Saturday, May 3, 2008

10 Langkah Mudah Memulakan Blog

1. Blog Platform. Paling mudah adalah dengan menggunakan platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Tetapi memandangkan ianya percuma sudah tentulah ada hadny. Ianya membataskan anda untuk mengubahsuai rekabentuk blog anda. Anda juga boleh menyewa hosting dan memasang perisian blog yang boleh dimuatturun secara percuma.

2. Nama / Tajuk. Apakah nama yang sesuai untuk blog anda? Fikirkanlah. Nama akan menentukan posisi blog anda, adakah ianya mampu menarik pembaca atau sebaliknya. Jika anda membina blog untuk perniagaan, pastikan nama blog bersesuai dengan produk atau nama syarikat anda.

3. Rekaan dan susunatur. Sesuatu yang cantik pasti akan menarik orang ramai untuk memandangnya. Apakah warna yang anda gunakan sesuai? atau menyakitkan mata? anda sendiri tentukannya. Mintalah pendapat kawan-kawan untuk menilai rekabentuk dan susunatur blog anda? lagi banyak komen yang membina lagi banyaklah idea untuk anda. Satu cara lagi ialah dengan melawat blog-blog lain untuk mendapatkan idea.

4. Plugin / widgets. Widgets adalah merupakan add-on atau tambahan yang boleh dimuatkan di dalam blog anda. Cuba semak platform yang anda gunakan dan cari widget yang bersesuaian untuk ditambah ke dalam blog anda

5. Komen. pastikan komen anda di'moderate' supaya anda dapat memantau apa yang dikatakan sebagai 'comment spam'. Cuba jawab komen-komen yang diberikan dengan positif

6. Kandungan Blog. Apakah isi kandungan blog anda? Cuba postkan kandungan yang relevan dengan 'target market' anda. Cuba bantu sesiapa yang memerlukan bantuan anda dengan menulis jawapan anda sama ada dalam komen atau bina satu tajuk perbincangan yang baru.

7. Kekerapan. Berapa kerap anda menulis dalam blog anda? Selalu, kadang-kadang, atau jarang-jarang.. seperti kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang..Kata orang, blog seperti sebuah taman, perlu disiram selalu, tetapi kalau terlampau banyak disiram boleh menyebabkan pokok menerima air yang berlebihan dan seterusnya mati. Jangan membazir air.. Kalau 2-3 bulan baru nak siram sekali, pokok akan mengalami kekurangan air. Jadi hendaklah berpada-pada. Jangan sampai kehabisan idea untuk menulis blog anda

8. Trafik. Sebagaimana laman web lain, trafik adalah sangat diperlukan. Semakin banyak trafik, semakin bagus kepada anda. Berbagai cara boleh digunakan untuk menarik trafik ke blog anda seperti yang pernah saya perkatakan sebelum ini.

9. Statistik. Statistik diperlukan untuk mengukur prestasi blog anda. Ada sesetengah sistem blog telah mempunyai widget statistik. Bagi yang tiada bagaimana pula? Jangan susah hati, anda boleh menggunakan perkhidmatan statistik seperti StatCounter. Perhatikan statistik anda selalu bagi melihat pergerakan trafik blog anda. Apa yang dicari oleh pengguna? Dari mana mereka datang?

10. Jangan berputus asa. Penulisan blog bagi tujuan selain daripada personal, anda hendaklah tidak berputus asa jika keinginan untuk melihat blog anda berjaya tidak kesampaian. ianya memerlukan masa yang lama untuk berjaya. Ini bukan Skim Cepat Kaya. Usaha dan bertawakallah

No comments: