Monday, March 10, 2008

Kesian Pak Lah, Lima negeri Terlepas, Ramai Menteri Tumbang


Pilihanraya ke 12 menyaksikan keputusan yang amat mengejutkan penganalisis politik negara kita. Ada desas desus mengatakan bekas perdana menteri malaysia, tun Dr. Mahathir menggalakkan Pak Lah meletak jawatan kerana gagal sebagai peneraju kepimpinan negara. Menurut beliau rakyat beralih kepada pembangkang bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi adalah kerana kelemahan pentadbiran Pak Lah sendiri.

Kesian Pak Lah, tempoh waktu percubaan untuk Pak Lah sudah tamat dia bertegas mengekalkan dirinya sebagai PM dan saya takut pilihanraya akan datang rakyat yang akan turunkan jawatannya.

Pak Lah ditemui dalam keadaan tidak ceria dan masih tergamam dengan keputusan undi terus dikerumuni oleh wartawan kemana sahaja. Antara jawapan daripada Pak Lah:

“Saya tak tahu siapa kena tekan tapi tidak, saya tidak letak jawatan,”

“ini adalah pendirian rakyat untuk melihat kekuatan mereka untuk tidak beri kami kemenangan dua pertiga.”

"Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar pada sesiapa kecuali Allah SWT".

“dah kalah, kalah laa”

“Ini adalah pilihan rakyat, kita akan menilai kembali apa yang dikehendaki oleh rakyat”

14 comments:

aNgRiAni said...

ermmm...buat² tak faham or mmg tak faham pak lalala nie...adeiii...

kakLuna said...

org yg btgjwb pd kekalahan mmg patut undur.

awat BN dah x dak org lain yg lebih layak ka?

hmm tp x mau la najib..

eedany said...

cian nya... siapa suruh? skrg pening kepala.

idham x pening lalat ke?

imz said...

saya pun sedih...tanah tumpahnya darahku..telah diambil org..kedah...iskk..iskk..!!!

izman said...

aku berpendapat Pak Lah patut teruskan sbg PM. Kalau beliau step down sekarang negara akan merudum.

i1chocolat said...

Pak la la la laaaa ...
Undurlah, Perjuanganmu SUDAH selesai.
Tapi pada pandangan saya, better Paklah stay on, coz lebih mudah utk BA pada PRU13 kelak. Any other candidate mungkin akan jadi susah coz takle nak baca gerak langkah mereka.

Aleeya said...

adoii sian bos ku paklah, tak lama lagi kami ade assembly ngan pak lah..mesti panjang ceritanya..

Idham said...

Minyak dunia makin naik. sekarang harga minyak mentah 100 dolar setong. Kononnya nak naik lepas pilihanraya dalam lingkungan 70sen. kalau naik rakyat marah, kalau stay on bertambah subsidi negara. Khairy jamaluddin pon masalah juga ramai org umno tak puas hati cara dia yang gelojoh dan bermuka-muka. baik Pak Lah Letak sahaja jawatan...selesai masalah Pak Lah

mama ranggie said...

cara die betul tp org bawah banyak buat silap...

so dlm masa 5 thn akan dtg ni,perbaiki diri...

terimalah kekalahan tu dgn hati terbuka...

yg menang,tunaikan janji anda!

kalo x,next time anda pon turut tumbang!

K i a H R o N g G e n G said...

im no comment on this...juz want to see the impact of all,do what ever it take..result plz

cendawanintim said...

Ini mesej dari rakyat...accept ler...

Jie said...

kerusi tu ade gam gajah!

nak cakap banyak pun, dia bukan bagi perhatian pada pendapat rakyat...kalau dia sedar gelombang kebangkitan ini bukan dtg sehari dua...dah banyak isyarat dihantar, cuma Pak Lah tak mahu terima.

---> kelat said...

dia da sonok tido... unah hambek bantal polok... zzzzzzzzz...
gamaknya dia ngigo tuh... condifen jer bleh menangggg, ceh... bfantasi di alam nyata... apedaaaaaaaaaa... bikin sumer rakyat deritaaaaaaaaa... huhuhu... chalo bettyyyy... uiks.. tuan omah... sowi ekkkk... ter over lak... ngeeeeee

izman said...

isu BN x dpt majority di parlimen satu hal. kisah DAP yg terus ketegaq nak jadi menteri besar kat perak satu hal jugak.

Aku yakin hak keistimewaan org melayu aku terus dihapuskan pada hari pertama DAP berkuasa di parlimen.