Thursday, September 18, 2008

Kenapa Takut Membeli Secara Online?

<br />Membeli secara onlineSiapa yang tidak pernah membeli secara online (internet)? Rata-rata saya rasa sesiapa yang selalu menggunakan internet, mempunyai kad kredit dan mememiliki akaun internet banking mesti pernah membeli secara online di internet.

Membeli secara online merupakan pekara biasa malah ia memudahkan kerana bil-bil juga boleh dibayar secara online tetapi yang mengecewakan masih ada yang masih tidak tahu mengenai kemudahan di hujung jari ini.

Kaedah pembayaran secara online memudahkan orang ramai yang mahu membeli produk supaya membuat pembayaran tanpa perlu ke kedai atau lokasi perniagaan..setiap website yang mahu menggunakan kaedah pembayaran ini perlu mempunyai online payment gateway iaitu satu system pembayaran yang akan meng encrypt kan maklumat pembeli supaya ianya dijamin selamat sampai ke penjual..terdapat banyak jenis online payment gateway seperti PAYPALL, WORLDPAY dan 2CO yang terbukti selamat. Ada juga individu yang berurusan secara terus ke akaun mereka dan ini melibatkan kepercayaan pembeli kepada penjual.

Kenapa masih ramai yang takut untuk membeli belah secara online? Mungkin wujud keraguan terhadap kepercayaan penjual. Untuk megelakkan anda ditipu anda perlu memastikan penjual tersebut benar-benar wujud, boleh dihubungi dan meletakkan beberapa pengiktirafan dan jaminan terhadap produk mereka

Disini saya ingin selitkan dan berkongsi kepada anda sebuah ebook percuma: Panduan Membeli Secara Online

3 comments:

su said...

kurang yakin masih menebal...mgkin su akan cube jugak beli secara on9...xcube mane kita tau kan?

Cabai Burung said...

tapikan kena baca dulu panduan tu.. bukan senang juga nak beli secara online nih kena verify dulu akaun tu....

Mak Su said...

blum pernah try sebab tak ada kad kedit