Wednesday, February 27, 2008

Nenek 89 Tahun Bertanding Pilihanraya

maimun yusof
maimun yusofSeorang nenek dah berumur 89 tahun, Maimun Yusof nak bertanding dalam pilihanraya dalam Parlimen kuala Terengganu. Memang hebat memang kuat!. Pertandingan 3 penjuru menentang Mohd Sabu (PAS), dan Datuk Razali (BN). Dia dah 4 kali gagal dalam penamaan calon, baru sekarang diluluskan.

Logo parti: gambar kunci.
Slogan: 'Parti Tanah Melayu Bersama Islam'.
Pekerjaan: jual kain batik dan songket

Dia dah tempah 1000 poster untuk berkempen malah sanggup meletakkan wang pertaruhaan RM 10 000. dia tak kisah malah kata dia: "pitih boleh dicari". Yang kelakarnya, dia langsung tak tahu membaca dan menulis dan mengupah anak rakannya untuk mengisi borang penamaan calon.

Makcik Maimun: "semua parti tak betul, apa yang mereka buat untuk rakyat bagi tanah orang Melayu. Saya sudah tua, saya mahu perintah sendiri"

p/s: sayanglah bangsa dari sayang wang ringgit

14 comments:

PakarHowTo said...

Pada pandangan saya,
tindakan menjadi calon dalam usia 89 thn ni adalah amat tidak rasional.
Tambahan pula, nak jadi calon ni bukan free-free...duit pencalonan saja dah beribu....kempen lagi.

emmm...entahla...kalau saya jadi nenek ni, saya akan pi haji lagi bagus.

cepotet said...

oh, politik di sana sini. :)

Idham said...

lepaskan la hajat dia yang diimpikan 20 tahun dulu

Manis74 said...

Cayalah makcik..kat sini kalau ada duit boleh jadi ahli politik tak kira apa keje..

Manis74 said...
This comment has been removed by the author.
deOughtred said...

dia belanja RM13,000 tu duit dia sendiri. aku respek!! parti pro-kerajaan belanja juta-juta tu duit kau, aku, kau, kau, kau, kau, kau... aku suspect!

Idham said...

agak setuju..kita kena pandai bezakan duit kerajaan, duit parti, ngan duit peribadi.

Aleeya said...

byknya duit dia
10k tu duit pertaruhan kan kan kan ke salah??hikssssssss

K i a H R o N g G e n G said...

respect ngan makcik nie...biar le dia nak rase sekali lam seumur idup dia.pangkah cap kunci..pangkah

Idham said...

mesti Mat Sabu dan datuk razali kecut perut tengok lawan mereka!

wan said...

Saya amat respect sama dia. Bukan sebab duit dia tu. Tapi sebab dia berani utk ke depan dan bertanding sedangkan saya hanya tahu kutuk² pemerintah dan condemn itu ini dari belakang aje.

Saya amat malulah dengan nenek ini.

Idham said...

dare to fail!

kakLuna said...

if u cant beat them, join them! itulah prinsip makcik tu agaknya :)

ismar said...

Jika ada kemahuan dan kemampuan apa pun boleh buat.Biarlah asalkan bahagia.Ada baca komen kartun dalam Harian Metro ttg makcik ni.. kain batik dan songket tak akan naik harga selama-lamanya.