Tuesday, May 6, 2008

ClickBank Kembali Untuk Rakyat Malaysia

Salam sejahtera….

Semoga para pembaca sekalian lebih sihat dan cergas selepas berehat atau bercuti sempena Hari Pekerja sedunia. Baiklah, setelah mengikuti beberapa perbincangan di forum-forum dan ramai IM yang memperkatakan tentang ClickBank di blog-blog mereka, setelah lebih seminggu memerhati dan menunggu, maka kini dengan rasa rendah dirinya saya juga ingin mewarwarkan kepada anda, pembaca yang budiman, bahawa ClickBank telah membuka kembali peluang kepada rakyat Malaysia yang bermastautin di negara ini untuk membuka akaun ClickBank. Gambar di bawah adalah buktinya.

Sebagaimana yang kita ketahui, rakyat yang menetap di Malaysia sebelum ini adalah agak sedikit kerugian kerana Malaysia adalah salah sebuah negara yang di’banned’ daripada menyertai ClickBank. Kenapa ini berlaku? Salah satu sebabnya di Malaysia, kadar fraud click adalah antara yang tertinggi di dunia sebelum ini…sebab lain, saya kurang pasti, anda boleh la bertanya kepada uncle ClickBank hoho. Kiranya Malaysia ni ada juga la mencatat sejarah :D Harap-harap selepas ini, janganlah diulangi melakukan perkara yang sama wahai rakyat Malaysia, cewah macam melepaskan keluhan dan memohon belas ihsan pulak.

Apo ko bendonya eh jang oi ClickBank ni? Mungkin ada yang bertanya begitu. Baiklah untuk pengetahuan anda yang baru mengenali atau mendengar tentang ClickBank, ClickBank adalah ibarat satu gudang besar yang mengumpulkan begitu banyak produk-produk digital dari seluruh dunia untuk dipasarkan. Dan yang menariknya ianya menjadi lubuk kepada ramai agen affiliate untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan menerusi “Affiliate Marketing” yang mereka lakukan. Yelah apa tidaknya, bayangkanlah jika seorang agen affiliate akan diberikan komisen sehingga 75% daripada harga produk yang terjual hasil promosi yang dilakukannya. Jika harga produk itu USD55 contohnya dan komisen yang ditawarkan kepada agen affiliate adalah sebanyak 60%. Nak dijadikan cerita, ditakdirkan ada pelanggan yang membeli menerusi link promosi anda (yang mungkin anda sendiri pun lakukan promosi secara sambil lewa dan tidak serius kerana alasan kekangan masa contohnya :D ) , ok berapakah komisen yang akan anda perolehi? Ya cepat ambil kalkulator anda, atau gunakan sahaja kalkulator di komputer anda. Ya berapa, cepat-cepat….tak sabar kawan-kawan yang lain nak tau ni heheh. Ya tepat sekali, komisen yang akan anda perolehi adalah sebayak USD33.00 atau RM99.00. Fuyooo!! Bagaimana jika komisennya adalah sehingga 75% atau harga produk mencecah lebih USD100 dan ke atas?? Adakah tidak lumayan pendapatan anda sebagai agen affiliate yang tugasnya hanya perlu mempromosikan sahaja tanpa perlu menguruskan apa-apa urusan dengan pembeli?

Ok, itu cerita bagi mereka yang ingin menjadi agen affiliate bagi produk-produk digital yang ditawarkan di ClickBank. Tidak perlu mengeluarkan duit dan modal, tetapi hanya perlu membuat promosi dan nantikan komisen anda apabila produk tersebut berjaya dijual. Bagi usahawan-usahawan internet yang mempunyai produk digital pula, mereka juaga boleh memasarkan produk mereka itu di ClickBank dengan menjadi Publisher. Berbeza dengan agen affiliate, publisher ini perlu mengeluarkan duit dan bersedia untuk membayar kepada agen-agen affiliate mereka yang bakal membuat jualan hoho ;)

4 comments:

izman said...

cantekk! bulehlah aku buka akaun clickbank. aku cuma ada paypal je. thanks 4 info.

Aleeya said...

clickbank???info bagus gak nehhh

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!


Tai Zejan

clickbank

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!


Tai Zejan
Overcoming Anxiety Attacks