Saturday, March 8, 2008

21 Tahun Ke Bawah Masih Boleh Mengundi!

Ini kertas saluran saya semasa mengundi. Hari ini saya telah menunaikan hak dan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia. Cuaca amat baik dan keadaan sangat terkawal. Kelihatan peraih undi cuba menarik perhatian pengundi dengan pelbagai cara dan gaya. Antara perkataan yang saya dengar:

"nak puasa tenggok bulan, nak gaji cukup bulan!"

"ceng, ceng, ceng, un di da cing!"

"aya, lu tau macam mana mau pangkah? mari saya ajar!"

"BN = Barang Naik!"

"Allah huakbar! hidup PAS!"

Ada juga yang mulut celupar katanya:
"sapa yang tak undi umno.. anak luar nikah!"
semua mata memandang ke arahnya.

Bagi yang sesiapa yang tidak dapat mengundi samaada belum cukup umur atau belum mendaftar, mereka masih lagi boleh mengundi. Minggu depan adalah final Raja Lawak di Astro Oasis. Jadi undilah berpada-pada jangan sampai bangkrap pula.

3 comments:

azlanlin said...

Apa yang kita dengar tu...semuanya kena timbang-timbangkan untuk dpatkan pilihan yang terbaik...

Aleeya said...

aku pun dah mengundi aminnnnnnn

eedany said...

kita dah undi tau... tapi tempat kita sunyi jer...

napa tak join raja lawak? saya tetap afundi awak :)