Saturday, February 16, 2008

Hebatnya Susu Ibu

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Menurut kajian bayi yang mengambil susu ibu tidak mendapat penyakit ashma. banyak lagi ler khasiat nyer...kat sini saya berusaha mencungkil khasiat susu ibu sebagai panduan kita bersama.
  • Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.
  • Berita balk! Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
  • la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
  • la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
  • Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja ,pada bila-bila masa.
  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
  • Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
  • la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Susu ibu memberikan khesiat terbaik untuk bayi.
  • Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
  • Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.
  • Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.