Thursday, October 30, 2008

Yoga Boleh Memesongkan Akidah

Yoga boleh memesongkankan akidahYoga boleh memesongkankan akidah? kenapa sekarang digembar gemburkan. saya rasa tidak semua amalan yoga ini akan memesongkan akidah kerana ia diamalkan oleh semua bangsa dan agama. Mungkin cara mereka mengamalkannya itu yang agak extrem sikit kot. Kononnya boleh mendekatkan diri mereka dengan tuhan. setahu aku amalan yoga ini adalah untuk kesihatan melalui pendekatan meditasi.

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Yang dipertikaikan oleh Prof Zakaria (UKM) adalah amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera. Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Walaubagaimanapun majlis Fatwa Kebangsaan masih belum membuat keputasan didalam hal ini dan akan meneliti lebih lanjut.



mymode jana pendapatan anda

2 comments:

BurungBelatuk said...

pada aku ia xmenjadi masalah,terpulang pada niat pengamal je la...niat itu menentukan segala2nya...kalu dah terpesong dari niat, soru la...

Mak Su said...

pasal ritual2 yg sikit2 ada tu kot, tapi kalu setakat ikut bab exercise, perhaps ok kot. dalam islam pun ada tafakur. bermain nafas. utk kesihatan badan.