Saturday, March 1, 2008

Gelang Biomagnetik Untuk Kesihatan

Gelang biomagnetik E-Dymium bukan sahaja dicipta sebagai bahan aksesori yang bergaya tetapi di samping itu mempunyai barisan Magnet Neodymium yang terbukti dapat mengembalikan keseimbangan arus elektromagnet di dalam sel-sel darah manusia. Kaedah ini dikenali sebagai “Terapi bio magnetik”.AC Mizal jadi duta produk nih. Pak Lah pun pakai gelang ni sebab tu gelang kesihatan ni jadi popular. Tapi ada juga orang mempertikaikan tentang hukum lelaki memakai gelang, Itu saya tak berani nak kata tapi saya lihat setiap orang ke Mekah pun kena pakai gelang yang ditulis perkataan Malaysia. Ayah saya dah setahun pakai gelang nih dan kencing manis dia dah turun. Saya tidak berani mengatakan bahawa gelang ini yang menurunkan kencing manis ayah saya kerana dia ada makan ubat yang lain. harga sekitar RM195 hingga RM210. tapi awas! saya dengar ada yang menjual yang palsu. Berhati-hati.

Kebaikan gelang magnetik E-Dymium
  • Meneutralkan pH dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Meningkatkan oksigen dalam badan
  • Mengurangkan kebengkakan (cellular)
  • Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan
  • Mengawal kencing manis
  • Melegakan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan tenaga batin

Simptom-simptom yang biasa dihadapi dari pemakai
  • Kebas
  • Pening kepala
  • Sakit perut
  • Susah tidur
  • Sakit
( kesemua simptom ini adalah berlainan bagi setiap individu bergantung pada keseriusan jenis penyakit yang dihadapi)

Kajian
Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... ada yang memakai gelang magnetik... ada yang menggemari gelang jade... malah ada yang memakai gelang emas... bukannya perempuan tapi lelaki...

:: dah minat masing2 dan dengan kepercayaan masing2...

cepotet said...

oooo.. gelang ni. i tahu pasal ni coz one of the angkel tu, dia ade kasik erni hadiah gelang ni. tapi entah mana dah erni letak. :(