan Dateline Malaysia di NTV7. Akrab dengan Dato' Sri Azalina Othman Said yang juga pernah mengacarakan Dateline Malaysia.

Apabila Abdullah menjadi Perdana Menteri, nama Khairy Jamaluddin tiba-tiba melonjak naik. Perjalanannya untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO tiba-tiba menjadi mudah. Tidak ada sebarang halangan. Dia memang bercita-cita besar dalam arena politik Malysia nii..mungkin dia ada hasrat nak jadi PM akan datang...tu ramai yang dengki ngan dia nih termasuk parti dalaman.

Tatkala negara heboh dengan pilihanraya umum ke-12, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan mengumumkan bahawa Khairy Jamaluddin adalah salah satu nama yang dicalonkan untuk menjadi ahli parlimen Rembau. Sebelum ini, namanya dikaitkan dengan parlimen Shah Alam. Ada juga yang inginkan Khairy Jamaluddin bertanding di Putrajaya. Malah, ada juga yang meminta Khairy Jamaluddin bertanding di Kepala Batas. Begitulah harapan orang terhadap Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin tidak pernah mengumumkan namanya sendiri. Sewaktu melancarkan jentera pilihanraya Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam baru-baru ini, Khairy Jamaluddin tidak mengumumkan namanya sendiri. Sebaliknya dia menyebut nama Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Abd Shukor Idrus, sebagai bakal calon pilihanraya. Ketika di Permatang Pauh, Khairy Jamaluddin menyebut nama Ketua Pemuda, Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein sebagai "bapa angkat" parlimen tersebut. Khairy Jamaluddin mengambil inisiatif mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO walaupun dia bukan ahli MT UMNO. Apa pun, Khairy Jamaluddin tidak mengumumkan namanya sendiri. Dia mengumumkan nama orang lain. Sebagai menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai keistimewaan untuk melihat senarai calon Barisan Nasional dan keputusan MT. Jadi, apakah salah Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO membantu Presiden UMNO mengumumkan sesetengah keputusan penting yang dibuat oleh parti?

Selepas pilihanraya nanti, Khairy Jamaluddin mungkin dilantik sebagai Menteri. Adakah itu juga menjadi kesalahan bagi Khairy Jamaluddin kerana bukan dia yang membuat perlantikan itu? Perlantikan jawatan Menteri dibuat oleh bapa mertuanya yang juga Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin tidak boleh dipersalahkan sekiranya dia menerima amanah yang diberikan oleh parti. Sebagai "pekerja parti", Khairy Jamaluddin harus akur kepada keputusan parti.

Selepas pilihanraya juga, Khairy Jamaluddin mungkin akan menerima banyak anugerah "Dato' Seri" atau di Pahang, "Dato' Sri". Sudah terlalu banyak Dato' dalam Pemuda UMNO, maka selayaknya Khairy Jamaluddin diberikan anugerah yang lebih tinggi. Kalau pun tidak "Dato' Seri", mungkin "Dato' Paduka" atau "Dato' Setia". Yang akan membuat tawaran ini adalah Menteri Besar dan Ketua Menteri. Sebusuk-busuk Ketua Puteri UMNO pun, Dato' Noraini Ahmad yang cantik jelita itu sudah menerima dua anugerah Dato' -- satu dari Melaka, dan satu lagi dari Pahang. Adakah salah untuk Khairy Jamaluddin menerima anugerah ini kerana dia lebih banyak berbakti kepada parti berbanding Exco Pemuda UMNO yang ada sekarang? Apakah salah untuk Khairy Jamaluddin menerima "Dato Sri" dari Sultan Pahang kerana dia adalah Timbalan Presiden FAM. Tentunya Sultan Pahang tahu menilai yang mana batu, yang mana permata!

Amalkan 12M untuk Berhenti Merokok


Aku dulu memang merokok. Apabila jadi penagih rokok hasrat nak berhenti memang susah giler. Tapi akhirnya berjaya juga aku berhenti merokok. Kat sini ada tips untuk kita kongsi. Manalah tahu kot2 berjaya jugak. Yang penting niat dan sikap kita.
1. Melengah-lengahkan kemahuan untuk merokok
2. Minum lebih banyak air
3. Menarik nafas panjang
4. Membuat sesuatu / menyibukkan diri dengan kerja tangan
5. Menjauhkan diri dari kawan / orang lain yang merokok
6. Mengelakkan diri dari situasi yang mendorong untuk kuat merokok
7. Memohon doa dari tuhan
8. Mengunyah sesuatu
9. Membasuh tangan
10. Mandi dengan kerap
11. Melakukan senaman regangan
12. Meditasi

Al-Kisah Cerita Petai yang Kelakar

Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina.

Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya “En., petai ini juallah kepada saya.”. Tapi orang asli itu enggan. Katanya “Saya sudah janji dengan Cina tadi”. “Dia akan datang mengambilnya petang nanti”.

“Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar”. Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. “Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata “Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga”.