Tuesday, February 26, 2008

Pilihanraya Dah Dekat, Nak Undi Siapa?

Di sini ada pantun sempena negara kita sedang rancak sana sini berkempen untuk pilihanraya. Pantun ini pantun seloka dan ada sedikit sindiran. Kalau terasa pedas mintak maaf la. Kalau pedas minum kopi, tak ada duit mintak kat YB duit kopi!

Pantun Seloka

Lima tahun tunggu pilihanraya,
Asyik pening garu kepala,
Tak tahu nak undi yang mana,
Semua calon sama sahaja.

Aku skodeng calon yang ada,
Kereta besar, drebar pun ada,
Bila bercakap janji sini, sana,
Bila menang habuk pun tak ada.

Hari berkempen, pasang bendera,
Bagi ceramah tak tentu hala,
Muka tak hensem itu tak apa,
Janganlah perangai macam setan pula

Tak cukup bendera, tepuk kompang pula,
Iklan di TV di paper pun ada,
Tidak kira siapa calonnya
Walaupun kayu tetap pangkah juga.

Mat rempit dah tak ada kerja,
Tolong berkempen, berarak di jalanraya,
Semuanya bukan ikhlas belaka,
Dapat upah itu, pasal itu rupanya.

Pak Lah rasa nak tawan Kelantan,
Nik Aziz tak bagi terus bertahan,
Islam Hadhari strategi perjuangan,
Aurat bini tak reti nak sorokkan.

Bila tengok berita warta perdana,
Dia kempen sampai tak ada berita,
Habis ungkit projek yang dia ada,
Aku yang bodoh baik tutup TV saja.

BN memang parti yang kuat,
Semua kerusi habis dia sebat,
Kalau pembangkang dah tak larat,
Angguk saja apa yang BN buat.

Dasyat berkempen sembang pun hebat,
Bilik gerakkan memang gamat,
Berkumpul ramai-ramai apa yang dibuat,
Tengok bola, patutlah gamat.

Banyak lagi pantun nak diberi,
Sampai di sini, lain kali bagi lagi,
Kalau sesiapa terasa di hati,
Mintak ampun, cuma gurau je tadi.

ha, jawab beb, jangan tak jawab!

7 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

Undi anda adalah RAHSIA...ahaksss

nanonano said...

malas nk daftar lg lar
:D

Aleeya said...

hikssssssss

undi jgn tak undi
undi anda adalah rahsieee

Idham said...

:D sape tak daftar boleh daftar pakai tipon pun boleh. undi anda adalah hak anda. anda berhak menentukan siapa pemimpin anda.

mama ranggie said...

mama x pernah undi pon...malas nak amik port...

Aku Bukan Bidadari said...

Kalau susah kentut makanlah halia
Undi Anda Adalah Rahsia..


lalalalalal

hihihihihi

PakarHowTo said...

untuk tips bagaimana nak memilih pemimpin sejati, bolehlah pergi ke blog saya di www.pakarhowto.com