Sunday, October 26, 2008

JOM HEBOH HARAM DI SELANGOR !!!

konsert Jom Heboh Blog saudara Roslan SMS melaporkan;

”Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang hari ini. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor


KOMEN:

Kenyataan Dr Hasan Ali selaku exco Agama dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah satu pembuktian atas keseriusan PAS dan Pakatan Rakyat dalam membenteras segala maksiat yang berlaku dalam negeri Selangor.

Pun begitu, perlu diingat bahawa Islam bukanlah satu agama yang hanya pandai ”mengharamkan”, tetapi Islam akan bertindak memberi alternatif disebalik perkara yang telah diharamkan tersebut.

Oleh yang demikian, dicadangkan kepada kerajaan Negeri Selangor, mengambil sikap tidak sekadar mengharamkan sahaja konsert Jom Heboh ini, tetapi dalam masa yang sama mencadangkan bentuk program hiburan alternatif yang tidak bercanggah dengan Islam.

KENAPA??

Islam adalah sebuah agama yang menjaga semua pihak. Bertindak mengawal semua sudut kehidupan dan fitrah manusiawi. Ekoran dari itu, apabila Islam menutup sesuatu perkara, pasti islam akan menyediakan alternatif lain.

Ini dimisalkan seperti Allah mengharamkan riba, tetapi dalam masa yang sama Allah mencadangkan bentuk perniagaan-perniagaan yang tidak bercanggah dengan Islam, seperti Bai’ Salam, Wadiaah, Mudharabah dah sebagainya.

Firman Allah;

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya;
“Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba”

(Surah Al-Baqarah : 275)

Jika kita mengambil sikap terus mengharam, tetapi dalam masa yang tidak mencadangkan alternatif, dibimbangi jiwa-jiwa manusia tertentu akan memberontak yang akhirnya, menimpa mudharat lebih besar disebalik pengharaman tersebut.

Kemudharatan itu, jika menimpa kepada kerajaan yang memerintah, memang itu adalah sesuatu yang buruk, tetapi lebih buruk apabila tindakan kita itu terus dirujuk kepada Islam, yang akhirnya mereka yang jahil tentang agama dan non Muslim akan terus menampalkan keburukan itu kepada Islam, seperti mereka berkata Islam adalah agama jumud, islam adalah agama yang tidak memberi kehidupan dll. (minta berlindung kita dengan Allah SWT).

BELAJAR DARI KELANTAN

Jika kita merujuk kepada pemerintahan Kelantan yang berjaya memerintah secara Islam lebih 18 tahun, didapati acuan moral mereka berperinsipkan 3 perkara, iaitu;

Ubudiyyah
Masuliyyah
Itqan

Ubudiyyah bermaksud pengabdian kepada Allah, dan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan sebagai memenuhi pengabdian kepada-Nya.

Masuliyyah pula bermakna akauntabiliti di hadapan pencipta. Keyakinan terhadap hidup di akhirat yang kekal abadi dengan pembalasan mengikut apa yang telah dilakukan di dunia, dengan membentuk kawalan dalaman yang lebih berkesan dari kawalan subjektif luaran semata-mata.

Dan adapun Itqan pula adalah menekankan kecemerlangan. Menekankan mutu dan hasil segala polisi dan dasar
[2].

PENUTUP

Sebagai kerajaan, sepatutnya perlu difikirkan kecemerlangan dalam gerak kerja, dan mutu dan hasil yang cemerlang yang terhasil selepas gerak kerja yang telah dilakukan.

Jika dibaca dalam kitab Fiqh Muwazanat, pasti kita akan berjumpa satu perbincangan yang disebut sebagai ”mementingkan maslahat jangka panjang berbanding maslahat sementara”.

Tidak dinafikan, Jom Heboh memang mengundang banyak mafsadah dan kerosakan, tetapi jika kita tidak mencadangkan dan memberikan alternatif, dibimbangi kita ditimpa mafsadah yang lebih besar, seperti artis-artis yang tidak faham islam mengatakan Islam hanya bertindak mengharamkan sahaja, lalu keburukan itu terus ditampalkan kepada Islam, sedangkan Islam adalah sebuah agama yang bertindak ”menyediakan alternatif” selepas dia mengharamkan sesuatu.

Oleh yang demikian, marilah kita belajar dari Islam yang telah menetapkan sempadan-sempadan itu, yang semuanya boleh dipelajari dari Islam, melalui konsep siyasah Syariyyah.


mymode jana pendapatan anda

1 comment:

Anonymous said...

dah lebih satu taun PR telan duit rakyat selangor, kenaper kilang carlsberg tak tutup lagi kat batu 3 tu.. tukan peninggalan kerajaan BN..?