Wednesday, February 13, 2008

Peria Turunkan Darah Tinggi dan Kencing Manis

Peria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ibu saya boleh makan macam biasa saja! saya makan sikit dah tak tahan. Tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami. Peria mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing manis. Ubat kencing manis asal dari peria jugak.

Disini ada petua yang amat mudah dilakukan untuk mengatasi darah tinggi dan kencing manis. Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum. Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. InsyaAllah, ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

1 comment:

sakura said...

bley je letak post sy kat sini..
neway nice your blog~
salam perkenalan..