Friday, February 22, 2008

Petua Menghalau Semut Dengan Cepat

langkah 1: pakai pakaian yang kemas dan pakai perfume pada waktu malam
langkah 2: jika anda ada motor atau kereta, maka pergilah ke pasar malam yg berhampiran
langkah 3: carilah mana-mana gerai yang menjual racun ringan seperti ubat membasmi lipas atau ubat membasmi lalat.
langkah 4: jangan beli ubat lain sebaiknya bertanya, "halo tokei, ubat halau semut ada ka?"
langkah 5: belilah ubat yang saya syorkan (dlm gambar) ini harganya cuma seringgit
langkah 6: taburkan disekitar kawasan yang bersemut.
harap maaf: peket dia dah dikoyak sikit di bawah

Kebaikan ubat ini: tidak sampai satu hari dapur anda tidak akan ada seekor semut pun.!
Keburukkan: jika diletak di kebun akan menyebabkan buah akan dimakan ulat. (Semut tidak lagi attact ulat tersebut)

Petua-petua orang tua-tua yang lain:
Petua 1:
Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.
Petua 2:
beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
Petua 3:
letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.
Petua 4:
masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.
Petua 5
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.
Petua 6
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.
Petua 7
1. Ambil kapur tulis (atau chalk) kalau boleh guna yang warna putih lagi baik
2. Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan

p/s: kenapa semut tak kena kencing manis?

3 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

OooOo memang real bende nie berkesan.saya telah mencuba nye,sesipa lom lagi cuba lah..

Manis74 said...

Rumah aku byk semut api tu..tension aku..spray dgn sheltox kadang2 aku jirus dgn air panas..aku nk suruhlah mak aku cuba petua abu telur tu..ntah..tak terfikirlah pula ada wujudnya ubat menghalau semut tu kan..lagilah senang

Idham said...

ubat tu macam biskut hancur, semut akan bawak balik ke sarang dan dimakan oleh komuniti termasuk king dan habis la mereka!