Wednesday, February 20, 2008

Pertandingan Raja Lawak, Tak Lawak?

Seorang budak perempuan berumur 10 tahun dengan makan dengan cepat pada hari hari Jumaat. Neneknya bertanya, "kenapa gopoh-gapahnya?, makan la elok-elok". Budak perempuan itu berkata: "nak tengok Raja Lawak". maka pada malam itu saya dan beberapa sedara saya berkumpul di rumah mak saudara sambil menonton raja Lawak.

Sebaik habis peserta pertama membuat persembahan, budak perempuan tadi berkata dengan suara yang agak marah: "tak lawak punn, kata raja lawak". Saya dan beberapa saudara yang lain hanya tersenyum dan mengiyakan saja dan terus menonton. Tidak beberapa lama kemudian saya dapati budak perempuan tersebut sudah terlena dihadapan TV. Mungkin kebosanan dengan gelagat raja lawak yang mampu menyebabkan budak tertidur. Saya rasa jika anda susah tidur tontonlah Raja Lawak.

Saya bertanya kepada adik saya yang datang dari Kelang, "dah topup dah handphone tu?..karang tak cukup pulak" adik berkata: "tak cukup aper?" saya menjawap "kang nak undi raja lawak, kata minat Nabil". adik saya dengan bersemangat berkata: "tak hingin aku nak undi.. lebih baik aku tengok, buat bodo ajer!!".

Selepas satu, satu perserta membuat persembahan diselang selikan dengan gelagat dua pengacara raja lawak iaitu Johan dan Zizan, membuat kami, pecah perut ketawa dengan lawak mereka..peserta-peserta raja lawak tenggelam dengan hos raja lawak..ternyata Zizan dan Johan adalah raja lawak dalam rancangan tersebut!...tapi kenapa diorang tewas dalam pertandingan Raja Lawak 1 dulu.. Ayah saya bertanya: "mana pergi Raja Lawak Yang Dulu tu?"

Kakak saya (berumur 33 tahun) memberi pendapat, jangan perhabiskan duit dengan menghantar sms di rancangan tersebut, pasal kedudukkan raja lawak tak akan berubah dengan undi korang yang tak seberapa tu, setiap raja lawak sudah ada peminat sendiri yang setia mengundi walaupun persembahan mereka pada malam itu macam kayu!. Cuba korang tengok kedudukan carta para peserta tak akan berubah! jika berubah pun hanya satu tangga sahaja. (perhatikan betul-betul) betul jugak kata kakak aku tu). Nabil akan tetap bertahta di atas. Orang pahang terutama orang Kuantan akan terus undi PakTam. Seolah-olah kita dah tahu siapa yang akan tidak terkeluar dan siapa yang akan berada di atas. Simpan ajer la duit tuuu, boleh jugak minum teh tarik! lagipun kalau diaorang menang pun korang dapat aper? kata kakak aku dengan panjang lebar.

Jika diimbau kembali kemenangan bukanlah ukuran kejayaan seseorang itu. Jika diimbas kembali, artis paling popular di Malaysia adalah Saiful Apek yang lahir daripada pertandingan yang sinonim dengannya daripada TV3, dan juga kumpulan Senario, kesemua mereka adalah peserta yang tewas!

5 comments:

Aleeya said...

yer...yg tewas itu sebenarnya adalah juara!

tapi mana ye peginya yus yg menang tu hehehe

Idham said...

Yus? di sebok agaknya maklumlah Raja Lawak!

Julianna Hairul said...

ye ke sibuk..bukan ke kata yus mcm susah nak turun kl sbb dia stayed kat perlis nun..

tapi aku rasa, mgkin yus tak berapa ada nilai komersil..u know what la kan..biasa la..diorang akan bias punya

Idham said...

ada orang kata, yus menang pasal orang simpati dgan dia..tengok umah dia 4 segi ajer! sedih!

lankapo said...

berlakon teater kot dia kat Perlis sana..dai lebih kepada pelakon daripada pelawak