Tuesday, March 4, 2008

India Muslim: "Jangan Panggil Kami India"

Persatuan India muslim tak puas hati apabila masyarakat melabelkan atau memanggil mereka sebagai India dan sebaliknya mereka mahu dipanggil sebagai Melayu. Nama persatuan mereka GEPINA (Members of the Malaysian Indian Muslim Youth Movement ) ...fuhh panjangnya.

"kami buat kenduri sama macam budaya orang Melayu, kami makan apa yang orang Melayu makan, dan kami menggunakan bahasa Melayu", kata Presiden GEPINA Mohamed Kadir Ali.

Pada pendapat saya, kalau dia tak puas hati orang memanggil mereka "hindu", itu munasabah kerana hindu adalah agama. Tetapi lebih baik perkara ini dibincangkan secara damai dan mungkin mereka ingin menjelaskan sesuatu. Mungkin orang Melayu tidak faham apa maksud Melayu atau mereka sendiri tak tidak faham apa yang dimaksudkan Melayu. Perlu diperjelaskan perbezaan antara agama dan keturunan supaya kita terutama kanak-kanak tidak terkeliru.

16 comments:

Aleeya said...

aikk takkan dari india muslim leh jadi melayu muslim lak??diorg kan keturunan india so tepat le namanye india muslim kan kan kan

Dafrosty said...

nape perlu 'india' muslim atau 'melayu' muslim?nape x muslim je?macam menggalakkan perpecahan sesama islam

mama ranggie said...

conpius ni...

Idham said...

semua orang melayu beragama Islam. india pulak ada dua India beragama hindu dan india beragama Islam. sbb tu kita panggil dia India Muslim.

ismar said...

Melayu berasal dari perkataan layu ditambah Me didepan jadilah 'Melayu'. Betul tak? Sebab tu selalu melayu.. jangan mare..

Pak Ngah: said...

:: emmm... apa bezanya antara India Muslim... Keling... Mamak...?

Idham said...

mamak adalah nama panggilan yang biasa bagi india muslim atau nama riskas gitu. keling nih adalah nama tempat di India, mungkin mereka berasal dari situ dan mereka dipanggil orang keling..wallahualam.

Masy said...

laa..dah mmg keturunan India kan... apa salahnya. takkan malu kot jadik org india?

Perlu diperjelaskan perbezaan antara agama dan keturunan supaya kita terutama kanak-kanak tidak terkeliru. <-- mak apak dia pon keliru, kene laa jelaskan kt mak apak dorang gak~

PakarHowTo said...

pada saya...
eloklah panggil MAMAK saja...
best apaaa nama MAMAK...

"Jom pekena teh tarik kat kedai MAMAK"

cuba ubah...
"Jom pekena teh tarik kat kedai MELAYU"

kan pelik bunyinye tuh.

Jue Hairul said...

cabai..bukan ke keling tu kasta ker? kasta paling rendah, tu pasal la org india akan marah kalu panggil diorang keling.

apa salahnya panggil india muslim, dah keturunannya india, takkan nak panggil melayu kut..muslim tu takpela kan, mmg semua org islam kita panggil muslim

Idham said...

itu la banyak yang kita tak tahu nih. lagi banyak kita belajar maka lagi banyak yang kita tak tahu!

blogmenjerit said...

panggil indianosia... he3

Jie said...

bagi saya panggilan India Muslim tu tepat. Tak de yang sensitifnya.

Idham said...

bila ada perkataan 'india' tu dia terasa hati kot kerana ia seolah-olah disamakan denhan India-hindu sedangkan dia india-Islam. Kalau nak panggil dia mamak saya rasa takut pulak perkataan tu macam mempersendakan (memperlekehkan)

izman said...

Aku prefer mereka digelar india muslim atau mamak. tak de unsur menghina. India adalah tempat mereka berasal dan muslim agama mereka.

Melayu adalah untuk orang asal kepulauan melayu spt tanah melayu (malaysia) dan indonesia.

Kalau nak istilah tepat tanyalah jab pendaftaran negara atau DBP.

Anonymous said...

http://mengkebang.pas.org.my/

laman web naib ketua pemuda pas kelantan

largest malaysian muslim democracy party