Wednesday, March 19, 2008

"Saya Juga Melukis..setiap petang"

Kadangkala bagi seorang pelukis professional, lukisan dianggap sebagai medium yang digunakan sebagai diari seorang pelukis. Penterjemahan maksud yang jelas walaupun mengundang banyak persoalan. Lukisan juga dianggap mempunyai 1000 maksud bagi perterjemahannya. apapun persoalannya saya menganggap ia boleh dijadikan sebagai medium menterjemahkan emosi juga.

Di dalam sesebuah lukisan yang terhasil bukan semata sesebuah bentuk imejan tetapi pernyataan jiwa, ekspresi, mood, persepsi, pengamatan, observasi, imaginasi, visualisasi, estetika dan kreativiti. Lukisan adalah proses pembelajaran. Membina keupayaan unutk melukis adalah lebih mudah dari membina keupayaan untuk menulis.

Saya terus melukis dan melukis sehingga bila? dan bila-bila kerana jiwa saya sudah diterapkan begitu. Disini adalah satu lukisan saya yang tidak salah saya pada tahun 1998..dah sepuluh tahun. Menggunakan pen dan watercolor.Untuk pengetahuan rakan blogger sekelian, saya baru sahaja buat blog khas untuk lukisan potrait. saya kumpul lukisan di sana. Saya memang suka lukisan potrait kerana ia simple dan tidak banyak kos. Blog saya ini masih fresh lagi dan belum siap sepenuhnya : http://idham-xpression.blogspot.com/

7 comments:

Aleeya said...

aku tak pandai melukis
ape tah lagi mewarna
:((

mama ranggie said...

mama nak g sat blog kamu yg satu lg k!

Jue Hairul said...

aku pun leeya...sayang kitaorg tak dpt bakat mak yg pandai melukis..

btw cantik la lukisan ko cabai

menteil said...

aku dulu pon suke melukis..
tapi lebih kepada cartoon...
skang nie dah x boleh dah..
sbb dah lama tak diasah..
terlalu sebok ngan urusan harian...

TokNabe said...

masa kecik2 dan separuh dewasa dulu memang melukis jadi hobi. La ni nengok lukisan je yang sempat. Apa2 pun mmg suka dengan lukisan ni.

manje said...

dulu kita pon suke melukis.. skrg nih suke tgk lukisan org... dah mls nk melukis...bz ngan keje...
tak sbr nk tunggu blog lukisan tu siap sepnuhnye...

> nati jgn lupe 'alert'kn eh...

lindosh said...

saya tgn bangku. tak reti melukis. org kata pelukis neh berjiwa halus ye?