Tuesday, October 28, 2008

Mukhriz Kecut Bila Diajak Berdebat

Mukhriz MahathirCabai nak komen pedas skit, Sekarang ini kita tahu siapa anak jantan dan siapa yang duduk dibawah ketiak bapak. Apa jasa Mukhriz yang perlu diangkat menjadi Ketua Pemuda? melainkan beliau telah diangkat hanya diatas saranan tun Mahathir supaya menyingkirkan penyokong kepimpinan Abdullah yang selama ini adalah dikatakan penyebab utama terhakis sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional. Malah Mukhriz menjadi terkenal kerana beliau adalah seorang anak kepada perdana menteri malaysia yang paling lama menjawat jawatan tersebut. Tanya sahaja anak kecil, adakah mereka kenal dengan nama Mahathir?. itulah dia anak mahathir iaitu Mukhriz yang terserlah hanya kerana kronologi isu semasa tetapi bukan naik kerana kewibawaan dan kejaguhan beliau. Tak mungkin seorang pengecut boleh dipilih jadi pemimpin!.

Pada pandangan saya, upacara debat merupakan acara wajib yang perlu diadakan sebagai medium untuk menerangkan pandangan dan hala tuju masing-masing. Ini penting kerana ia adalah sumber aspirasi kepada pemilih untuuk memilih pemimpin. dengan cara ini juga ia dapat menyerlahkan ketokohan peribadi dan juga secara tak langsung dapat menaikkan kredibiliti masing-masing.

Malulah kepada khir Toyo yang dapat undi dari bahaigian dengan jumlah yang kecil pun berani untuk diadakan debat. Mungkin Mukhriz bimbang jika diadakan debat akan menjatuhkan kredibiliti beliau. Maklumlah menantu Pak Lah tu bukan calang-calang orangnya, dia dikatakan petah berkata kata dan pandai putar belit.

mymode jana pendapatan anda

1 comment:

izman said...

bro, secara peribadi aku tak nak jawatan ni ditandingi kredbilitinya dengan debat. natijahnya akan memalukan umno dan org melayu itu sendiri kerana mulut2 mereka yg berdebat biasanya tak reti insurans.