Sunday, May 4, 2008

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih makbul berbanding lelaki kerana sifat wanita yang penyayang lebih kuat daripada lelaki.

2. Wanita solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Wanita yang tinggal bersama anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullullah S.A.W) di dalam syurga.

7. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

8. Apabila memanggil dua orang ibu bapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

10. Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10 000 tahun).

11. Dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik saripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

12. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa di siang hari.

13. Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat di malam hari.

14. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala yang orang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

No comments: