Monday, February 11, 2008

Khairy Jamaludin Bakal Jadi PM


Khairy jamaluddin bukan la nama yang besar sangat. Tidak ada siapa yang kenal nama itu sebelum Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Dia hanyalah seorang pegawai di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Pernah mengacarakan Dateline Malaysia di NTV7. Akrab dengan Dato' Sri Azalina Othman Said yang juga pernah mengacarakan Dateline Malaysia.

Apabila Abdullah menjadi Perdana Menteri, nama Khairy Jamaluddin tiba-tiba melonjak naik. Perjalanannya untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO tiba-tiba menjadi mudah. Tidak ada sebarang halangan. Dia memang bercita-cita besar dalam arena politik Malysia nii..mungkin dia ada hasrat nak jadi PM akan datang...tu ramai yang dengki ngan dia nih termasuk parti dalaman.

Tatkala negara heboh dengan pilihanraya umum ke-12, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan mengumumkan bahawa Khairy Jamaluddin adalah salah satu nama yang dicalonkan untuk menjadi ahli parlimen Rembau. Sebelum ini, namanya dikaitkan dengan parlimen Shah Alam. Ada juga yang inginkan Khairy Jamaluddin bertanding di Putrajaya. Malah, ada juga yang meminta Khairy Jamaluddin bertanding di Kepala Batas. Begitulah harapan orang terhadap Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin tidak pernah mengumumkan namanya sendiri. Sewaktu melancarkan jentera pilihanraya Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam baru-baru ini, Khairy Jamaluddin tidak mengumumkan namanya sendiri. Sebaliknya dia menyebut nama Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Abd Shukor Idrus, sebagai bakal calon pilihanraya. Ketika di Permatang Pauh, Khairy Jamaluddin menyebut nama Ketua Pemuda, Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein sebagai "bapa angkat" parlimen tersebut. Khairy Jamaluddin mengambil inisiatif mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO walaupun dia bukan ahli MT UMNO. Apa pun, Khairy Jamaluddin tidak mengumumkan namanya sendiri. Dia mengumumkan nama orang lain. Sebagai menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai keistimewaan untuk melihat senarai calon Barisan Nasional dan keputusan MT. Jadi, apakah salah Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO membantu Presiden UMNO mengumumkan sesetengah keputusan penting yang dibuat oleh parti?

Selepas pilihanraya nanti, Khairy Jamaluddin mungkin dilantik sebagai Menteri. Adakah itu juga menjadi kesalahan bagi Khairy Jamaluddin kerana bukan dia yang membuat perlantikan itu? Perlantikan jawatan Menteri dibuat oleh bapa mertuanya yang juga Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin tidak boleh dipersalahkan sekiranya dia menerima amanah yang diberikan oleh parti. Sebagai "pekerja parti", Khairy Jamaluddin harus akur kepada keputusan parti.

Selepas pilihanraya juga, Khairy Jamaluddin mungkin akan menerima banyak anugerah "Dato' Seri" atau di Pahang, "Dato' Sri". Sudah terlalu banyak Dato' dalam Pemuda UMNO, maka selayaknya Khairy Jamaluddin diberikan anugerah yang lebih tinggi. Kalau pun tidak "Dato' Seri", mungkin "Dato' Paduka" atau "Dato' Setia". Yang akan membuat tawaran ini adalah Menteri Besar dan Ketua Menteri. Sebusuk-busuk Ketua Puteri UMNO pun, Dato' Noraini Ahmad yang cantik jelita itu sudah menerima dua anugerah Dato' -- satu dari Melaka, dan satu lagi dari Pahang. Adakah salah untuk Khairy Jamaluddin menerima anugerah ini kerana dia lebih banyak berbakti kepada parti berbanding Exco Pemuda UMNO yang ada sekarang? Apakah salah untuk Khairy Jamaluddin menerima "Dato Sri" dari Sultan Pahang kerana dia adalah Timbalan Presiden FAM. Tentunya Sultan Pahang tahu menilai yang mana batu, yang mana permata!

No comments: