Thursday, March 6, 2008

Petua Hilangkan Bau Busuk Perut Ikan

Saya ada petua yang mudah untuk hilangkan bau busuk daripada lebihan makanan terutama sisa daripada perut ikan. Perut ikan ini, kalau disimpan lebih sehari ia akan mula berbau dan dua hari akan berulat. Petua ini saya dapat daripada makcik-makcik yang tengah sebuk bersembang kat depan rumah bila saya pasang telinga dan menyampuk sikit dapat la petua ini untuk dikongsi di blog ini.

Kalau lori sampah tak datang dalam jangka masa 2 hari, memang perut ikan akan berbau dan berulat. Selepas ikan disiang perut ikan itu dikumpul dan bungkuskan kemas-kemas dalam plastik dan simpan di dalam peti ais di tempat beku. Insyaallah tidak akan berbau menurut makcik tersebut. Ada jugak petua lain, sebelum sampah dibuang ke dalam tong sampah, perut ikan tersebut perlu dibungkus dengan surat khabar lama. surat khabar lama akan menyerap bau ikan tersebut, selepas tu bungkus ngan plastik baru dibuang dalam tong sampah. Maka kuranglah ia berbau. Peti ais anda ada masalah berbau kurang enak tak? ha, ada petua tambahan, kalau nak hilangkan bau dalam fridge, tak kira la bau udang ke, daging ke, caranya adalah dengan memasukkan arang dalam peti sejuk. Selamat mencuba.

3 comments:

imz said...

eemmm...petua yg bagus..tp asaya, mak saya yg selalu siang ikan...hehehe

ismar said...

kalau dok kat kampung senang sikit buang saja ke pangkal pokok buat baja atau campak keluar dapur beri makan ayam atau kucing liar..

afandi said...

SALAM
kalau nak hilangkan bau daging yang agak lama, daging korban agaknya tak disimpan elok dah warna hijua, bagaimana caranya, kalau darah tak ada maknanya tak segar/busuk. tapi kalau darah masih ada tapi berbau sedikit. bagaimana caranya?