Monday, March 3, 2008

Normala Samsuddin Dikejar Lembu Betina


Datin Seri Normala Samsuddin terpaksa lari lintang pukang apabila dikejar oleh seekor lembu betina semasa berkempen di Padang Besar.

Kejadian berlaku di Kg. Gial Padang Besar . Masa tu dia tengah mengetuai 30 geng Puteri Umno kempen dari rumah ke rumah. Mungkin lembu tu sokong PAS kot!. Lepas tenggok sekumpulan manusia bertudung merah, dia naik minyak le.

Susah juga jadi perayu undi nih. Selain kena maki ada yang kena halau dan ada yang kena kejar pulak!. Mak aku kena jadi perayu undi kerana dia bijak bercakap, aku tobat tak bagi takut jumpa dengan orang kepala benggong, silap-silap kena makan penampor pulak...err baik elakkan. Kita sengap-senyap udoh.

Untuk makluman, suami Datin Seri Normala ialah Datuk Seri Azmi Khalid bertanding kerusi Parlimen Padang Besar. Masa kejadian dia tiada di situ kerana berkempen di Sena Rendang.

12 comments:

Aleeya said...

kesian, lembu tu nak mintak autograf kot

Jie said...

lembu tu berkenan dgn selendang merah Datin Deri tu ..:D

PakarHowTo said...

hahaha....lawakk2.
tapi apesal lembu betina yang kejar dan bukannya lembu jantan ek?
hmmm....macam2.

Idham said...

lembu tu nak join putri umno tapi diaorang lari apasal?

imz said...

BTOL ALEEYA...LEMBU TU NK MINTAK AUTOGRAF LA TU...HEHEHE...KELAKO LA...

TIRAI HIDUP said...

idham...lembu nak test depa masih kuat lari x dalam era 40an!!
Hat comey comey muda lagi masih kuat tapi datin x besa lari pakai kasut tinggi hahhaha..jahat juga depa dok perambat lembu issshhh ????

azlanlin said...

Yang kompomnya, lembu tu lembu JANTAN, naik syeikh bila nengok anak-anak dara termasuk mak dara bertudung merah.. wakakaka

aNgRiAni said...

huhuhu...mcmner laa lagaknyer kalau normalas nie kena kejor yer...aduiii...lawak tul lah...Cabai, ko tak bz berkempen ker?

Idham said...

malas la nk berkempen tempat aku tak sengit langsung sekali jeling ajer dah tahu sape menang

i1chocolat said...

Wkakakak, Normala kena kejo?
Lembu ni naik angin tengok selendang kaler merah yg dipakai Wanita UMNO kot? Dey all cakap, kalau pakai tak tutup keseluruhan rambut, baik takyah pakai.. Tu yg lembu tu hangin tuh! Kata lembu educated.. lol

arianna adrizal said...

peminat tu.. ;D

Manis74 said...

Hehehe..kelakarlah pula rasa..ieye ke berita ni:)?.Anyway..aku suka datin seri ni bukan sebab politik ke apa..just suka dia..i would like to be her friend kalau ada peluanglah..:)