Wednesday, November 5, 2008

Najib Hentam Anwar Semasa Menggulung Bajet 2009

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan peluang ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009 untuk berulangkali mengkritik kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib yang menjadi sasaran kritikan Anwar sejak dua tahun lalu - mengambil peluang itu untuk membidas bajet alternatif pembangkang.

ANWAR CADANG BAGET YANG MENGUNCUP
Katanya, bajet alternatif tersebut bersifat meguncup kerana ia menggesa kerajaan supaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM24 juta. "Ini adalah satu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh menteri kewangan ketika itu (Anwar)," katanya. Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mencadangkan bajet yang bersifat berkembang sebagai penjana pertumbuhan yang berganda.

UCAPAN LIMA JAM ADALAH LUAR BIASA
Najib juga menyifatkan ucapan Anwar selama lima jam ketika membahaskan Bajet 2009 sebelum ini, sebagai suatu yang luar biasa. "Ia merupakan sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008," kata Najib yang juga menteri kewangan.

USAHA PEMBANGKANG ADALAH FATAMORGANA
"Namun tuduhan-tuduhan Permatang Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh digunapakai ternyata meleset.
"Malah usaha pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak lebih daripada suatu fatamorgana, miraj, impian yang tidak menjadi kenyataan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

BARISAN NASIONAL AKAN TERUS KUKUH
Yang pasti, tambah Najib, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara ini.
"Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini.
"Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional," kataya.

Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar, Najib menyeru kepada semua rakyat, di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis berjaya

3 comments:

Tirana said...

Saya dah tak percaya dah pada UMNO ni..cakap tak serupa bikin...

Cabai Burung said...

lihatlah semasa dia Najib berucap dengan nada yang tinggi. sengaja melambat-lambat dan meleret-leret sebagai taktik utk tak nak jawap soalan. dia suka baca kertas sahaja.

Mak Su said...

tektik masing2, huhuhu, asik bajet depa jer, aku risaukan bajetku