Saturday, May 10, 2008

Sujud Melegakan Sistem Pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan
kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

8 comments:

imz said...

errmminfo yg baik ni..aku pun x tau..!!

Hafizd said...

could u please provide reference where do u get this article. i am looking it for quiet a long time. thanks

Pak Ngah: said...

:: salam... sesuatu itu boleh dilihat dari banyak sudut... cumanya diharap agar tidak tersasar dari tujuan asalnya...

izman said...

Subhanallah. Aku percaya apa yg Allah buat mesti ada manfaat, cuma akal manusia terlalu dangkal utk mengetahui semuanya.

Aleeya said...

Aku penah tebaca artikel nehhh
tapi dah lupa
tq kerana mengingatkan..

inna hayati said...

Allah itu maha kaya...kita manusia kadang-kadang terlupa...ye tak? :)

yatisalem said...

hi! my name is yatisalem..i would like to invite u for join new blog listing in malaysia..

http://www.loniavillage.com/blog_listing5.html

you are invited also to join our affiliate program in our marketplace.You can get Rm1 for each blog that you recommend to our blog listing.please surf to this link and click at Affiliate LV banner;

http://www.loniavillage.com/home.html

After that you can get your own affiliate banner,You can see the sample here;

http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/

Any question can ask me at;
yati_salem@yahoo.com

or go directly to our loniavillage.com admin

thank

aNgRiAni said...

n3 yang bagus...satu senaman sebenarnya kan secara tidak lansung...