Tuesday, November 4, 2008

Rasuah Dalam Umno Kian Parah

Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

TAWAR MENAWAR MACAM BELI IKAN DI PASAR
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka. "Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan. "Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.

RASUAH DITUKAR KEPADA POLITIK WANG
Bukan politik wang, sebenarnya rasuah politik, tetapi hendak bagi nampak cantik Umno tukar jenama dengan nama politik wang. Kalau sebut rasuah nampak jijik sangat. Kalau guna istilah rasuah politik Nampak baik sikit. Cuma istilah yang dijenama semula sahaja. Biasalah Umno yang memang bijak berlakon dan bijak bermain istilah.

RAMAI PEMIMPIN UMNO DEDAH RASUAH POLITIK
Cubalah fikir habis-habis bagaimana rakyat hendak hormat UMNO jika pemimpin UMNO sendiri yang buka rahsia pekung UMNO, bukan tidak ada jalan untuk menghapuskan gejala rasuah itu, mengapa tidak buat ? Apakah orang yang kaya dalam UMNO melarang atau sengaja nak jadikan orang miskin dalam UMNO terus bertuankan orang kaya dalam UMNO ?

No comments: