Sunday, February 24, 2008

Istilah Mat Rempit Terurai

Mat Rempit adalah perkataan dan pengistilahan baru yang muncul dari budaya anak-anak muda. Perkataan ini sama seperti Minah Karan, Mat Spanner, Mat Skodeng, Bohsia atau Bohjan. Mat Rempit ini mungkin berasal dari perkataan himpit. Ini kerana semasa memandu motosikal anak-anak muda ini akan berhimpit-himpit untuk mara ke hadapan. Mencelah, mencelok dan mengelencong untuk memotong kenderaan lain yang lebih besar.

Tidak dikatakan bahawa semua mat rempit memiliki amalan yang negatif. Ada mat rempit yang membantu orang lain, ada pula yang tidak tinggalkan solat, malah mereka sanggup meluangkan masa melakukan kerja-kerja kebajikan.

Gambar di bawah mungkin dapat dijadikan iktibar kepada semua termasuk mat rempit.


kemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitkemalangan jalanraya mat rempitSila klik di atas gambar untuk lebih detail
Ramai bekas-bekas Mat Rempit mengaku mereka merempit adalah mengikut jiwa dan perasan dan juga suka berseronok dengan kawan-kawan. Saya pasti mat rempit yang ada sekarang ada akan bersara dari arena perempitan. Tetapi bila? mungkin setelah mereka merasa jiwa keremajaan mereka telah hilang dan beralih kepada jiwa yang dewasa dan pemikiran yang matang.

Mungkin anda ingin meluahkan sesuatu. Sila berikan komen.

13 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

hoittsss mengeri lahhhh..adehh nak terkuar bihun bekpes nie..adehhhhhh

note: pengomentar menyesal baca entry cabai dipagi hari ekekekek

PuteriSatu said...

salam kenal....mak ai..ngerinye....eeeiii...takut nak tengok...scroll je terus kat bawah....

PakarHowTo said...

innalillahi wainna ilaihiroooji'uunn

dengan melihat gambar ini saja sudah cukup mengingatkan saya tentang kematian.

aduh...bagaimanalah pula keadaan kematian ku nanti.

minta dijauhkanlah mati yang seumpama ini.

lepas2 ni, saya berazam utk tidak bawak moto laju2 dah...insaf insaf.

Idham said...

saya dapat pics ini dari seorang kawan melalui email. mula2 tengok rasa nak termuntah pun ada...kalau korang perasan, 2 orang sahabat mati, sorang bawak, sorang bonceng.

wan said...

IQ tak tinggi, merempitlah jadinya. Nak pula sekarang byk pendedahan diberi. Lgpun depan ni bukan tengok tv, baca paper.

echah_syed said...

uishh..nauzubillah!

Manis74 said...

Betulke diaorg merempit?.Dengan tegk gambar Trailer tu i jadi bencilah pulak..sebab pemandu lori pemandu bas yang besar2 ni jenis kurang ajar..mmg kurang ajar.Phobia kalau lalu2 sebelah bas2 ke lori2 ke trailer2 ke..bukan kata motor keterpun byk yg jadi mangsa korban.

Idham said...

menurut penghantar pics ni. mereka merempit. apapun cara mereka kena kemalangan, ia patut jadi iktibar kpd semua pemandu di malaysia. motorsikal mencatat kemalangan paling tinggi.

penkek said...

aku dh tak sanggup scroll untuk lihat gambar seterusnya...erkk~

Idham said...

terputus badan ngan kaki...nak pic terputus kepala ? emm tak ingat simpan fail mana.. nanti carik
;)

akai_pc said...

isk..isk..selalunya tengok kucing, ayam, anjing je yg selalu kena gelek tayar. yg ni dasyat sgguh.

Idham said...

doakanlah supaya kita mati dalam keadaan yang tidak hancur sedemikian. janganlah juga mati ditempat yang tidak elok spt klab mlm, dangdut dan juga dalam tandas dan sebagainya

blogmenjerit said...

xsanggup nak tengok, hamba dahla penakut