Wednesday, September 17, 2008

Kemungkinan Besar Anwar Ditahan ISA

anwar ibrahim ditahan ISASecara tiba-tiba Pak Lah membuat kenyataan hari ini menegaskan bahawa ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Beliau berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga ekonomi. Ekoran daripada tindakan Anwar selama ini terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan lagi tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu. Anwar katanya telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Melihat kepada apa yang diperkatakan oleh Pak Lah ini, jelas sekali bagai ada sesuatu tindakan drastik akan diambil terhadap Anwar dalam masa terdekat ini. Apakah mereka akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Anwar sekali lagi?. Ini berlandaskan kepada kenyataan terbaru Pak Lah yang jelas sekali masih lagi ingin mempertahankan dirinya itu. Sesungguhnya, jika ini berlaku pasti gelombang kebangkitan rakyat akan bergema di seluruh negara. Pak Lah harus berhati-hati dengan keadaan ini. Jika beliau tersilap langkah, pasti akan buruk padahnya !!

Apakah pertukaran potforlio diantara Pak Lah dan Najib hari ini ada berkaitan dengan peralihan Kerajaan Persekutuan. Secara tiba-tiba Pak Lah mengambil alih Menteri Pertahanan daripada Najib.

Persoalan yang timbul, adakah Pak Lah akan menggunakan tentera bagi menafikan peralihan kuasa yang bakal terlaksana nanti?

p/s ISA = Ikut Suka Aku!

6 comments:

Tirana said...

Mereka akan sanggup buat apa saja hatta membunuh sekalipun agar kedudukan mereka selamat. Saya hairan, kalau dah tahu rakyat tak suka, kenapa tak step down aje..habis cerita..negara pun tak kan jadi huru hara macam sekarang. Lantik aje pemimpin yang rakyat semua setuju..as simple as that...

Munirah Abd said...

mmmmmm..dah rase takut duk kat Malaysia ni..ngan politik yg ntah apa-apa..ngan warga asing yg melampau2x masuk Malaysia..xtau la apa nak jadi ngan Malaysia ni..

Anonymous said...

tak dinafikan anwar mmg ancaman...die takleh jd pm...but paklah pon kene step down...keadaan dah kritikal...juz think but our future je la...yg pntg melayu bersatu utk kebaikan kite bersame...itu je...tak kire umno ke...pas ke...

Mak Su said...

hhhmmmmmmmm

Superb GURU BaniHassim said...

tunggu dan lihat..
politik ni kotor dan berbelit2..
bersimpul dan susah nk jangka...

Cabai Burung said...

Pada pandangan saya politik itu tidak semestinya kotor setelah ia dikotorkan oleh ahli yang bermain politik. Jangan pula kita benci berpolitik hanya kerana kita tidak mahu setuju dengan tindak tanduk ahli yg politik.