Friday, March 21, 2008

Pakai Tali Pinggang Kat Belakang Menyusahkan!

Kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian tali pinggang di belakang tetapi adakah anda bersetuju?. pakai talipinggang kat belakang memang meyusahkan, tetapi kalau di lihat dari sudut positif memang baik. Yang saya tidak puas hati apabila ia diwajibkan, kenapa tak sunat sahaja. Sepatutnya pemakaian tali pinggang kat belakang hanya digalakkan bukan diwajibkan. Kalau diwajibkan bermakna ia digunakan sebagai alat untuk saman. Bukan ia menyusahkan pemandu? Ditambah lagi keluarga yang mempunyai anak 3 dan lebih. Sebuah kereta hanya untuk 4 orang sahaja jika memakai tali pinggang. Kalau sesiapa ada ramai anak kecik-kecik, jamin kena saman.

Ini semua alat untuk meningkatkan pendapatan negara melalui saman. Dah banyak peraturan jalan raya, jika memandu dengan cara tak selamat, saman!. Jika memandu sambil pakai talipon bimbit dengan cara yang salah, saman!. kalau tak beri isyarat semasa hendak tukar laluan, saman!. dan banyak lagi saman.

Ia diwajibkan kerana menjangka akan mengurangkan kecederaan kemalangan jalanraya. kalau suka ambil jalan mudah sahaja kenapa tidak diharamkan penggunaan motosikal dijalanraya. Penggunaan motosikal mencatat kemalangan maut paling tinggi di Malaysia.

Oleh kerana ia dah sebagai peraturan dan undang-undang, nak atau tak saya terpaksa juga ikut kerana saya adalah sebagai warganegara Malaysia. Kalau tak nak ikut peraturan tukar warganegara Siam.

Saya bercerita pasal tali pinggang nie pasal saya suka sanggat dengan iklan proton masa hari raya, pasal tali pinggang di belakang ni...saya tenggok berkali kali, sampai boleh ketawa sorang-sorang.

5 comments:

imz said...

hehehe...mulanya seram aku tgk...tp last tu kelako la plak..hehehe

ismar said...

Saya setuju, saman untuk tambah pendapatan negara. Dan lagi satu nak kayakan pembekalnya (tali pinggang tersebut).

Aleeya said...

hehehe klako ...mula2 takot..

rizza said...

hahahhha lawak nye..

sebenarnya memang patut la jaga keselamatan...memang kita kena utamakan keselamatan.....

hehhhehheh ala kat msia tu..nak ikut negara moden,..nak beli kete semua nak kete luar...tapi bile bab keselamatan yg diterapkan seperti ni yg mana negara luar ni dah practic kan..tak nak lak ikut...

sepatutnya kena ubah minda kita ..masyarakat kita ..dari yg penumpang, pemandu hingga la polis2 tu.. jgn la diterapkan sebab tak pakai tali pinggang tu ..polis saman..sedang kan ..tu adalah ciri2 keselamatan...

think positive..

lindosh said...

seriau nengok video tu ahahah