Monday, September 22, 2008

Kad Debit Alternatif Terbaik Elak Hutang

maybank kad debitJika anda merupakan orang yang susah menahan godaan apabila berbelanja menggunakan kad kredit, penyelesaiannya hanya satu: gunakan Kad Debit. Kad debit adalah alternatif terbaik bagi mereka yang tidak mahu terjebak dengan hutang kad kredit, di samping dapat mengelakkan riba di dalam kad kredit konvensional. Disamping itu pemohonannya adalah mudah berbanding kad kredit kerana banyak prasyarat.

Di antara kelebihan Kad Debit ialah seperti juga Kad Kredit iaitu boleh membeli-belah di pasaraya, stesyen minyak, buat bayar bil dan sebagainya yang memaparkan logo VISA. Bagi anda yang memiliki Perniagaan Internet boleh menggunakannya untuk membeli-belah produk-produk secara Online, verified Paypal & transfer fund (belum cuba lagi) dan sebagainya.

Saya ingin bercerita tentang kad debit Maybankard Visa Debit (seperti di dalam gambar) ini seperti juga Kad Debit dari bank-bank yang lain seperti Kad Debit Public Bank, AM Bank dan Ar-Rajhi Bank, makluman bagi mereka yang tidak mengetahui fungsi kad debit - fungsinya sama seperti Kad Kredit cuma terdapat beberapa perbezaan seperti ia boleh di ‘top-up’ bukan pinjam wang bank punyer. tak perlu membayar yuran bulanan atau tahunan atau charge interest rate dan sebagainya, anda hanya perlu bayar RM12 sahaja!

Ada juga kad debit jenis ‘standalone‘, bermakna x perlu buka akaun bank, dan juga proses untuk mendapatkannya lebih mudah. Anda boleh ‘top-up’ melalui bank, FPX, pejabat pos, kiosk, 7-Eleven dan lain-lain.

2 comments:

Mak Su said...

tak pernah terfikir kad debit, terasa mcm susah nak topup sendiri

AzmanMA said...

Saya adalah pengguna kad debit Visa Maybank. Saya pilih Maybank kerana (1) percuma sekiranya anda bukan pemegang kad ATM MBB (2) senang nak top up sebab MBB banyak branch dan CDM (3) dapat guna Maybank2U yg ada macam-macam functions (4) boleh guna mana kedai yg accept VISA (5) boleh guna semasa berada di luar negara.

My 2 cents....