Saturday, June 28, 2008

Beza Antara Mentega Dan Marjerin

(Differences Between Butter And Margarine)
Dipetik dari Rense.com <http://rense .com/>

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA? Perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita ercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

* tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

* ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?

BAGUSLAH KALAU DAH TAHU..Sebar²kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

** Sama² kita kongsi maklumat ini kepada rakan² dan juga anak² kita...InsyaAllah ianya berguna..tapi kalau saya silap, maafkan saya, betulkan lah apa yang salah...

6 comments:

Lily.Lulu. said...

thanks for the info ..
amat berguna nih bang
:)

inna hayati said...

butter tu mentega tu yang boleh makan la? maknenye wat kuih raye nanti tak boleh la pakai margerine ek?

izman said...

bagus ni. kalau tak de margerin, aku akan leburkan plastic untuk sapu pada roti bakar kesukaan ku. terima kasih atas info berguna ni.

budleee said...

umm
ni bukan info salah tapi kurang kaitan dgn malaysia

yg dia org cerita tuh shortening, iaitu lemak sayuran, yg warna putih. kite leh beli kat kedai bakeri, shortening namanya.

kat malaysia marjerin di buat dari minyak kelapa sawit. marjerin kita tak menjalani proses hidrogenesasi so marjerin kite takde lemak trans

actually article ni berniat utk jatuhkan marjerin yg dibuat dari minyak kelapa sawit sebab dia org tau marjerin kite lebih berkualiti

sebab

thn lama kalau buat dlm biskut
tak de lemak trans
kaya dgn vitamin e

biskutrajin said...

takot nye!!!..penah dgr x pasl peniaga goreng pisang/ goreng pape je la, dorg grg mknn2 2 dlm myk panas togheter wif plastics?supaya ade krup2 krup..huhu..

arsaili said...

salam...bagus sekali..sharing is caring