Tuesday, November 4, 2008

Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Angkara Najib

anwar ibrahimAhli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai membantah keengganan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009.Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya. Sebenarnya Najib memang dapat dilihat memang tak mahu menjawap atau tak bersedia langsung nak jawap sebarang soalan dengan menggulung perbahasan dengan meleret-leret dan melambat-lambatkan masa.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan. Beliau terus baca kertas.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib. Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah 'belanjawan tambahan' dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu

Najib menuduh ahli parlimen pembangkang yang keluar dari dewan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawap. Tetapi beliau tidak sedar bahawa tindakkan beliau menutup soalan dari pembangkang adalah satu tindakan yang tidak bertangungjawap berbanding keluar dari dewan.

No comments: