Saturday, September 27, 2008

Cara Rasulullah Menyambut kedatangan Aidilfitri

Rasulullah menjamah makanan sebelum ke masjid

Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam.
Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan.

Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban).

BAGAIMANA BAGINDA MERAIKAN AIDILFITRI?

1. BERSOLAT HARI RAYA SECARA BERJAMAAH Rasulullah saw sentiasa melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka.
Ini akan memberi kemudahan dan kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat Rasulullah saw yang disampaikan melalui khutbah hari raya.

2. PERGI DAN BALIK DARI TEMPAT SOLAT MELALUI JALAN BERBEZA.
Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir ra (Hadis riwayat Bukhari).
Apakah sebab Rasulullah berbuat demikian? Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.

3. MEMBAWA ANAK ISTERI KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA. Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah saw sentiasa membawa serta isteri dan anak-anaknya.

4. JAMAH MAKANAN SEBELUM KE MASJID. Ketika Ramadan berlalu dan Aidilfitri tiba, umat Islam telah kembali dibolehkan makan dan minum pada siang hari. Juga, kita tidak digalakkan memakan makanan yang pedas-pedas. Dari segi kesihatan, perut kita baru saja berehat dan tidak perlu disogokkan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan. Mentelah, Rasulullah ada menegur sahabat yang berperut gendut (buncit atau gemuk).

5. BERPAKAIAN CANTIK UNTUK MENUNAIKAN SOLAT Rasulullah saw sentiasa berpakaian baru, kemas dan indah ketika melaksanakan sembahyang Aidilfitri. Sebelum itu, Baginda selalu mandi terlebih dahulu dan kemudian memakai sedikit wangi-wangian, menurut riwayat Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

6, MEMBAYAKKAN BACAAN TAKBIR. Sejak malam hari Aidilfitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyak bacaan takbir.

7. BERBALAS SALAM. Apabila bertemu, para sahabat Rasulullah sentiasa memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan berkata: Taqabbalallahu Minna wa Minkum (Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu). (Hadis riwayat Ahmad).

8. SAAT AKHIR SAAT FITRAH DAN SEDEKAH
Zakat fitrah adalah suatu tanggungjawab sosial yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam sekali setahun pada bulan Ramadan.

p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.

3 comments:

Superb GURU BaniHassim said...

Selamat Hari Raya AIdilfitri!
Semoga kite rajin amalkan sunnah2 nih...

Tirana said...

Terimakasih kerana berkongsi ilmu...

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin.

KAMATO said...

Kita di tuntut mencontohi nya